Friday, October 31, 2008

Razak Baginda Bebas

Seperti yang kusangka terjadi.

Kini hanya tinggal dua macai yang akan berdepan dengan proses undang-undang dan kedua-duanya polis yang dikatakan pernah bertugas dengan seorang tokoh politik yang hampir dengan kerusi kuasa kini.

Apa kejadahnya dua orang polis ini nak membunuh Altantuya (baca: motif pembunuhan)?
Bagaimana mereka terlibat dalam urusan Altantuya? Jika Razak Baginda yang memanggil polis, kenapa Altantuya perlu diletupkan? Razak Baginda tidak bermaksud supaya Altantuya dibunuh, maka siapa memaksudkannya? Kenapa sampai perlu dibom (ada yang kata kena rogol dan tembak dulu)?

Apa yang boleh aku kata ialah negara Malaysia ini seakan sangat tidak selamat. Aku masih ingat kenyataan Isham Rais masa dia baru balik dari 'kunjungan ke luar negara' bahawa tidak ada satu lorong pun di Malaysia yang selamat. Aku masih membayangkan celakanya pertuduhan terhadap DS Anwar bahawa liwat berlaku secara sukarela sedangkan Saiful Bukhari membuat kenyataan tidak rela. Siasatan (bangsat) apa yang dilakukan oleh Polis Malaysia?

Ini adalah masalah besar pengumpulan kuasa yang bermula di era Tun Dr Mahathir. Di Malaysia, pemisahan kuasa seakan tidak berlaku. Tanya saja hatta orang awam sekalipun, mereka percaya bahawa orang politik yang berkuasa boleh melakukan apa saja melalui sistem kenegaraan yang berlangsung sekarang. Pemisahan kuasa hanya tempelan. Kebusukannya pecah kerana ada pemberani yang melawan dan berpengaruh. Mujur pemberani ini Melayu, jika tidak sudah tentu hasilnya sama kerana sentimen kaum yang diheret melalui paradigma yang salah.

Dua orang polis ini jika benar mereka membunuh Altantuya, atau polis yang lain sekalipun, mereka tidak membunuh tanpa motif. Sebab itu proses peralihan kuasa di Malaysia harus berlaku suka atau tidak suka dan cara yang paling demokratik harus dijaga. Ini bukan kerana Pakatan Rakyat itu terbaik dan sempurna segalanya, tetapi kerana ruang demokrasi yang terbuka akan membantu rakyat menilai dengan lebih baik.

Aku tak tahu apa reformasi dalam pengertian Perdana Menteri sekarang. Barangsiapa yang menyangka Pak Lah akan bangkit semula melawan dalam tempoh yang ada harap dapat lupakan. Tapi anda boleh bersabar kerana ada habuan untuk mereka yang sabar...hehe

Prinsip atau Bodek?

Ini baru betul prinsip!

Prinsip atau Bodek?

Ini baru betul prinsip!

"Aku boleh bayar balik la duit Pet.."

Itulah ayat manis pelajar Malaysia yang dikatakan hilang di Australia.

Cukup hampeh bila aku dapat tau dari sumber aku di Australia yang mengatakan bekas budak asrama penuh di Negeri Sembilan ni (sama sekolah dengan DS Rosmah khabarnya) jawab "aku boleh bayar balik la duit Pet (Petronas)".

Katanya dia kaki Clubbing di sana dan LARI ikut jantan Mat Salleh. Siap boleh telefon konsulat bagitau tak payah cari dan dia ok.

Pokemon betul budak ni!

Tentang Melayu (Bumiputera) dan Selain Mereka

Sebenarnya pendirian prinsip aku berkaitan isu Melayu telah dinyatakan dalam banyak tulisan santai di blog ini sebelum ini.

Aku ikut perihatin dengan perkembangan isu semasa dari masa ke masa kerana hampir seluruhnya sentiasa mengambil perspektif Melayu dalam wacananya. Aku faham perspektif ini penting kerana ia melibatkan persoalan yang berkuasa dan yang mencari kuasa di Malaysia. Rakan-rakan (yang sebenarnya aku tidak kenal) di Facebook turut sama terheret membincangkan hal ini. Mereka kebanyakannya ialah pelajar luar negara di mana sefaham aku adalah sebahagian yang menikmati dasar favouritism di Malaysia dengan besar. Dilema pelajar bijak yang menikmati sebahagian aspek ini sebenarnya pernah dikongsi oleh sahabat aku, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Memandangkan pandangan sarwa aku pada isu Melayu tak dapat dipisahkan dari pemahaman Islam, aku tidak berminat membela Melayu berbanding Islam. Sebab itu aku sangat tidak selesa untuk menjadikan Melayu dan Islam sinonim pada semua aspek. Cara ini akan meruntuhkan Islam itu sendiri. Aku hanya berminat mempertahankan Melayu sekiranya aku lihat ia bertepatan dengan pandangan Islam yang aku anuti. Berkenaan pandangan Islam pula, aku lebih suka pandangan yang autoritatif berbanding autoriti. Aspek ini pernah aku tulis dalam blog ini sebelum ini, maka jangan lekas menghentam pandangan aku berkaitan autoriti ini. Ini mungkin bentuk pasaran bebas dari sudut idea yang majoriti umat Islam tidak selesa. Tetapi merit dalam pertimbangan autoritatif bukan semudah yang disangka.

Ada 3 tulisan dimuatkan oleh penulis yang dilihat liberal (baca: sangat terbuka, bukan liberal dari pengertian libertarian ya kerana mungkin mereka lebih cenderung sosialis) hari ini di sini, di sini dan di sini. Link-link ini tidak mewakili sepenuhnya pandangan aku tetapi aku fikir sikap terbuka perlu kerana ia boleh memperkaya sudut pandang kita.

Aku sangat berharap ilmuan Islam menulis secara tegas dan tuntas soal supremacy Melayu dari pandangan Islam. Ilmuan Islam tak perlu berselindung di sebalik Ketuanan Melayu untuk menjaga Islam.

Thursday, October 30, 2008

Berita-Berita Pedoman

1. Buang mentaliti silo - Raja Nazrin Shah

2. Kehakiman - Datuk Ian Chin

3. Tiba-tiba Tony Pua cakap pasal ekonomi liberal (wink! wink! bahasa liberal biasanya inklusif)

4. Media: Yang Mana Satu Betul - Isham Rais

5. Janji 'Palsu' Politik - DS Najib

6. Altantuya

7. Eurocopter

Reformasi? Perubahan? Transformasi dalaman? Siapa kata kita boleh lari di dunia?

Hari Ini

Sangat penat kerana tidak cukup tidur.

Aku ke UM selepas Subuh untuk Seminar Sehari Corak dan Masa Depan Media Massa di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia dengan kerjasama UM dan SSIG. Program dirasmikan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Program bagi aku berjalan agak menarik dengan perdebatan sihat. Hanya saja mungkin ia kurang melibatkan panelis dari media bebas atau media yang tidak dikaitkan kerajaan.

Sekarang aku sakit kepala dan rasa dunia ini bergerak-gerak...aduh

Wednesday, October 29, 2008

Kenapa Blog?

Aku tulis blog bukan untuk membuktikan aku paling benar. Jauh sekali niat berkenaan. Ia lebih kepada terapi di samping beberapa objektif lain seperti mengasah bakat menulis, mengasah gaya pemikiran dan sebagainya.

Beberapa prinsip juga penting dan aku sangat setuju gesaan tegas Ustaz Hasrizal di Saifulislam.Com untuk tetap memastikan akhlaq dipelihara dalam proses berbeza pendapat. Meskipun sikap manusia kadangkala terlanjur, kita tidak harus ralat untuk minta maaf. Sebagai penulis blog, aku mengambil sikap yang terbuka untuk berkongsi. Ini antara satu aspek penting dalam prinsip pergerakan PKPIM iaitu sedia belajar, mengajar dan diajar. Kesombongan terhadap ilmu tidak akan membawa kita ke mana dan ilmu ini pun bukan milik mutlak kita.

Di saat kekangan kepada kebebasan bersuara dan berbeza pendapat secara aman dikekang, aku rasa blog telah memberi harapan baru kepada pengertian ini. Sudah tentu ada blog yang biasa-biasa, ada blog yang luar biasa dan sebagainya. Bercambahnya blog politik bukan satu masalah. Blog bukan politik juga popular misalnya blog 13May yang cukup menghiburkan aku (sebab aku gila-gila juga sebenarnya, hehe).

Pada aku fenomena blog medan terbaik kita menguji pengaruh pasaran bebas dan bagaimana ia sebenarnya tidak bermasalah sangat pun. Sebahagian tokoh agama juga mengambil ruang ini dengan cukup baik dan bertenaga dan ini satu perkembangan yang aku rasa sangat positif.

Sebenarnya aku fikirkan jika pensyarah akademik mewajibkan pelajar membuat tugasan menggunakan blog, ia tentu menarik. Di samping menggalakkan budaya penulisan, ia dapat mencambah perkembangan idea dalam bidang itu sendiri. Dan sebenarnya apa yang aku lihat ialah mahasiswa sebahagiannya mengambil langkah pro-aktif tanpa perlu disuruh pensyarah.

Syabas!

Runsing

Aku baru menyiapkan tulisan Islam dan Hak Pemilikan Harta untuk WauBebas.Org dan insyaAllah jika ia diluluskan untuk terbitan, nanti aku letakkan capaiannya.

Aku berkongsi kerungsingan sahabat blogger - Najwan Halimi berkaitan hukum haram mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada penganut agama Hindu baru-baru ini.

Berikut adalah maksud komen lanjut aku dari polemik awal yang cuba bangkitkan dalam komen di sana:

Bagi saya perlu reformasi besar-besaran untuk kita bersantung dan memberikan kebebasan untuk menyaring semula pandangan dlm byk isu. jika sy dianggap mempersenda, sy harap tolong juga jgn mempersenda umat Islam dgn cara yg x sepatutnya.

biarlah sy mengemukakan pandangan lebih neutral. ucap selamat itu dikatakan haram krn seolah kita mengiktiraf ketidakislaman mereka. saya sejak dulu sering tertanya dan berharap dicerahkan kenapa Allah s.w.t. mengungkap istilah agama kpd bukan Islam bila dlm firman menyebut "bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami". kenapa perkataan agama yg disebut? bukankah itu satu pengiktirafan bahawa ada agama lain meskipun ia bukan pengiktirafan dalam konteks kebenaran? begitu juga cukai kharaj dan sbgnya - bukankah ia pengiktirafan bahawa ada yg tidak menerima islam terlepas maksud mengiktiraf pilihan mereka benar?

tolong cerahkan saya. saya benar2 tersepit dgn amalan islam di Malaysia meski saya percaya Islam adalah agama yang saya akui benar sebagai pilihan saya.

Juga Menarik

Aku tak tau dari mana Raja Petra menulis. Jika dulu DS Anwar boleh menulis dan dikeluarkan dari penjara dengan kaedah yang tidak dapat dipastikan, tidak mustahil Raja Petra juga.

Ia subjek yang baik untuk dibincangkan dengan sabar dan rasional.

Tuesday, October 28, 2008

Diskopi

Sebahagian sahabat-sahabat aku kini berkampung di Kumpulan Diskusi Warung Kopi atau ringkasnya DISKOPI.

Entah kenapa aku sering di sana untuk menyatakan sudut pandang libertarian dan aku fikir di sana perdebatannya hangat dan menarik.

Kunjung ya! Tidak perlu bersetuju sebaliknya menghargai kepelbagaian.

Isu PKNS dan isu Melayu-Islam di Malaysia

Memang tepat telahan aku bahawa isu utama yang perlu diselesaikan di Malaysia ialah mengendurkan sentimen perkauman. Isu ini hanya akan berjaya jika orang Melayu sendiri membuat keputusan yang adil dan orang bukan Melayu tidak lebih sudu dari kuah.

Kenapa aspek ini tidak jelas nampak ada perubahan?

1. Kempen berterusan UMNO tentang nasib Melayu pasca 8 Mac.
UMNO memang hanya boleh hidup dengan agenda Melayu tetapi malangnya selama ini negara ini bukan diperintah dan dikuasai oleh orang lain pun! UMNO tu juga la! UMNO yang sama tidak pernah berubah. Mereka ingat bantuan yang tidak disalurkan ke negeri-negeri dan ahli Parlimen yang dipilih rakyat tu tak memberi kesan kepada Melayu? Masalah UMNO yang paling celaka ialah mereka hanya melihat Melayu ini mesti bersama UMNO. Mereka juga mahu secara undang-undang dan Perlembagaan meletakkan Melayu itu lebih. Mereka tidak percaya kepada persaingan sihat. Persaingan sihat hanya boleh berlaku dengan kedaulatan undang-undang yang jelas - without fear and favour - dan ini tidak berlaku!

2. Kempen Sehala
Orang Melayu melihat dalam proses politik yang sengit, bangsa Melayu lebih banyak memberi berbanding bukan Melayu. Hal ini sebenarnya terjadi atas dua faktor pada aku:
i. Kerana UMNO mengambil terlalu banyak, katakan dulu 60:40, UMNO ambil sampai jadi 80:20, maka bila nak balikkan semula kepada 60:40, nampak orang Melayu la berkorban. Masa orang Melayu sapu kita pejam mata atas nama Melayu "tak apalah orang kita...".

Jalan keluar terbaik ialah kita semua - rentas agama, kaum dan parti mesti bersetuju untuk berkempen tema 'justice-centric'. Dengan persetujuan ini, kita boleh temukan semua untuk memperhalusi dasar dan gerak kerja. Dalam kata mudah - berilah hak kepada yang berhak dan ambillah hak daripada yang tidak berhak. Macam DS Anwar kata muda saja "saya boleh maafkan mereka, tapi duit rakyat mesti bagi balik". Sanggupkah mereka?

ii. Orang bukan Melayu tidak berkempen sama kuat dengan Melayu dalam hal justice-centric. Dan ia tidak semudah mengalih tudung saji untuk mengambil makanan. Ia memerlukan kesabaran dan proses yang beransur. Perkataan beransur ni mungkin bunyi macam kenyataan DS Najib tapi kita tak boleh percaya kucing kata dia tak makan ikan! Tambahan pula dah banyak ikan kita hilang dan ada sisa isi ikan di gigi kucing tersebut!

Jika tanya aku, aku mahu nyatakan bahawa sasaran tertinggi aku buat masa ni ialah mewujudkan kesamaan di mata hukum. Aku tak pakai hujah Islam lebih tinggi dari yang lain di tempat awam. Islam adalah set nilai dalam amalan di mana jika kita amal kita jadi orang berilmu dan ditinggikan darjat kita. Ia bukan tinggi dalam konteks undang-undang. Zaman nabi s.a.w. semua orang sama di mata hukum dan nabi s.a.w. tegaskan jika Saidatina Fatimah r.a. mencuri pun kena potong tangan. Isunya ialah bagaimana kita mahu mengolah persetujuan jika kita percaya Al-Quran dan Sunnah wajib dijadikan Perlembagaan. Ia memerlukan kajian sejarah, Al-Quran dan hadis serta banyak lagi aspek. Mengolah persetujuan awam bukan seperti mengepung peserta tamrin penjelasan fikrah.

Pada aku dialog dan seumpamanya mesti dirancakkan dan ia bukan menjadi medan untuk kita menentukan seseorang itu kafir atau tidak apatah lagi dengan penentuan ini menentukan syarat dia layak pegang jawatan atau pun tidak. Mungkin kelayakan ini hanya terpakai untuk kes tertentu.

Dari latar belakang tersebut, perlantikan Pemangku Pengerusi PKNS tidak harus jadi isu yang terlalu besar berbanding rasuah dan penggunaan duit rakyat berbillion ringgit serta salah guna kuasa di mahkamah. Mereka ini semua Melayu berprofil tinggi dan disanjung dibela oleh Melayu lain dan juga bukan Melayu yang mendapat laba dari sokongan ini!

Inilah celakanya bila agama disinonimkan dengan bangsa!

Cerita

Seorang kawan bertanya aku novel apa yang bagus?

Aku tak banyak membaca novel. Meski temanya bagus selalunya bahasa novel bahasa yang tinggi. Mungkin sebab itu cara terbaik belajar Bahasa Inggeris ialah melalui kesusasteraannya.

Pada aku menulis novel sama macam berniaga. Pakej itu penting. Kekurangan dalam pakej sedikit sebanyak memberi kesan kepada novel tersebut meski temanya bagus.

Jawab aku padanya ada beberapa novel yang pada aku bagus berdasarkan perspektif tertentu.
Antara novel yang aku suka baca tentunya pengolahan Faisal Tehrani, Ramlee Awang Murshid dan sebilangan yang lain. Ya, tidak ada nama yang terlalu besar aku masukkan di sini dan itu terus terang. Jika ada pun Gabriel Marcia Marquez?

Kawan-kawan suka mendengar bila aku bercerita. Dulu di kolej kami akan berjaga hingga lewat malam, berlabun banyak hal dari kehidupan kanak-kanak, remaja dan di kampus. Kerana aku asal Perlis dan orang utara memang suka bercerita, maka seringnya aku yang bercerita berbanding yang lain. Ya, tentunya ada kisah-kisah mengarut terutama tentang hantu.

Di kolej juga aku secara diam dah macam bilik kaunseling. Entah kenapa sejak sekolah aku akan dirujuk oleh teman-teman berkaitan bab cinta, masalah sosial dan sebagainya. Bukan semua masalah aku ada pengalaman tapi mungkin aku dilihat rasional.

Dari banyak hal yang aku tangani membantu aku sendiri memperbaiki diri. Sharing is caring, itu yang sering dibahasakan.

InsyaAllah satu hari nanti aku akan ada buku sendiri untuk ditulis.

Seminggu Lagi

Presiden baru Amerika Syarikat akan ditabalkan - sama ada Barack Obama atau John McCain.

Ada beberapa pandangan dari teman-teman khalayak yang sering meneropong perkembangan ini.

1) Polisi McCain lebih liberal berbanding Obama dari sudut ekonomi. Sebab itu, bagi mereka yang mengikuti politik Amerika lebih dekat, populariti Obama akan bertarung dengan jati diri dari sudut polisi ekonomi ini.

2) Pemergian Bush sangat diraikan.

3) Sarah Palin tidak cukup mewakili kekuatan yang mampu menampung McCain dan ramai menganggap ini satu kesilapan besar sejak awal lagi dan ia dibuktikan kemudiannya.

4) Semasa aku di Amerika, majoriti di sana (maksud aku di tempat aku pergi) berkata Obama akan menang berdasarkan mood rakyat pada waktu itu tapi polisi ekonominya sangat membimbangkan.

Polemik politik di Amerika Syarikat sebenarnya mirip dengan politik Malaysia mutakhir ini. Ia persoalan kesediaan rakyat untuk mengangkat kaum kulit hitam berada di kerusi kuasa dan sokongan ini nampak jelas. Pakcik aku meramalkan Obama akan mati ditembak nanti kerana dia tidak percaya kaum kulit putih di sana akan berdiam diri.

Di mana-mana baik dan buruk bercampur dan daya saring manusia harus dirangsang dengan baik.

Ekonomi Lagi

Aku sedikit gembira kerana usai mengendalikan program Akademi Merdeka anjuran Malaysia Think Tank, ada riak yang jelas dari segi penyertaan golongan muda dalam hal ehwal ekonomi. Bukan sebelum ini tak ada, mungkin tidak jelas.

Aku mungkin tidak hairan jika wacana ekonomi di kalangan generasi muda muncul dari kelompok yang mengambil pandangan Sosialisme kerana asas wacana dalam konteks Sosialisme bermula di sana. Yang menarik pada pandangan aku ialah Malaysia Think Tank seakan menzahirkan tawaran berbeza meskipun sebenarnya pendokong idea Liberalisme (Klasik) ini memang sedia ada di Malaysia.

Mungkin ini berpunca daripada aliran liberalisme yang seakan mencabar pandangan Islam di Malaysia di mana ia dikaitkan dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Jarang pandangan ekonomi liberal dipanjangkan di Malaysia secara terbuka.

Krisis ekonomi di Amerika yang kian merebak menjadikan wacana ekonomi mendapat tempatnya yang tersendiri. Tambahan pula Pakatan Rakyat (PR) mengambil posisi untuk menawarkan Belanjawan 2009 untuk mencabar Bajet 2009 yang harus diakui terkeluar dari konteks suasana ekonomi semasa.

Aku tidak pasti sama ada Belanjawan 2009 ini adalah sama dengan pandangan Ekonomi yang Manusiawi sebagaimana Dato' Seri Anwar cuba gambarkan dalam Gelombang Kebangkitan Asia. Pada aku, Belanjawan 2009 ini mungkin konsensus Pakatan Rakyat yang tentunya memiliki rencam pandangan.

Bagi mereka yang mendokong Islamisasi Ilmu, mungkin mereka ada pandangan berkaitan Ekonomi Islam. Dalam program di UKM yang pernah aku anjurkan, ternampak seakan tidak ada struktur jelas untuk menawarkan pandangan Ekonomi Islam ini dan jika ada, adakah ia mirip Sosialisme atau Liberalisme atau ia mengambil kedua-duanya atau ia berdiri sendiri dalam konteks berbeza.

Ini mungkin sesuatu yang menarik di celah kerencaman masalah dan wujudnya pendakwaan bahawa menjenamakan Islam pada sesuatu itu perlu dan tidak perlu.

Sunday, October 26, 2008

Selamat Hari Deepavali

Semoga kita dapat berusaha lebih gigih untuk menekuni kemahuan Allah s.w.t. yang meletakkan rahsia besar di sebalik jamak agama, bangsa dan budaya.

Saturday, October 25, 2008

Seorang Lagi

KUALA LUMPUR 25 Okt. Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, undang-undang dan perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari bukan secara rasmi oleh individu dan kaum-kaum.

Ulasan:

Aku tak minat nak memperleceh dan memperlekeh mana-mana ahli akademik kerana aku penghormatan terhadap ilmu. Tapi, selalunya mereka sendiri yang tak hormat dan benarlah firman Allah s.w.t. berkaitan ilmu dan darjat manusia di sisinya.

Agaknya guna Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tak bercanggah dengan Perlembagaan kot? Kalau dah namanya pembodek beginilah...

Ingat selalu pesan aku: yang membezakan orang pandai dan fatonah ialah keberanian menyatakan kebenaran. Profesor ini tidak salah sepenuhnya, tapi aku fikir dia telah terkeluar konteks dan jelas sangat bodeknya.

Friday, October 24, 2008

Tandatangan

SHAH ALAM 24 Okt. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

Ulasan:

Apa punya turr la Timbalan Naib Canselor ni..

Krisis Ekonomi: Pertukaran Pendapat Dua Rakan Lama

Dalam ribut krisis ekonomi di Amerika Syarikat, terlihat kelompok Sosialis dan mereka yang mendakwa mendokong ekonomi Islam mengambil posisi menghentam Kapitalisme. Namun dalam pembacaan aku pada kebanyakan tulisan, ada sedikit dan banyak ketempangan tentang makna kapitalisme.

Apabila libertarian (baca: kapitalisme) mengeluarkan 'pandangan rasmi' bahawa mereka yang gagal di Amerika tidak harus di'bailout' dan harus dibiarkan bankrap, kelompok ini tidak pula menyatakan sikap secara jelas.

Dalam sekian banyak pembacaan, aku suka membaca tulisan Ustaz Zaharuddin dalam perihal masalah di US. Hal ini telah aku panjangkan kepada teman-teman di Malaysia Think Tank kerana sdr Wan Saiful Wan Jan (bos aku di London) kerana mereka tentunya rakan baik mengambil kira Ustaz Zaharuddin adalah mantan Presiden GAMIS dan sdr Wan Saiful mantan Presiden HIZBI pada lewat abad lepas.

Selepas beberapa ketika, aku maklum bahawa sdr Wan Saiful sering berhubung dengan Ustaz Zaharuddin apatah lagi khabarnya Ustaz berada di Wales.

Ini adalah 'surat' sdr. Wan Saiful kepada Ustaz Zaharuddin.

Progresif!

Aku baca berita di Malaysiakini dengan penuh senyuman dan terpacul kata Progresif bila sampai ke bahagian cadangan YB Zulkifli Nordin.

Aku fikir selain daripada menggesa kerajaan, kita umat Islam harus mampu bergerak sebagaimana wujudnya Markas Tabligh di Seri Petaling yang didirikan dengan duit kutipan sumbangan dan wakaf orang ramai. Sebagai mamat tabligh yang kini telah 'sejuk', penangan pengalaman bersama tabligh kekal segar dan positif meski aku tak menolak jika ada yang mengkritik sebahagian pengalaman mereka yang negatif.

Aktiviti di Markas Seri Petaling ini cukup banyak dan hidup. Sistem pengurusannya juga sangat baik. Aku masih ingat bagaimana tetamu dari luar negara sentiasa dibantu dan dilayan dengan baik oleh semua orang sama ada mereka yang bertugas atau tidak. Rasa kasih dan sayang cukup tebal dan dirasai di mana-mana. Keinginan berkongsi ada di mana-mana, khidmat diberi tanpa perlu diminta.

Masjid yang dikendalikan oleh golongan mualaf ini (terutama masyarakat Cina) pada aku sebuah idea progresif meskipun masjid India Muslim (atau dikenali sebagai mamak) sedia wujud. Maksud aku ia adalah idea progresif jika digerakkan dengan bijaksana, jauh dari sumber memecah belah (baca: selain ilmu).

* Terima kasih untuk senior-senior dan rakan-rakan di UPM yang tak jemu merangsang erti hidup beragama pada aku. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita niatkan.

Soalan Asas Tentang Valuecap Sdn Bhd

Seorang teman melalui email telah menjelaskan kepada aku begini:

the financial crisis in US and EU give a big impact to the east countries , the Bursa Malaysia (formerly known as KLSE) drops to below 900. this is worst situation and expected to become worst in the future (mahathir 's arguement).

Krisis ekonomi di US dan Negara Eropah telah memberi impak besar kepada negara-negara di bahagian Timur (rujuk rantau kitalah tu!). Bursa Malaysia (sebelum ini dikenal sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur) merosot di bawah 900 mata - situasi terburuk dan dijangka akan lebih buruk pada masa depan berdasarkan pandangan Tun Dr. Mahathir.

Therefore, the m'sia government plan to recover and face the financial crisis by injecting RM5 bill (at the first place) and RM5 bill more (for the next day) in order to by undervalued stocks in the stok market. so the total financing is amounting to RM10 bill.

Justeru, kerajaan Malaysia merancang bagi tujuan pemulihan dan menghadapi krisis ekonomi ini dengan menyuntik RM5 billion sebagai permulaan dan RM5 billion lagi kemudiannya bagi menurunkan nilai stok di pasaran sahama. Maka, nilai penuh suntikan wang ialah RM10 billion!

about the valuecap SDN Bhd,
- own by the malaysian government. Function: to buy and sell back the stoks.
- The stock will be kept and sold back through the stock brokers
Let say, the percentage of komisyen for the broker is 1%. So 1% out of 10 bill is amounting to 1 million.

Berkenaan Valuecap Sdn Bhd.
- Dimiliki kerajaan Malaysia. Fungsi untuk membeli dan menjual semula stok.
- Stok akan disimpan dan dijual semula melalui broker stok.

Katakan peratusan komisen yang dibuat oleh broker ialah 1%, ini bermakna broker akan mendapat sejumlah RM 1 juta dalam proses ini.

Rumors (khabar angin) ------ dengar kata CIMB dpt jadi broker. Siapa CEO CIMB ya??

Ulasan:

1. Ini masalah kapitalisme atau masalah sosialisme?
2. Hidup Melayu (dengan UMNO-BN)!????

Negaraku

Ingat tak waktu P.Ramlee diarahkah ke kuburan sebagai sebahagian ujian dalam Pendekar Bujang Lapok? Ada satu muzik yang sebenarnya adalah awal mula Mamula Moon.

Polemik Negaraku tatkala Nawemee membuat sebuah lagu rap yang memasukkan elemen Negaraku telah pecah menjadi kempen politik UMNO-BN dengan semboyan nasionalisasi. Ramai yang tidak tahu sejarah Negaraku ini menjadi celik dari polemik ini.

Aku asyik mendengar Terang Bulan yang nyata kaya elemen seni berbanding Negaraku. Jom mengundi di Music Forum!

Terang bulan,
Terang bulan di kali,
Buaya timbul,
Disangkalah mati,

Jangan percaya mulutlah lelaki,
Berani sumpah tapi takut mati,
Jangan percaya mulutlah lelaki,
Berani sumpah tapi takut mati.

YB Nik Nazmi tentang Institusi

Aku gembira membaca tulisan YB Nik Nazmi di Malaysian Insider. Pada aku tulisan ini mencerminkan kematangan dari sudut pemahaman demokrasi yang luas.

YB Nik Nazmi seusia dengan aku dan kami mula berkenalan di ruang maya - waktu itu nama beliau naik dengan projek Suara Anum. Aku tidak pernah kenal beliau meskipun MCKK juga menggunakan ruang di sekolah aku (SMK Derma, Kangar, Perlis) sewaktu pertandingan Debat dulu.

Dari pengenalan di ruang maya, kami mengatur siri pertemuan sebelum kemudiannya kami menduduki kerusi kepimpinan kampus - beliau di luar negara dan aku di dalam negara. Yang pasti, sikap aku mula dipantau selepas membuat kenyataan membela beliau sewaktu tekanan dan nista dilemparkan kepadanya oleh kelompok BTN.

Ikut sama membantu dari belakang tabir (persoalan idea dan kempen maya) sebelum beliau menjawat kedudukan sekarang, aku fikir beliau adalah aset penting suara muda yang harus diangkat. Sebenarnya bukan persoalan beliau adalah YB muda dari PR. Pada aku suara muda mesti berani mengambil ruang yang cukup untuk menyuntik elemen kreatif dan kritis dalam persoalan dasar. Sebagaimana dalam wawancara bersama UmmahOnline, aku kekal berpandangan bahawa ia bukan soal orang muda dan orang tua menerajui perubahan, ia persoalan idea dan idea harus punya ruang untuk dibincang dan dibahas terlepas persoalan setuju atau tidak.

Ramai yang tidak ambil kisah persoalan institusi dek kerana Mahathirisme telah berjaya memutarbalikkan institusi mengikut seleranya sehingga akar keragaman hidup bernegara akhirnya ditentukan oleh ahli politik (terutama pemerintah). Lumrah manusia, mereka tidak rasa apa-apa yang penting untuk diperhalusi dalam situasi mereka beroleh keuntungan.

Pada aku kepimpinan harus bergerak dari keazaman meletakkan keadilan dalam seluruh prosesnya - meskipun keadilan ini akhirnya membaham diri kita. Pada aku, tingginya nilai keadilan ini boleh dilihat dari makna yang dizahirkan Rasulullah s.a.w. sebagai "meletakkan sesuatu pada tempatnya". Ia tidak mudah, tetapi sepanjang peluang yang ada, aku rasa sangat bahagia untuk bertindak dari asas ini meskipun ada kalanya ia "membaham aku". Tapi aku akur kerana ia adalah self imposed guardian kepada karakter peribadi.

Thursday, October 23, 2008

Zakat Kepada Bukan Islam

Amanah ALLAH kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat.

Firman ALLAH: (maksudnya) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Semalam waktu aku menikmati makan tengah hari yang agak lewat, aku bersembang dengan super senior aku dari Kelab Outward Bounders, UPM (seingat aku dia ambilan pertama dan aku keempat belas, walhal jika aku masuk sejak tahun pertama di universiti, aku dalam ambilan ke 11) yang kebetulan mungkin sama dengan aku - makan tengah hari lewat.

Aku tidak betul-betul kenal dengan senior ini selain nama dan cerita dari senior-senior serta rakan yang lain. Ya, kami pernah berborak panjang sebelum ini dan bertegur sapa di banyak tempat. Pendek kata, kami cepat mesra.

Kelmarin isu yang dibual selama dua jam sambil menikmati makan dan minum petang banyak berkisar kepada isu yang selalu kami bualkan jika duduk semeja - mungkin kerana keperihatinan yang sama, minat yang sama dan sedikit perbezaan kaedah menanganinya dalam realiti Malaysia.

Ya, aku percaya dia kenal aku dari mulut orang lain dan tak sangka juga blog aku sering dikunjunginya. Entah kenapa, mereka yang berbual dengan aku selalu segan untuk mengasosiasi diri dengan UMNO dengan kata "aku bukan sokong UMNO", "aku taklah fanatik UMNO" dan sebagainya. Pada aku masyarakat harus dibebaskan. Apa salah menjadi ahli UMNO sekalipun? Dalam sistem politik yang sihat, ia tidak patut jadi isu. Dari titik itu perbualan kami yang segar terheret kepada isu bangsa Melayu, Islam dan ekonomi.

Kebetulan antara perkara yang dibincangkan ialah persoalan Zakat kerana dia menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan kerajaan Selangor memberi duit zakat kepada bukan Islam. Argumentasi aku (yang selalunya valid, meskipun orang mahu lekas menafsirkannya berunsur liberal) menyebabkan perbincangan kami tergantung.

Aku percaya, meski kita mahu diri dilihat liberal, sosialis dan sebagainya, sebagai muslim, aku tetap melihat justice-centric sebagai persoalan yang tidak boleh diabaikan malah aku sedia menanggalkan label apa pun yang dipakaikan kepada aku jika aku rasa perlu ada pergelutan untuk memberikan hak kepada yang berhak dan mengambil hak dari yang tidak berhak.

Ustaz Asri menulis dengan sederhana di webnya tentang isu ini.

Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf.

Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!. Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam”.

Lihat Buku Beliau : Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para mujtahid Islam (ahli ijtihad) berijmak (sepakat) bahawa zakat boleh dipindahkan ke negeri lain jika ahli negeri zakat tersebut sudah mencukupi atau tidak memerlukan lagi. Lihatlah perbahasan hal ini dalam kitab-kitab fekah. Pemerintah atau pengeluar zakat itu sendiri boleh membawa zakat ke negeri atau tempat yang lain, jika berdasarkan keyakinan adanya keperluan atau kemaslahatan yang patut diutamakan di tempat atau negeri yang lain. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/820). Bahkan pendapat al-Imam al-Bukhari mengharuskan secara mutlak dipindahkan zakat ke negeri lain di atas keumuman dalil Surah al-Taubah ayat 60 yang hanya menyebut asnaf yang layak menerima zakat tanpa dikhususkan tempat. (lihat: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 3/357, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Pada zaman ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz beliau memerintahkan agar diiklankan setiap hari: “Sesiapa di kalangan orang yang miskin, yang berhutang dan yang ingin berkahwin sila dapatkan peruntukan dari Baitul Mal” (ibid, 2/569) - (selingan: aku senyum panjang membaca ini!)

Wednesday, October 22, 2008

Syabas!

Sebagai mantan pimpinan di UPM, aku mendokong kenyataan PMIUPM rentetan siri kezaliman berterusan oleh pihak tertentu di sana. Aku maklum bahawa kenyataan pihak Komunikasi Korporat memang akan sedaya upaya meneutralkan isu ini - itu sudah sebahagian polisi di UPM.

Di mana-mana jabatan kerajaan dan juga badan berkanun, salah laku pegawai dan kakitangan sentiasa sedaya upaya dilindungi tak kira sama ada salah laku moral, korupsi dan sebagainya.

Sungguh jijik apabila kita melihat ada manusia lebih mulia dari manusia lain di mata hukum.

Zaman aku dulu mantan EXCO Majlis Tertinggi Mahasiswa yang juga EXCO Majlis Perwakilan Pelajar turut dibuang walhal namanya telah disenaraikan sebagai layak menginap apatah lagi cukup jelas khidmat bakti beliau di kolej dan di kampus.

Sama juga seperti kes dua orang mahasiswi yang dibuang kolej baru-baru ini.

Apa yang lebih dikesalkan ialah ia bermula sejak tiadanya Pilihan Raya di peringkat kolej atas alasan teknikal iaitu tiada kewajipan untuk melaksanakannya. Hasilnya ialah pimpinan kolej dipilih oleh Pengetua dan Pengetua-Pengetua pula disaring oleh mereka yang tertentu.

Masih aku ingat lagi lancangnya mulut orang berkenaan merujuk kepada protes sebahagian Pengetua senior yang mempertikai perlantikannya ke kerusi kuasa. Katanya lebih kurang "siaplah mereka ini semester depan" - merujuk kepada kontrak yang tidak akan disambungkan.

Bukan saja Pengetua Kolej, Felo-Felo juga terlibat dan disaring. Untuk Felo yang tidak bekerjasama, mereka akan dipantau dan jika perlu tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan. Ada sebahagian Pengetua dan Felo ini cukup dihormati di kalangan mahasiswa tetapi akhirnya tersedut dengan sistem yang membunuh kerjaya mereka dari sudut rasa tidak selamat untuk kenaikan pangkat dan tekanan politik yang lain.

Lebih memalukan, sebagai bekas pimpinan di kolej, fakulti dan universiti, aku melihat ada mahasiswa yang sedia dikambing hitam dan menjadi alat kepada mereka yang mahu mempertahankan kerusi kuasa di kampus dengan menjadi benteng. Almaklum mereka ini dipilih terus oleh pentadbiran untuk menjawat kedudukan pimpinan di kolej kediaman.

Merit di kolej dijadikan alat teknikal untuk menghukum mahasiswa. Aku masih ingat pertengkaran MPP zaman aku dengan pimpinan mahasiswa di kolej berkaitan aspek ini. Malang kerana kami MPP dilihat sebagai 'budak TNC' dan pimpinan kolej sebagai 'budak Pengetua'.

Dengarkanlah bahawa aku telah menyampaikan. Bahawa selaku muslim aku mahu menjadikan pesan Rasululullah s.a.w. sebagai ikutan. Kezaliman harus dilawan waima dengan hati sekalipun. Kebaikan harus diwar-warkan sebagai budaya tinggi dalam masyarakat. Dengarkanlah bahawa kisah kezaliman dan kebaikan ini telah aku sampaikan hatta kepada Naib Canselor kesayangan mahasiswa UPM Prof. Dato' Dr. Zohadie Bardaie sendiri saat beliau diuji dengan tangan politik yang menyingkirkannya di UPM. Dengarkanlah khabar yang sama telah aku panjangkan kepada Dato' Adham Baba, mantan SU Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi yang punya saham secara tidak langsung berkaitan kezaliman di kampus. Dengarkanlah bahawa Dato' Mustapha Mohamed sendiri maklum bahawa tangan UMNO-BN adalah tangan yang berada di sebalik semua kecelakaan ini meski niat beliau pada asalnya ialah untuk menunjukkan UMNO-BN sedia membantu mahasiswa.

Aku sayang UPM dan aku mahu mereka yang jujur di sana (jika masih ada) akuilah hakikat bahawa memang ada kezaliman yang nyata di UPM. Kezaliman ini menjadi rahsia umum semata-mata kononnya menjaga nama UPM. Kezaliman ini dibuat secara halus dan sangat boleh difahami. Sebagai mantan pimpinan pelajar, nama aku bukanlah tidak dikenali oleh mereka yang zalim ini. Tanya saja nama aku di rekod Bahagian Keselamatan di UPM.

Dengarkanlah bahawa prinsip perjuangan tidak boleh dijual beli. Dalam senang dan susah, keberanian akan membezakan manusia pandai dan fatonah!

Rujuk laporan Malaysiakini di sini. sini dan sini.

InsyaAllah sampai bila-bila aku sedia bangun menyatakan yang hak dan rujuklah bahawa kenyataan aku tidak akan bercanggah dulu, kini dan selamanya, insyaAllah.

Aku bukanlah manusia sempurna, tapi aku tahu PhD, Master, gelar Doktor, Ketua Jabatan, Dekan, Timbalan Naib Canselor, Naib Canselor dan sebagainya tidak boleh memberi syurga!

Debat Pemuda UMNO

Jalan-jalan di laman sesawang sambil mengumpul mood untuk buat kerja terjemahan, aku bertemu dengan laman blog aktivis muda dari UM - sdr Hasbie Muda. Punyalah lama aku tak ambil pot isu-isu di kampus.

Saranan sdr Hasbie untuk dianjurkan Debat Pemuda UMNO adalah menarik.

Dalam era baru politik Malaysia, kita harus memberi peluang kepada rakyat untuk melihat jangkaan masa depan melalui kepimpinan pemuda masa kini.

Bukan saja Debat Pemuda UMNO, tetapi juga Pemuda PAS dan Angkatan Muda PKR, juga jika perlu pemuda-pemuda dari parti-parti lain yang mencorakkan pandangan arus perdana dan tidak.

Ia dapat mengendurkan persespsi bahawa proksi-proksi tertentu saja boleh naik dalam parti atau perwakilan harus wala' kepada keputusan Syura. Dengan memberikan penghargaan kepada perwakilan melalui debat ini, atau rakyat (dengan debat terbuka di media), kita akan mampu memperkasa rakyat (seperti yang sering dilaungkan pimpinan politik) secara terus.

Debat ini hanya boleh muncul dari media bebas dan juga iltizam politik yang tinggi.

Sediakah?

Tuesday, October 21, 2008

EPF untuk Value Cap Sdn. Bhd.

Ini berita yang sudah beberapa hari tetapi tidak begitu di angkat naik ke meja perbincangan rakyat. Dalam erti kata yang lain, ia tidak benar-benar dihebahkan oleh kekuatan jentera Pakatan Rakyat.

Hakikat bahawa perniagaan primer Value Cap Sdn. Bhd. adalah berkaitan keselamatan tidak merubah tanggapan orang ramai bahawa ia berkaitan kepentingan DS Najib Tun Razak yang sebelum ini menjadi Menteri Pertahanan.

Rakyat memerlukan penjelasan yang lebih.

Hujah sesetengah penyokong kerajaan bahawa pencarum EPF mendapat manfaat dari hasil pinjaman ini yang akan dipulangkan dalam bentuk faedah oleh kerajaan perlukan bukti yang lebih jelas. Terma dan syarat pinjaman? Kenapa kerajaan harus bayar dan bukan Value Cap Sdn. Bhd? Apa kepentingan dan kelebihan menyelamatkan syarikat ini dalam konteks menyokong pasaran saham tempatan? Kenapa 5 billion semudah itu diberikan sedangkan nilai yang sama sebelum ini sangat berat untuk dikeluarkan terhadap subsidi petrol bagi menangani inflasi? *

Ini adalah masalah yang berkait rapat dengan sistem sosialisme yang percaya bahawa kerajaan harus bertindak mewakili kepentingan awam tanpa perlu merujuk kepada mereka yang menjadi mangsa. Sudah tentu dalam kes ini kerajaan menganggap dengan mendanai Value Cap Sdn. Bhd. ia akan membantu kepentingan awam. Dalam hal ini duit pencarum yang terdiri daripada pelbagai individu menjadi mangsa. Value Cap Sdn. Bhd. adalah contoh kapitalis yang mendapat manfaat daripada kaedah sistem sosialisme dan sekaligus memangsai individu-individu dalam konteks hak pemilikan mereka terhadap harta mereka. Kapitalisme tidak akan mengizinkan pengambilan hak ini dan akan mempersetankan kapitalis yang gagal. Dunia persaingan menuntut integriti, akauntibiliti dan ketelusan.

Pakdi menulis dengan baik di blognya tentang Najib pinjam duit KWSP anda.

* Soalan subsidi ini hanyalah penjelasan kepada rakyat dan bukan menunjukkan bahawa aku mendokong sepenuhnya melainkan struktur dan asas ekonomi harus dijaga.

Pada Perjuangan Ada Cinta dan Sebaliknya

Aku tak ingat bila aku beli buku atau lebih tepat rasanya novel berjudul Arca Berdiri Senja karya Baharuddin C.D.. Seingat aku, ini antara novel terbaik sebelum Cinta Hari-Hari Rusuhan yang ditulis Faisal Tehrani sekitar zaman Reformasi 1998. Lain-lain tidak lebih dari membukukan pengalaman misalnya Bersama Anwar ke Penjara karya Kamaruzzaman Yaakob, mantan Presiden PMUM di zaman kebangkitan pelajar 70-an.

Novel ada bahasanya tersendiri dan elemen kreatif yang luas padanya selalu membuat aku cemburu kepada 'tangan-tangan berhantu' yang sering 'memaksa' aku menghargainya terlepas dari soal setuju atau tidak pada buah pandangan yang cuba dituntas.

Arca Berdiri Senja ini aku dapatkan di sebuah kedai hujung terletak di Pudu Raya (maaf aku lupa namanya, yang ada gambar TG Nik Aziz tu). Ia seputar lewat rencah hidup aktivis pelajar dekad-dekad yang lalu bertarung dengan zaman muda mereka: antara cinta, cita-cita dan idealisme.

Jujurnya aku sudah tidak tahu di mana letaknya novel ini. Semasa di kolej, buku aku yang ratusan buah - tebal dan tipis - tidak tahu hendak dimuatkan di mana. Sudahnya bawah katil dan atas tilamku penuh buku. Dan aku kadangkala tidur berteman buku-buku ini selain bergelimpangan di atas tikar sahaja. Mungkin kerana separuh dari wang PTPTN telah ku habiskan untuk buku dan mengikat perut, sering keluar peringatan tegas dari mulutku pada mereka yang 'meminjam' - "aku boleh hilang kawan kerana buku".

Ah, ini mengingatkan aku kepada Pak Khalid dalam catatannya pada sebuah buku yang disedekahkannya kepada Rumah Penulis Abdullah Munsyi bahawa barangsiapa mencuri buku tersebut akan didakwa di akhirat!

Ya, pada perjuangan ada cinta dan tidak ramai mahu memahaminya.

Seorang teman selalu mengingatkan aku bahawa ada pertarungan sengit antara cinta dan cita-cita. Seorang teman lain, di celah kesibukan nama DS Anwar di mana-mana sempat bergurau "Anwar pun kahwin umur 33, tak lewat sangat aku ni..". Bagi yang ralat dengan gurauan tentu tidak senang dengan kenyataan ini kerana kita maklum Nabi s.a.w. berkahwin pada usia 25 tahun.

Pada perjuangan ada cinta dan pada cinta ada perjuangan.

Ia tak semudah berkata dari merasa.

Penjara adalah ujian bagi mereka yang setia.

Ya, setia pada cinta dan perjuangan - kedua-duanya. Tanpa sedar air mata diseka...

Tabahlah kalian yang diuji kerananya.

Mirip

Kita tentu ingat kisah Presiden Amerika dijatuhkan akibat skandal seks. Di mana-mana kisahnya dijaja. Semua orang kenal Presiden ini. Dalam kata lain, masyarakat di sana menolak pemimpin bermoral rendah.

Pada masa yang sama, semua orang kenal isterinya. Nyaris isterinya jadi calon Presiden Amerika pertama berjantina wanita. Dalam kata lain, masyarakat di sana berupaya meletakkan rasional memisahkan satu peribadi dengan peribadi lain meskipun mereka suami isteri. Pada masa yang sama, masyarakat di sana menilai kekuatan idea dan karakter peribadi - bukan kerana faktor jantina.

Dalam kempen terkini, masyarakat sana sedang berbelah bahagi untuk mencipta keajaiban baru - menolak politik warna kulit dan tentunya ia cuba disadur dalam bentuk kempen benci agama sebagai usaha menggalkan politik baru yang lebih tinggi (dari sebelumnya).

Tempoh menjadi Presiden Amerika selama 2 penggal sahaja dapat menafikan Bush dari terus bermaharajalela dengan keserakahannya.

Di Thailand, Presiden Thaksin yang lari ke luar negara sebelum balik semula telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun akibat skandal berkaitan tanah yang melibatkan isterinya. Hukum datang selepas beliau bukan lagi Presiden.

Dari beberapa peristiwa luar yang aku cuba gambarkan di atas, ia mirip kepada sedikit hal dalam negara. Darihal skandal seks, salah guna kuasa dan melibatkan hak awam, dari hal cerita di sebalik warna kulit dan pegangan agama serta tidak kurang cerita bersangkutan isteri ahli politik.

Berkuasa dan tidak berkuasa, kedua-dua situasi menunjukkan bahawa 'pemimpin' boleh dihumban. Tapi ada satu garis yang cukup jelas di sana - kebebasan dan penegakan hukum yang didokong ramai.

Sudah sedia ke garisan mula?