Aku baca dan tengok video wawancara bersama Nurul Izzah oleh MStar, laman web Berita Online berbahasa Melayu.
Jika sebelum Pilihan Raya ke-13 itu beerti lebih setahun setengah daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-12, aku fikir elok saja DS Anwar menangguhkan hasrat tersebut hingga ke Pilihan Raya ke-13 KECUALI ada faktor-faktor yang mendesak.
Aku boleh bersetuju dengan dua perkara yang dimuatkan dalam berita ini:
"Kalau hendak tunggu lama, banyak benda yang tidak boleh dibaiki lagi.... kerana itu lebih cepat peralihan kuasa (dilaksanakan), kama lebih mudahlah untuk melakukan perubahan," katanya lagi.
dan kenyataan ini:
"Pada saya kejayaan PKR, kejayaan PKR itu, penting bukan kerana saya ini adalah pihak yang berkepentingan, tapi kerana ia menandakan bahawa Malaysia, rakyat Malaysia bersedia melangkaui politik perkauman kepada masa depan yang dapat menjanjikan... bila kita fikir politik itu, kita fikir pada isu, tak lihat ini politik untuk orang Melayu, ini politik untuk orang Cina, ini politik orang India.
Selain politik rentas kaum, Malaysia mungkin perlu memikirkan politik rentas agama - yang juga dalam konteks Malaysia ditandai dengan kaum-kaum yang mencirikannya.
Sebab itu Malaysia sebuah negara yang unik dan aspek persona religious tidak boleh dikesampingkan. Model UMNO-BN mungkin terbaik sebelum ini dan kredit harus diberikan. Hanya saja ia dirosakkan oleh UMNO-BN sendiri kerana mengenepikan nilai dan moral yang menjadi ciri pembeza persona religious dan sebaliknya. Lawannya sudah tentu dari dasar politik rentas kaum dan agama yang dipelopori Pakatan Rakyat (walhal sebelumnya Gerakan cukup mencirikan ini sebelum tersedut dengan ciri politik BN).
Politik rentas kaum dan agama sebenarnya hanya asas bermula. Lebih banyak yang harus kita usahakan bersama - rentas faham politik, partisan, kaum dan agama.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment