Friday, March 13, 2009

Ia Terlalu Dekat dan Lambang Kebijaksanaan Kita

Saya sedang menanti adik bersiap dan kereta dipanaskan. Berita sampai kepada saya pagi tadi bahawa nenda di Kampung Melayu Subang telah pergi meninggalkan kami semua.

Innalillahi wainna illahi rojiun...

Cukuplah mati sebagai peringatan untuk kita berbuat baik selagi nyawa dikandung badan. Dari maksud hadis, sesungguhnya mereka yang paling bijak ialah mereka yang paling banyak mengingati mati dan merenung ke dalam diri dan bersedia menghadapinya.



2 comments:

  1. salam saudara amin,

    takziah

    semoga allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman

    ReplyDelete