Friday, March 20, 2009

Apa gua nak tulis ni?

Masukan (entry) ini sebenarnya sisi lain yang tidak serius. Mungkin. Gua mahu tulis pasal bahasa, penulisan dan yang sewaktu dengannya untuk Jalan Telawi bulan April.

Gua tak tahu sejak bila minat menulis.

Dulu seingat gua selain buat kerja sekolah, yang sebenarnya gua banyak juga tak siapkan, gua menulis lirik lagu. Zaman dulu memang orang suka tulis lirik lagu dalam buku. Kiranya macam-macam lagu ada dalam satu buku. Tapi bukan buku aku, buku kakak-kakak yang suka kumpul. Aku hanya tukang hafal lirik.

Selain itu, rasanya darjah 6 gua dah mula tulis surat cinta. Tak panjang. Nak tulis satu muka surat pun susah. Tapi biasanya macam SMS juga, alang-alang hantar gua tulis bagi penuh depan belakang. Kadang-kadang gua tulis lirik lagu bagi pada awek gua waktu tu. Surat cinta ni masih jadi alat penghubung sampai sekolah menengah.

Zaman gua teknologi ni masih sangat mentah (rare la, haha) di Malaysia. Pendek kata bergayut di pondok telefon kuning dan biru itu masih arus semasa (trend la maksud gua). Kalau beratur tu memang la rasa bengkek je...duit syiling adalah hero! Eh, apsal gua cerita hal telefon lak ni?

Ok, bila masuk uni, gua ada menulis jurnal hidup gua kat laptop laaamaaa gua dulu. Entah ke mana tulisan-tulisan tu. Gua ikut beberapa kursus menulis dan yang sewaktu dengannya (sampai sekarang). Dari situ gua beranikan diri. Gua masih ingat Faisal Tehrani balas e-mail jawab soalan gua "macam mana nak jadi penulis yang baik?". Jawab dia mudah "mulakan saja". Ya, gua lekas percaya - memang untuk hal-hal kemahiran kau mesti cuba dan belajar baiki dari masa ke masa. Gua suka tulisan FT walaupun ada benda yang gua tak setuju dengan dia. Ah, memang dalam dunia ni kau susah nak setuju 100% dengan orang tapi kau boleh pilih, nak marakkan kebencian atau nak rayakan kasih sayang.

Gua takut-takut juga sebab bila menulis sebahagiannya gua nyatakan pandangan dan sikap gua terhadap banyak perkara. Ada perkara agama dan perkara politik. Lu jangan tak tau di Malaysia ni ramai orang yang dah tak ada jiwa sebab takut dengan orang politik. Ada kawan gua selalu tanya "lu tak takut kena tangkap kah? ISA?". Beb, orang politik ni lu undi ke dia tiba-tiba jadi Menteri? Jiwa manusia hilang bila kau biar kebebasan kau diragut dan ketidakadilan dipaksakan. Bab agama pun satu hal, ada saja yang nak pancung kepala kau atau letak cop "murtad" di dahi kau. Gua rasa pendekatan agama macam ni tak pernah menarik. Gua mungkin salah. Gua tahu ada orang selalu bising soal amar makruf nahyu munkar, dan itu tiket untuk sebahagian manusia bersikap keras. Gua rasa mencegah mungkar boleh saja dengan mencerahkan faham mereka pada duduk perkara yang dibincangkan dan itu lebih lestari. Gua memang tak reti nak sergah orang "lu murtad", "lu masuk neraka" dan sebagainya.

Gua sebenarnya konservatif, sangat. Tapi perlahan-lahan gua rasa perimbangan itu perlu dan dalam proses ini gua dicop liberal. Ok, akhirnya bila gua 'mengaji' sikit pasal liberal ni gua rasa ianya cool dan gua tak rasa ia mengancam aqidah gua sebaliknya jadi alat pengukuhan adalah.

Cewah, gua dah tulis pasal benda lain dah. Tengok-tengok...distracted, dan lu layan. Terima kasih.

Oh, sebenarnya gua ingat kata-kata Prof Khoo Khay Kim dulu bahawa orang kita hanya pilih bacaan yang "mereka telah setuju sebelum membaca". Maksudnya membaca sekadar untuk rasa selamat sebab nanti boleh kata "buku ni kata begitu dan begitu". Gua jenis baca apa saja dari seringan-ringan bacaan sampai yang berat-berat. Dari yang gua boleh faham sekali baca, sampai yang makin dibaca makin gua tak faham. Dan gua suka bila ada bacaan yang cabar apa yang gua telah percaya. Bukan sebab hebat sangat, tapi pada gua ia memperkaya perspektif.

Bila gua buat kerja yang mendokong liberalisme klasik (baca:kapitalisme), tak beerti gua menolak sepenuhnya sosialisme dan lebih jauh anti-agama. Gua dah borak dengan beberapa orang yang aktif juga menyerang ideologi-ideologi yang muncul dalam dunia pemikiran. Apa yang gua boleh kata, kesederhanaan tidak ada, yang ada hanya fanatisme dan keangkuhan dalam ilmu. Ramai yang suka cakap pandai. Gua pun tak pandai, tapi gua hanya akan nyatakan sikap dan gua sentiasa pastikan ruang berbeza pendapat itu kekal. Sebabnya, gua mahu manusia rasa mereka manusia....

Kawan gua kata dia telah convert jadi seorang libertarian, tapi masih simpatisan sosialisme. Dulu masa gua mula-mula buat kerja ni, kawan-kawan terkejut 1) mereka melihat kapitalisme sentiasa musuh kepada sosialisme dan 2) sebab gua cakap gua centrist, bukan libertarian sepenuhnya. Dah, gua masuk bab berfikir pulak!

Gua centrist sebab gua ada agama. Agama Islam yang gua percaya ialah agama yang meraikan semua pandangan yang baik tapi bukan berperang pada bendera buta. Main serang je apa-apa yang secara emosi kita rasa sedang mengancam agama kita. Kalau lu perasan, mesej-mesej di jaringan sosial atau SMS ada bagitau jangan lawat laman web tertentu kerana ia menyesatkan atau jangan tambah kawan nama si fulan kerana dia nak murtadkan umat Islam. Adoi, secara tak langsung lu pulak jadi tukang promosi laman tu dan lu tunjuk bahawa umat ni lemah sangat. Gua tak salahkan lu untuk ingatkan kita semua, terima kasih untuk itu. Tapi itu tak akan lestari. Yang lestari ialah kerja memahamkan manusia tentang Tuhan dan kehidupan beragama hasil dari Rukun Iman dan Rukun Islam.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam soal perang saraf, lu patut mencegah iaitu maksud gua memahamkan dan bukan menyembur tak tentu pasal.

Ok, apa gua nak tulis sebenarnya? Gua hanya nak bagitau...lu jangan mencari Tuhan dan erti Iman dalam blog gua. Gua pun sama mencari makna di sebalik keyakinan gua. Gua sama macam lu hidup macam naik Roller Coaster, ada jatuh bangun.

Kalau lu datang blog gua untuk judge siapa gua itu hak lu dan itu masalah lu. Masalah lu, lu selesaikan. Lu nak kata apa kat gua itu salah lu. Bila lu salah, jaga-jaga nanti polis tangkap!

Gua cakap jaga-jaga, bukan suruh takut polis!

2 comments: