Thursday, March 26, 2009

Tingkatan 1 - Sambungan

Sebenarnya ada lagi nama-nama lain yang aku ingat, tapi nantilah aku kemaskini senarai nama kawan-kawan tingkatan 1 ni.

Dulu masa Tingkatan 1 padang sekolah aku sedang dibaiki, maka aktiviti sukan sekolah tidak ada. Untuk sukan sekolah, cikgu pilih macam tu saja. Aku rasa mereka pilih berdasarkan prestasi tahun sebelumnya. Lagipun kami budak-budak Tingkatan 1 nak bersaing apanya dengan budak bawah 15 tahun kecuali sukan dan permainan tertentu. Senaman pun buat di court bola tampar atau dewan saja. Di situ cikgu akan tengok siapa yang nampak ada bakat, aku rasalah.

Sebelum masuk SMK Derma, aku main ragbi sentuh untuk negeri. MSSM masa tu buat di SMS Selangor. Aku ingat lagi tahun tu, 1994 juga ada Kejohanan Ragbi Asia dan kami dapat tiket percuma untuk tonton perlawanan akhir - aku pun dah lupa pasukan mana main, yang aku ingat satu pasukan pakai belang merah putih. Kami dapat Naib Johan untuk kategori Plate waktu tu.

Yang aku nak cerita sebenarnya pasukan ragbi SM Derma (sebelum jadi SMK) masa tu main untuk MSSM mewakili Perlis dan dapat tempat ke-3 kebangsaan. Ini batch Syed Udeng, Erri Hardinata, Johnny dan lain-lain. Masa tu jurulatih ragbi iaitu Pak Jon (Azizul Abidin yang juga Pengarah Akademi Soccer Star musim pertama) datang jumpa kami pemain bawah 12. Kami tak kenal pun. Dia datang tanya berapa orang masuk Derma masa tingakatan 1 (sebab keputusan UPSR dah keluar). Rupanya hanya aku seorang.

Kemudian aku jumpa Pak Jon lagi masa main catur tertutup Perlis. Masa tu aku dapat nombor 3. Tengah mencongak kumulatif markah aku dengan Rosdi (juara masa tu yang juga budak SM Derma), Pak Jon dok tumbuk belakang aku beberapa kali. Aku pusing tengok rasa macam pernah jumpa 'brader' ni. Bila dia dah tumbuk belakang aku 4-5 kali, aku pusing dan cakap "saya tahulah abang besaq". Hati memang panas.

Masa tu aku dah mula belajar main gitar bawah pokok dengan mat-mat motor dan mat-mat kereta kat taman aku. Pendek kata konon berlagak dewasa la dan nak tunjuk keras kepala. Pak Jon senyum saja.

Tengok-tengok masa aku mendaftar kat Derma, "brader" ni rupanya cikgu di sana! Naya! Dia cam aku dan baru aku ingat rupanya dialah "brader" yang kami jumpa di SMSS. Pak Jon suruh aku ikut latihan ragbi dan kami main di Padang Bandaran.

Aku dulu keras kepala. Senior-senior memang tak suka aku sebab aku tak 'respect' mereka (cis, rasa macam skema gila babi pakai kata mereka ni, haha). Senior memang cari usaha pekena aku, tapi aku buat 'humble' saja. Cuma ada seorang "brader" form 4 ni memang betul anti aku. Muka mau ketat ja kalau tengok aku.

Masa tingkatan 1 ni konon aku 'dilindungi'lah. Tapi seingat aku, aku tak kacau orang sangat. Kacau tu ada jugalah. 'Melawak' sebelah utara ni kasar. Mencarut siap main nama mak ayah. Tolak kepala tu memang biasa. Memang naif dan bangang aku masa tu - bajet kuat. Senior memang berbulu dengan aku tapi sebab kabel luar aku masa tu agak dikenali ramai dalam hal bergaduh ni, mereka hanya tunggu aku buat hal. Nasiblah aku tak buat hal sangat. Tapi aku rasa kalau aku jadi senior masa tu dan tengok balik diri aku sendiri, mau makan penerajang sedas dua kot? haha. Paling tak pun penampar sekali dua. Aku dulu kira lasaklah. Dulu, hehe.

Selain ragbi, aku dah mula wakil sekolah main catur dan wakil negeri. Tahun itu aku jadi juara catur negeri untuk Kejohanan Merdeka. 9 pusingan. Kalau baca balik tulisan pertama pasal catur, aku ada cerita macam mana proses menjadi juara ni berlaku (malas nak linkkan). Seingat aku, aku tak ada ikut mana-mana persatuan masa ni walaupun teruja nak masuk Pengakap. Almaklum slogan "Sekali berpengakap, terus berpengakap" masih segar. Tapi memikirkan aku dah kawan dengan orang-orang dewasa, aku anggap ianya tidak begitu cool, haha.

No comments:

Post a Comment