Dalam menempuh apa yang aku sifatkan perjuangan (jika boleh dipanggil begitu) dengan penuh kepayahan (dan tentunya ada yang jauh lebih dahsyat mendepani kepayahan ini), ada juga dilema yang bermain dalam akal fikir.
Tapi aku yakin, kewarasan fikir aku sentiasa tahu bukan saja aku, tapi lebih ramai yang senasib dan lebih teruk, tapi kekal lebih hebat perjuangan dan pengorbanan mereka. Ada yang lelah dan kalah - meredakan bahasa perjuangan dengan bersikap lunak kepada UMNO-BN dengan ayat lapis soal Melayu-Islam.
Sebenarnya bahasa yang kita pakai hari ini sudah cukup lunak. Kita bercakap tentang rasuah, salah guna kuasa, menentang kezaliman dan sebagainya hanya kerana kita manusia, muslim dan melayu dan bukan sebaliknya. Kita bukan sekadar manusia, muslim dan melayu pada slogan, tapi pada nilai dasar yang menguatkan ketiga-tiga entiti ini.
Tapi politik, dengan segala kekuatannya sentiasa mencemburui kita. Aku percaya apa yang Raja Petra cuba maksudkan dari kisahnya. Biar orang pandang sinis dan keji untuk sebuah pilihan yang berisiko. Aku pun bukanlah berani sangat tapi mereka yang berani tentu saja lebih baik dari mereka yang sekadar sembang lebih dan sembang kemas.
Di sana, bukan ujian Allah kepada kita semata-mata, tetapi juga kepada mereka yang tegar menzalimi manusia. Bukankah nabi s.a.w. telah bersabda agar dibantu orang yang dizalimi dan menzalimi?
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment