Aku baca berita di Malaysiakini dengan penuh senyuman dan terpacul kata Progresif bila sampai ke bahagian cadangan YB Zulkifli Nordin.
Aku fikir selain daripada menggesa kerajaan, kita umat Islam harus mampu bergerak sebagaimana wujudnya Markas Tabligh di Seri Petaling yang didirikan dengan duit kutipan sumbangan dan wakaf orang ramai. Sebagai mamat tabligh yang kini telah 'sejuk', penangan pengalaman bersama tabligh kekal segar dan positif meski aku tak menolak jika ada yang mengkritik sebahagian pengalaman mereka yang negatif.
Aktiviti di Markas Seri Petaling ini cukup banyak dan hidup. Sistem pengurusannya juga sangat baik. Aku masih ingat bagaimana tetamu dari luar negara sentiasa dibantu dan dilayan dengan baik oleh semua orang sama ada mereka yang bertugas atau tidak. Rasa kasih dan sayang cukup tebal dan dirasai di mana-mana. Keinginan berkongsi ada di mana-mana, khidmat diberi tanpa perlu diminta.
Masjid yang dikendalikan oleh golongan mualaf ini (terutama masyarakat Cina) pada aku sebuah idea progresif meskipun masjid India Muslim (atau dikenali sebagai mamak) sedia wujud. Maksud aku ia adalah idea progresif jika digerakkan dengan bijaksana, jauh dari sumber memecah belah (baca: selain ilmu).
* Terima kasih untuk senior-senior dan rakan-rakan di UPM yang tak jemu merangsang erti hidup beragama pada aku. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita niatkan.
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment