Monday, March 23, 2009

Apakah Perasaan Benci Itu Sebenarnya Cinta?

Tajuknya saja dibuat begitu, ubah sikit lirik Yuna tu sebab aku rasa bahagian tu berbunyi cool (atau harus aku tulis dingin?).

Hidup aku kebelakangan ini agak tak menentu. Entah apa bisikan yang banyak singgah ke dalam fikir dan mimpi. Tapi apa yang menarik ialah hidup aku lebih fokus dan tersusun. Cuma biasalah, bila dah banyak perkara dalam kepala otak, nak tentukan keutamaan dan juga ambil masa untuk pastikan semuanya berjalan baik.

Jika ada perkara yang boleh aku kesal dan rindu ialah:

1. Aku kurang bersenam sejak beberapa waktu dan itu memang sangat tak bagus. Sekurang-kurangnya sehingga bulan 5 ini aku akan berdepan dengan jadual yang padat. Sekarang aku ambil cuti sekejap, itu yang kerap mengadap laptop. Emak di sini kursus umrah maka aku entertain dia. InsyaAllah pertengahan April ini mak akan ke tanah suci.

2. Dah lama aku tak borak dengan emak berdua. Bila ke rumah saudara mara atau ke pusat membeli belah, kami bual dalam kereta. Banyak perkara dibualkan dan aku rasa sangat gembira dengan itu. Biasanya waktu-waktu begini mak banyak tanya hal personal dan aku semacam ada kekuatan untuk bercerita segala hal jatuh bangun aku. Emak mana tak sayang anak kan? Rasanya semua adik-beradik aku rapat dengan emak berbanding ayah. Kesabaran dan keberanian emak banyak mempengaruhi aku. Alhamdulillah, masa kecil, dalam kesibukan emak sebagai jururawat, aku rasa banyak juga kenangan aku bersama emak sebab kadangkala aku akan ikut emak ke hospital sepanjang hari.

3. Manusia, zaman muda memang penuh dengan cita-cita dan impian. Tapi bila usia berganjak pilihan menjadi tidak sebanyak yang sepatutnya. Bukan tidak ada tetapi upaya kita untuk memilih menjadi terhad dek banyak tuntutan lain. Aku teringat pula kata-kata Zaki "kita ni nak hidup jika panjang usia pun 60-70 tahun, sekarang dah nak masuk separuh umur. kalau separuh umur kita boleh hidup (dengan susah payah), takkan separuh umur lagi kita akan biar?" Dia tua dua tahun daripada aku. Walaupun rasanya banyak dari hal berfikir kami tak sama, kami rapat sebab banyak dari hal kesakitan hidup ini kami depani dengan berani dan sabar.

4. Dulu bila ada benda yang aku fikirkan dan tidak jumpa jawapan, aku rasa Tuhan lekas membantu. Misalnya, jika ada masalah berlaku (tentang masalah urusan dunia dan juga hubungan manusia), aku akan lekas terbaca berkaitan hal yang aku fikirkan itu. Ya, dulu di kampus aku akan tidur lewat, sekitar jam 2-3 dan bangun seawal jam 5. Itulah masa aku membaca dan berfikir. Tapi setahun dua ini aku banyak pula dihadapkan dengan watak-watak manusia yang dulu aku baca tapi tak temukan realitinya.

5. Mati adalah subjek pembicaraan yang selalu asing dari orang muda. Rasanya tak ada anak muda yang nak mati awal jika diberi pilihan. Aku harap Tuhan hanya ambil nyawa aku selepas aku telah cukup berkorban untuk apa yang sifatkan perjuangan. Rachel Corrie mungkin idola aku. Dia perempuan Amerika yang mati muda digilis pembajak saat mempertahan nasib rakyat Palestin dari zionis celaka. Aku tak tahu berapa ramai anak muda yang benar-benar melihat keadilan dan kebebasan itu penting. Yang selalu aku dengar di kampus dulu semua nak kerja besar-besar dan jadi orang kaya supaya boleh beli itu dan ini. Ya, itu tidak salah cuma aku rasa jiwa aku tidak puas. Aku pun sama macam anak muda lain, beli itu ini dan berhoyeh sini sana. Cuma jiwa aku tak puas. Tapi jangan terkejut, iklim bebas dan adil ini sebenarnya dimahukan semua anak muda - cuma hanya sebahagian yang benar-benar berani berjuang dan sebahagian lagi hanya mahu menuai hasil daripada iklim bebas dan adil ini. Mereka takut, mereka beralasan malah mengherdik mereka-mereka yang payah dan sakit berkorban kerana kebebasan dan keadilan.

6. Aku terhidu rasa benci yang dalam pada beberapa tulisan yang aku baca. Aku hanya mampu berdoa umat ini akan mengerti rasa kasih sayang dan garis beza antara benci dan memaknai prinsip perjuangan. Kadangkala dalam medan politik ini aku tidak selesa tapi itulah harga yang harus dibayar tentang prinsip dan sikap memilih. Sabda Rasul s.a.w. "Jadilah kamu manusia berprinsip. Jika manusia itu adil, maka kamu berlaku adil. Jika manusia itu zalim, kamu tidak berlaku zalim". Lebih kurang maksudnya. Dalam menyemai kasih sayang pada diri umat, kita berdepan hakikat bahawa Nabi s.a.w. sendiri punya musuh. Namun Nabi s.a.w. tak putus asa dalam dakwah. Garis beza antara peribadi yang didakwah (mad'u) dan nilai yang dikendong mereka (baik atau buruk) tetap ada tetapi manusia dengan segala egonya sukar mengasingkan aspek ini dan ia tidak sepenuhnya salah. Hanya saja jika kita mahu duduk sebentar dan berfikir tentangnya, insyaAllah kasih sayang akan lebih semarak.

7. Hujan lebat di luar sana dan aku masih tidak keluar dari rumah untuk ke Goethe. Pulang dari sekolah aku akan bersama emak. Tanpa emak dan ayah, siapalah kita. Sejauh mana kebencian kita pada kesilapan mereka tidak harus membawa rasa benci yang amat. Jika kalian ada isteri, ingatlah bahawa dia bukan sekadar isteri kerana dia juga anak yang kedua orang tuanya mengharapkan doa dari anak yang soleh dan di tapak kaki merekalah anak-anak kalian mengharapkan syurga. Sedangkan lidah lagi tergigit, aku harap anak muda yang ghairah bercinta tahu tentang agungnya erti rumahtangga. Sebenarnya aku benci membaca tentang keruntuhan rumahtangga atau masalah yang tidak selesai-selesai di media dan mereka ini kebanyakan artis yang sering dipuja anak muda yang mungkin kurang matang. Ternyata cerai itu perkara halal yang paling dibenci Tuhan.

8. Fanatisme adalah penyakit segala abad. Antara pesan agama yang kuat membekas dalam diri aku ialah perihal "jika sayang sesuatu, jangan sayang sangat-sangat. jika benci sesuatu jangan benci sangat-sangat". Dalam surah Ibrahim tak silap aku "mungkin apa yang kamu benci itu baik pada kamu dan mungkin apa yang kamu suka itu buruk buat kamu". Belajarlah membina kesederhanaan dan ia tidak mudah. Apabila kita melihat diri kita serba sempurna, belajarlah melihat manusia lain begitu. Jika kita akur bahawa diri kita serba tidak sempurna, belajarlah melihat manusia lain begitu. Aku belajar sesuatu yang berharga minggu ini iaitu apabila ada masalah, mulakan dengan kata "mari kita bincang baik-baik kerana saya mungkin silap". Aku suka sikap begini.

8 comments:

  1. rasa macam dibisik ke telinga saya.

    sahabat,
    terima kasih untuk ini.

    ReplyDelete
  2. Fynn,

    Untuk apa yang baik, ambillah.

    Aku tidak mahu jadi malaikat di mana2 pun.

    Dan aku cemburu dengan bloggers yang bebas menguntai bahasa muda dengan berani meski khalayak mahu lekas menghukum dari apa yg zahir pada mereka.

    Aku mungkin tidak bebas sepenuhnya. Tapi aku lelaki, dan aku akan tempatkan keberanian aku pada ruangnya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Salam

    sgt suka entri ini.

    seperti msk terus ke dlm hati & buat minda berfikir sejenak.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. saya suka lagu yuna =D

    point no.5:

    "mati adalah subjek pembicaraan yang selalu asing dari orang muda"

    ayat yg cukup menginsafkan.

    mudah2an dpt melembutkn hati yg selalu terlupa =)

    ReplyDelete
  5. Inz dan Shairah,

    Selamat datang dan terima kasih krn tinggalkan komen. Saya tak pernah tahu benar2 siapa pembaca saya kecuali sebilangan rakan yg minat politik namun perlahan beransur krn blog ini sudah tidak sepenuhnya bersifat politik.

    Saya belajar banyak dlm kesempatan yg Tuhan beri namun saya selalu menangis sebab saya tahu saya tidak memberikan yg terbaik utk Dia yang selalu memberi peluang kepada saya.

    Entahlah, kejujuran kadangkala menyakitkan.

    ReplyDelete
  6. terima kasih juga pd anda yg tinggalkn komen di blog saya (tpi masih tak direply dek kesibukan (ke kemalasan?haha) aku suka baca blog kamu. bnyk inputnya insyaAllah

    wah anda pun orang perliskah? nmpknya saya dh bertemu rakan senegeri. kecil sungguh dunia ini. entah2 kita sekampung hehe =D

    ya, anda dan saya punya misi. mari sama2 kita daulatkn perlis!

    ReplyDelete
  7. entry ni buat saya berfikir sejenak. saya tak serius menjalani kehidupan!
    saya mesti serius & kerjasama!
    adakah wonderpet akan datang membantu...oh tidak!

    ReplyDelete
  8. Shairah, saya telah tinggalkan nota di sana.

    n, wonderpet! hehe

    hidup perlu saling memberi dan memaafkan :)

    ReplyDelete