Tuesday, March 10, 2009

Habiskan 1994

UPSR tamat dan aku dapat masuk SM Derma (sekarang SMK Derma). Syukur.

SM Derma waktu itu sekolah harian terbaik di Perlis (dan kemudian pernah dapat antara yang terbaik di Malaysia). Ah, sekolah bukan aku pun. Tapi hati gembiralah - separuh. Separuh sebab kawan-kawan yang betul-betul rapat ramai ke Alawiyah dan SMAP Labu (kemudian balik ke Alawiyah, hehe).

Lepas sekolah kami kerap jumpa. Masih datang sekolah bermain. Yang aku ingat kami waktu tu - Dzul, Zofar, Warie, Pak Cho Man (Yusof), Naded, Redza, Shuib dan Mi Said. Kadang-kadang ada Palie dan Udie (tak ingat ada tak kawan-kawan lain terutama Asrul dan Wandi).

Kami datang main bola padahal kemuncup (kami sebut temucut) banyak! Selain itu jalan-jalan pusing dari blok darjah 1 sampai darjah 6. Tiap-tiap blok tu ada kenangannya. Kami main ping pong di blok darjah 3.

Waktu lain kami tolong ustaz dan cikgu bancuh simen. Aku tak pasti sama ada wujud lagi atau tak tayar besar yang kami letak simen di dalamnya untuk letak logo Seri Indra dulu. Selain tu kami bersihkan kawasan sekolah dan tolong jualan buku di koperasi. Aku masih ingat kemudiannya kami dibelanja oleh ustaz dan cikgu makan di Kuala Perlis. Waktu balik aku, Warie, Palie dan Udi naik basikal. Konon takut la sebab malam tapi ustaz Rifae yang ikut kami naik motor SS dia masa tu sebut "manusia ni takutkan kegelapan". Aku masih ingat ayat tu sebab dalam siri latihan yang aku pernah buat, ada bahagian yang aku hurai pengertiannya, cewah! Hurai dari apa yang aku faham la.

Oh ya, kami juga pernah sama-sama buat BBQ di rumah sewa ustaz dan cikgu-cikgu bujang ni di Taman Ira. Waktu-waktu lain kami lepak di warung Koetiaw abang Mie di Taman Mewah. Ustaz pun tahu sangat mana nak cari kami. Kami pernah terserempak ustaz di Taman Sena Indah waktu aku tingkatan 4. Waktu itu aku dan Warie sedang main gitar di tembok (kutu lepak la dulu aku ni, hehe). Tak silap aku ada seorang lagi dok layan bergayut telefon di situ, Udi rasanya. Tembok depan rumah Warie. Ustaz datang beli barang kat FR Shoppe waktu tu. Dia ada cakap dia mengajar di Kedah dan dia pernah cari kami di warung Abang Mie tapi tak ada. Ya, kami pun dah lama tak lepak sana sejak masuk sekolah menengah.

Aku juga masih ingat balik jalan kaki dengan Warie dan Zofar dari Jabatan Belia negeri Perlis sebab ada satu pusingan waktu malam - main catur. Oh ya, malam itu kami tidur di rumah Warie. Alkisahnya masa balik tu jalan di depan SM Derma ni. Dulu pintu masuk (biasa budak-budak bawa motor akan keluar dari pintu ni, betul-betul depan markas PAS) tu ada rumah Pengakap. Besar logo Pengakap dilukis di dinding luarnya. Dan kami pernah dengar kisah budak kena sembunyi di situ. Cilakak, masa tu tiba-tiba goyang. Jauh ni nak jalan balik - adalah 2-3km. Kami pun bantai reka lagu Pengakap Muda dan bantai gelak je sepanjang jalan. Sampai SM Syed Hassan sekali lagi cilakak, pokok besar sana pun ada orang buat cerita hantu juga!

Aku, Warie dan Zofar ni boleh kata Three Stooges jugalah masa tu, tapi kami duduk di kelas atas - kiranya dalam kelas budak-budak pandai la kononnya, kamilah tukang meriahkan suasana dan aku paling tak pandai, hahaha. Malam tu di rumah Warie pun kami tak tidur, kerja buat cerita lawak je sampai 2-3 pagi. Konon berazam tak mau tidur, kami bancuh kopi. Waktu tu aku baru tau aku alah kopi, minum kopi mesti tidur...kalau tak mau tidur kena minum Nescafe. Baru-baru ni mak aku cakap, aku ni sama macam mak, minum kopi tidur, minum Nescafe baru jaga.

Lain pada tu aku pernah gaduh dengan budak tingkatan 5 masa tu. Memang aku kenalah. Tapi kawan-kawan memang tau aku keras kepala. Ala, macam budak-budak gaduh dengan orang besar la. Puncanya kecil je, haha. Waktu kami main kejar-kejar di kalang besi kat taman permainan aku, mamat ni datang nak pinjam basikal tapi aku tak bagi. Itu saja puncanya. Bangsat kan? Dari situ kot aku rebel dan mula tak percaya bahawa orang besar bagus semuanya. Case by case kena deal.

Rasanya darjah 6 (1994) aku memang dah berhenti tangkap ikan dan beberapa aktiviti yang sinonim dengan kampung seperti panjat pokok freestyle dan lain-lain. Cis, kenapa aku berhenti ya?

4 comments:

  1. UPSR dapat 4A ke..sebelum tukat ke 5A..

    SMK Derma mcm Badlishah kulim dan SMK Ibrahim

    ReplyDelete
  2. i have a friend who was from SMDerma. SPM 1999.

    ReplyDelete
  3. Ikhwan, SMD pada saya bukan sekadar sekolah :)

    Ecah, oh siapakah dia?

    ReplyDelete
  4. Mcm pernah ku dengar semua nama yg disebutkan,tp dimana yaaa:)

    ReplyDelete