**********
Mesej masuk:
“Salam. Awak apa khabar?”
Mesej keluar:
“Salam. Baik Alhamdulillah. Err, siapa di sana ya?”
* Itu pun mujur jika ada mesej keluar!
**********
Lelaki, dari apa yang aku tahu jarang memusuhi “karya syorga”nya yang lama. Jika ada pun ia mungkin untuk waktu yang sangat singkat. Lelaki, seperti yang aku pernah tulis – egonya ada pada akal.
Ringkasnya, lelaki mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Wanita, dari apa yang aku tahu memang mudah memusuhi “perwira”nya yang lama. Jika ada pun yang masih mampu berhubung, tanda-tanda tidak senang itu ketara. Wanita, seperti yang aku pernah tulis – egonya ada pada emosi.
Ringkasnya, wanita sukar memaafkan tapi mudah melupakan.
**********
Mesej masuk:
“Salam. Awak apa khabar?”
Mesej keluar:
“Salam. Baik Alhamdulillah. Awak sihat?”
**********
* Mesej mula dan akhir kisah ini, agak-agak siapa lelaki siapa wanita? Dan kenapa ya?
** Oh, sebelum aku lupa...oleh kerana ada makhluk-makhluk yang gatal tangan nak bagi komen, masukan (entry) dalam Cerita Cintan Cintun ni memang ada dalam fail laptop aku. Aku tulis dari masa ke masa selepas mengalamai, mengamati dan mendengar banyaknya kisah di sebalik magis cinta orang ramai. Aku doakan cinta yang ada di muka bumi ini lebih hebat dari rasa benci.
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment