Wednesday, March 25, 2009

Apa Adanya

Hampir semua orang nak awek yang cantik. Hampir semua orang nak balak yang kacak. Mungkin semua orang! Tak payahlah tipu-tipu.

Kita mungkin nak yang beriman di tempat pertama. Tapi jika diberi pilih beriman serta kacak dengan beriman serta “sampan pecah”, agak-agak mana kita pilih?

Tak payahlah tipu-tipu. Jadi jujur bukan payah. Kadangkala nak jadi baik ni membawa kita jadi seorang hipokrit pula.

Kawan-kawan selalu terliur melihat “awek panas”, cun dan “bergetah”. Jika di Bangsar itu mungkin dah lali. Bukan kami minta, tapi mereka ada di mana-mana.

Mereka-mereka itu memang “daring”, mempersona dan seakan memanggil.

Satu waktu itu di sebelah meja kami datang “awek panas” dan seorang lelaki muda yang biasa-biasa saja. Kawan aku “gigil” dan “membentak”. “Celaka, kenapa selalu “awek panas” dibawa oleh “sampan pecah”?

Tak lama lepas itu lelaki itu nyalakan api rokok untuk sang perempuan. Kami masih bualkan soal wacana yang lambat bergerak di Malaysia dan apa harus kami buat untuk tidak ketinggalan sambil menggasaknya. Tidak lama pasangan itu bangun dan menuju ke sebuah kereta jenama BMW.

Spontan kata keluar dari kawan aku “semuanya telah terjawab”.

BMW mungkin hanya sekadar singkatan dari Best Men Wins bagi sesetengah lelaki yang konon berkeyakinan tinggi. Ia lebih daripada sebuah kereta. Ia adalah simbol kestabilan dan keselamatan masa depan untuk seorang wanita.

Kawan aku lekas potong “itu kereta ayah dia, aku tak hairan sangat”.

Kami ketawa. Semoga kami mampu setingkat dengan kebijaksanaan Heideigger supaya akan ada Hannah Arendt yang mahu mencintai kami.

Aku harap aku boleh mencintai “karya syorga” aku apa adanya – buruk dan baik kerana dia harus jadi satu-satunya yang bernama isteri.

Semoga dia itu muncul satu hari nanti! Ameen!

Oh, aku rasa bila dah jadi isteri, dialah yang paling cantik kerana hanya ada dia di mata kita. Seharusnya begitu.

6 comments:

  1. sdr amin...
    berdasarkan pengalaman pakcik

    1. gadis yang kita 'suka' memang wujud didunia ini. carilah sampai jumpa.

    2. jangan ikut ikutan. orang ada awek, kitapun wajib ada awek. kalau kita ikutkan orang, suatu hari kita jumpa yang kita 'suka' macamana.

    3. awek bukan kereta yang boleh ditukar sesuka hati. awek isteri masa depan kita.

    4. carilah, pasti ada. cuma cari di tempat yang betul. itu penting.

    5. pakcik pun pernah muda, walaupun tak tua lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pakcik,

    Saya menulis Cerita Cintan Cintun ni sekadar menghimpunkan banyak perhatian, pendengaran dan juga info dari pelbagai kisah orang ramai termasuk pengalaman saya sendiri.

    insyaAllah, berkaitan isu pasangan dan perkahwinan itu tidaklah saya tergesa-gesa sangat. Jika ada pun saya mungkin perlukan sekian waktu utk kenal. Tapi insyaAllah saya akan mencintai kelebihan dan kekurangan dia, entah siapa :)

    ReplyDelete
  3. jodoh sume da tentukan oleh tuhan..
    tp kalo kite x cari..macm mane nk jmp kn..

    huu..

    ReplyDelete
  4. salam

    saya sering megalami situasi sama

    dan

    kawan saya akan kata

    "ketidakadilan dunia"

    :p

    ReplyDelete
  5. aedi,

    aku tak pernah tanya, tapi aku nak tanya kali ni...kau tinggal di mana ya?

    ReplyDelete