Friday, March 13, 2009

Tanda-Tanda Cinta

Merenung perjalanan cinta aku - ada tanda-tanda yang aku cam dan itu yang aku bualkan dengan teman lewat malam semalam. Memang, anak muda – pria atau gadis – yang tak merasa “live life to the fullest” suka bermain-main dengan hati. Mereka memang tak pernah mahu fikirkan apa rasa pihak yang mereka kecewakan. Jika ditanya, mereka sendiri sebenarnya tidak sanggup berada di pihak yang mereka kecewakan.

Dunia ini kejam? Barangkali. Entah, aku pun tak arif.

Kadangkala aku jenuh berfikir tentang gelagat teman-teman – baik lelaki atau perempuan. Mereka pedih ditinggalkan. Kata mereka “dia tidak jujur”. Tapi pada waktu yang lain kata itu berbalik kepada mereka.

Ah, bukan aku mahu menyalahkan hak memilih. Sebab itu aku selalunya sukar melafazkan cinta. Teman-teman di kampus mungkin tahu dan sebahagiannya hairan.

Tidak, demi Tuhan aku normal. Aku juga punya rasa. Tapi untuk apa sebuah rasa yang aku tak memaksudkan? Maka, maafkan aku bila ada mereka yang kalian rasa “secocok” dengan aku tidak pernah aku pedulikan rasanya. Tapi aku tidak mencipta musuh. Tawaran sahabat tetap aku hulur dengan pengertian luhur.

Aku mahu dengar apa yang selalu menjadi masalah pada manusia dan aku mahu juga tahu apa yang boleh aku bantu leraikan. Aku bukan Superman. Belum. Belum lagi mahu aku pakai seluar dalam di luar.

Aku hanya mahu semua dari kita tahu bahawa bukan kita saja hidup dengan tekanan. Dan aku mahu kita semua tahu bahawa asa itu jangan kau putuskan.

“Live life to the fullest” maksud aku bukanlah tetap. Saat manusia punya pendapatan RM5000 sebulan, maka hidupnya yang penuh itu akan sebatas lima ribu itu. Sebab itu, fikir aku, bila kahwin, akan ada sedikit anjakan tentang kehidupan yang penuh. Dan itu jawab aku pada teman tentang hal “orang kaya, barangkali tua, tetap ada gadis muda yang mahu menghimpit mereka”.

“Dan mereka itu telah melalui fasa-fasa gopoh. Fasa-fasa gagal. Untuk mereka yang benar-benar belajar memahami fasa-fasa ini, mereka akan dilihat cool dan lebih memahami berbanding lelaki muda yang sedang bertarung dengan hidupnya”.

Tapi ia bukan semua. Tak perlu ulang lagi ayat ini bila-bila. Sekadar telahan umum.

Entah benar atau tidak, tanda-tanda ini mungkin dekat dengan pandangan bahawa wanita didorong perasaan dalam memperihalkan pilihan dan lelaki didorong fikiran. Ego wanita ada pada emosinya, ego lelaki ada pada rasionalnya.

Tapi akhirnya – yang beza inilah bersatu pada kata “rumahtangga”.

4 comments:

  1. ko tengah start mengayat gadis pujaan ke ni???

    ReplyDelete
  2. tak..kadang2 aku melihat parut yg tinggal..

    syukur aku masih hidup dan kini sudah boleh mengukir sedikit senyum utk sebuah masa depan yg tak pasti :)

    ReplyDelete
  3. menarik amin..tulisan hang psl cinta.Hang aku rasa macam fahri dalam ayat-ayat cinta.hehehe

    ReplyDelete