Aku ingat UPM sudah serik dengan kes terdahulu. Ingat cerita seorang pelajar yang dirampas laptopnya? Tetapi rupanya masih belum, bila dua siswi dibuang kolej di musim peperiksaan ini.
Sebagai mantan pimpinan mahasiswa di UPM, sudah pasti aku bantah perbuatan ini. Dan sebagai orang lama di sana sebenarnya keburukan hal di UPM ini lebih teruk dan ia berpunca dari sikap beberapa orang pentadbiran yang sibuk dengan agenda politik UMNO-BN di dalam kampus.
Ini bukan cerita baru sebenarnya. Maksud aku - cerita bilik pelajar diserbu dan disiasat serta arahan buang kolej atau ditamatkan peluang tinggal di kolej yang bercanggah dengan sistem yang dibangunkan sendiri telah lama. Aku antara mangsanya - meskipun kemudiannya aku masih tetap dipilih dengan undi tertinggi kerusi umum dalam Pilihan Raya Kampus.
Sebenarnya Pengetua-Pengetua sebahagiannya menjadi kambing hitam kepada orang tertentu di kampus. Pernah terjadi kes di sebuah kolej, seorang EXCO MPP dan juga EXCO Kolej tidak dibenarkan menginap atas arahan telefon dari seseorang berpangkat TNC meskipun sebelumnya kolej telah menyenaraikan pelajar yang dibenarkan tinggal di kolej.
Pernah terjadi, kerana dendam peribadi, sejumlah 12 pelajar tidak dibenarkan meneruskan tinggal di kolej meskipun syarat tahun pertama wajib menetap di kolej selepas mereka menjadi orang utama menggerakkan memorandum bantahan kepada Pengetua Kolej dan keraguan terhadap perjalanan akaun kolej yang hanya boleh dikeluarkan dengan kelulusan Pengetua berkenaan.
Sistem dalam kerajaan, meskipun dalam kes universiti adalah badan berkanun, sentiasa cuba melindungi mereka yang bernama pegawai mereka sejauh mana korup dan bejat pun mereka. Dari sistem yang begini, selalunya mahasiswa terpasung sebagai kambing hitam - musuh kepada individu bernama pensyarah, pengetua dan sebagainya. Lebih celaka lagi, korupsi dan kebejatan mereka yang ditentang ini dipindahkan dalam bentuk "menentang universiti". Ia sama dengan corak politik luar - argumentasi keras kepada Perdana Menteri atau parti pemerintah dipindahkan kepada bentuk "derhaka kepada negara"!.
Pernah dulu aku memilih membuat panggilan terus kepada SU Parlimen KPT menyatakan bantahan terus kepada perbicaraan pelajar di musim peperiksaan di mana akhirnya mereka ini tidak pun digantung dari pengajian.
Entah apa eksklusiviti universiti, perbicaraan pelajar dibuat oleh satu badan yang boleh dipertikaikan integriti, akauntibiliti dan ketelusan mereka. Sedangkan pada masa yang sama hak untuk mendapat pembelaan oleh peguam dan sebagainya dinafikan.
Isu birokrasi adalah jalan akhir untuk membungkam suara mahasiswa. Rasional apa buang kolej di hujung semester, seolah-olah sebelumnya mereka tak punya masa untuk melihat fakta adanya bilik kosong di kolej? Jika ada kosong, apa salahnya diisi mahasiswa?
Inilah yang aku cuba gambarkan kedurjanaan pengkhususan dan juga tangan pendidik sendiri yang mahu menjerut leher mahasiswa dalam wawancara bersama UmmahOnline dulu. Jangan kalian terkejut bila ada pensyarah yang tidak senang duduk jika kita terlupa memanggilnya Profesor atau Profesor Madya meskipun kita memanggilnya Doktor! Jangan kalian terkejut jika ada pensyarah yang tidak suka kita bertanya dan mengujinya dalam isu yang luas kerana mereka beranggapan pelajar yang mencabar pemikiran sendiri dengan soalan kepada pensyarah adalah "mereka yang cuba tunjuk pandai".
Jika pentadbiran UPM masih terpasung dengan politik murah. Para ahli akademik terus menjadi pengecut untuk bersuara isu ketidakadilan yang nyata di kampus. Mahasiswa diburu kerana keyakinan politik mereka. Ini adalah tanda negara telah bankrap moralnya dan cita-cita mengangkat ketamadunan hanya retorika pemanis bibir yang hambar isinya!
Bangsat!
Friday, October 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tulisan yang baik.
ReplyDeletesaya setuju 200%..
sepertinya saya kenal saja peristiwa 12 pelajar yang dibuang kolej tempoh hari....