Bercinta memang manis.
Yang lemah itu selalu tidak memberi kesan sangat. Rasa cinta lebih besar, dan tak mungkin terkalahkan. Ya, mungkin – untuk beberapa waktu.
“Aku tak tahu bagaimana harus aku nyatakan – aku cinta kau”. Dia kaget. Tak tahu tindak balas bagaimana yang terbaik. Dalam hati ada cinta tapi egonya tak mahu ia diluahkan semudahnya.
“Tak apalah. Aku pun tak tahu apa akan datang nanti. Masa depan terlalu sukar diramal. Cukuplah sekadar kau tahu – aku cinta kau, sungguh-sungguh”.
Dari senyum separuh itu aku tahu kau juga mencintai aku tapi mungkin terlalu cepat untuk dinyatakan. Ya, tapi aku tak mahu kau terlepas. Cinta yang lekas datang boleh jadi lekas perginya. Ia sering tidak berlaku adil pada apa yang kita panggil masa untuk membina persefahaman. Tak tahu sama ada persefahaman itu lebih besar ertinya dari sebuah cinta.
Orang bercinta sering mengungkap kata “serasi” dan fikir bahawa persamaan itulah jalan ke arah bahagia. Ia tidak salah sepenuhnya. Hanya saja aku jenis yang percaya bahawa “yang tidak serasi” itulah sebenarnya jalan ke arah bahagia.
Aku pelik? Mungkin. Tapi aku rasa tidak.
Bukan sikit orang mengatakan saat cinta menguntum, semuanya indah. Tapi bila kahwin baru tahu perangai sebenarnya. Pernah seorang kawan yang baru membina masjidnya berkata pada aku “bos aku cakap, jangan lekas percaya pada cinta sebelum kahwin kerana kau mungkin tak sanggup menerima hakikat selepas berkahwin”.
Tentu saja tidak semua begitu. Hakikatnya mereka yang bercinta selalu mahu menjadi yang terbaik pada pasangannya. Sayang, yang terbaik itu mungkin beza pada kayu ukur masing-masing.
Maka, ada yang lebih besar harus didorong dari rasa cinta.
Persefahaman barangkali.
Ah, ramai juga yang salah faham. Sefahaman disangka mesti 99% bersetuju. Ia balik pada soal “serasi”.
Pada aku, persefahaman sebenarnya ialah membina ruang “bersetuju untuk tidak bersetuju”. Ia satu sikap demokratik yang dibawa dalam hidup berkeluarga. Aku tidak percaya bahawa lelaki harus menentukan semua, juga wanita. Ruang inilah medan zahir rasa hormat.
Berhenti berhukum dari kesilapan yang terzahir dan bukalah pintu yang positif - bahawa kelemahan itu hadir untuk dilengkapi. Bagaimana? Di sana terkandung erti bijaksana.
Cinta tanpa rasa hormat adalah cinta yang tak dimiliki.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
...mungkin jawapannya apa pada 35 soalan pak khalid
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya tidak bertolak..tapi senang sekali membaca muka awal Tumit Achilles.
Di sana PK ada tulis "untuk Ida, dewi yang setia"
Ramai org mungkin lelah dgn mereka yg minat politik, tapi sebenarnya garis beza sepatutnya jelas.
Poros politik kita yg menjadikan politik itu buruk dan jelik. Saya harap saya boleh kekal dgn minat politik pada arus lain, arus yang meletakkan persoalan ilmu yang luas dalam ruangnya.
Ia sukar, tapi yang sukar itu saya suka. Dan semoga saya tidak beroleh cinta yg hanya mahukan kekayaan harta benda tanpa kebijaksanaan dan hikmah nilai ikhlas.
Sentiasa saya percaya, jatuh bangun lelaki tetap ada "dewi" yang bersamanya.
amin,
ReplyDeleteboleh tidak begini. aku memberi segala-galanya demi cinta tanpa berharap segala-galanya itu akan dibalas. Krn itu lebih mudah dari memikirkan hasilan dari cinta itu.
adakah itu cinta atau kebodohan dlm bercinta?
me, myself...
ReplyDeleteaku rasa itu tingkat cinta yg paling unggul kot?
tapi ia bukan bermula sejak awal begitu...ia dibina sampai tahapnya..
misalnya: bila dah kahwin, takdir suami atau isteri sakit...(aku ada cth, kakak kawan aku lumpuh selepas lahir anak pertama), waktu itu yg tinggal bukan lagi ciri2 luar yg bleh kita sandarkan..
pada aku lah...
tapi aku tabik utk mereka yg jujur dlm bercinta...cintailah dia sekadar mampu. jika takdir seakan tak menyebelahi, bersyukur saja pada Tuhan utk sebuah perasaan luhur yg pernah hadir