Aku membaca kenyataan YB TG Haji Hadi dengan penuh tanda tanya.
Malaysia Think Tank baru menyediakan terjemahan tulisan Jeffrey A. Miron pensyarah kanan di Universiti Harvard berkaitan gesaan kelompok libertarian berkaitan masalah ekonomi di sana.
Aku tidak tahu sama kenyataan TG Haji Hadi bahawa "sepatutnya pengagihan ekonomi sama rata dilakukan tanpa mengira agama dan kaum bersesuaian dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini" dibuat dengan kesedaran yang jelas atau sebahagian retorika umum.
Ada beberapa perkara boleh dilihat:
1. Jelas sekali pandangan libertarian bukan bentuk Amerikanisasi kerana ia 'favour' kepada hal bertentangan dengan pilihan kerajaan di sana di mana pilihan ini dilihat oleh selain libertarian sebagai kejayaan sosialis dan kegagalan kapitalisme. Bayangkan gesaan tegas sebagaimana tertera pada tulisan yang diterjemah di WauBebas.Org.
2. Kenyataan agihan ekonomi sama rata boleh dipersetujui tapi dalam bentuk bagaimana? Adakah ia dalam bentuk Sosialis-Komunis?
3. Kenyataan bersesuaian dengan ajaran Islam boleh saja menyelamat tetapi tidak perlu didokong dengan perkataan agama rasmi - seolah-olah jika tidak rasmi kita tak perlu menimbang idea dari sumber Islam.
4. Jika kita tiada sesuatu. kita tidak boleh memberi sesuatu. Bagaimana sesuatu ini dapat kita miliki? Bagaimana caranya meningkatkan purchasing power rakyat (dengan contoh Singapura sebagai perbandingan dekat?)
Sebab itu aku percaya PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat dan mula serius dengan idea-idea lain yang boleh menguatkan pandangan Islam sebagai mana PAS mendakwa memperjuangkan Islam. Di dalam Pakatan Rakyat yang rata-ratanya adalah Sosial Demokrat, aku percaya perdebatan yang sihat boleh diwujudkan. Di sini peluang PAS menguji kewibawaan mereka - dan ia akan lebih baik dari persoalan mendapatkan Majoriti Melayu Muslim. Islam tertegak dengan hujah dan hujah ini diimplementasi. Keadilan dan kebaikan darinya insyaAllah menimbulkan kepercayaan yang lebih baik. 'Konflik' persoalan Islam sebagai agama sempurna dan manusia diakui tidak sempurna pasti ada hikmah dan jalannya.
Aku percaya Islam adalah agama yang sederhana. Aku selalu menyebut sejak dari dunia belajar bahawa masalah ketara aktivis pelajar ialah menangani persoalan ekonomi. Mungkin sebab itu ia menjadi pilihan yang baik mantan pimpinan pelajar yang cukup hebat di era Reformasi 1998 iaitu Ustaz Zaharuddin dan juga Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Aku tidak tahu secara lebih terperinci tetapi artikel Ustaz Zaharuddin dalam menghurai krisis ekonomi di Amerika bagi aku cukup baik dan aku kekal mengatakan bahawa idea libertarian lebih dekat dengan Islam berbanding Sosialisme meskipun istilah 'membela kaum tertindas' oleh kelompok Sosialis selalu menggiurkan (dan ia tidak sepenuhnya salah).
Bagi yang mahu berfikir, kita tidak perlu over-exaggerate isu sebaliknya menimbang secara saksama dan berusaha sebaik mungkin berlaku adil. Mungkin elok juga aku katakan bahawa sesuatu yang baik pada satu waktu mungkin kurang baik pada waktu yang lain.
Hidup berTuhan pasti ada bezanya! Indahnya menjadi persona religious (insan beragama)!
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak ramai yang faham apa itu kapitalisma dan sosialisma.
ReplyDeleteDalam keadaan majoriti umat Islam bersentimen membenci amerika sebarang jenis 'bahan perasa' untuk menambahkan 'selera makan' akan dipakai.