Tuesday, October 21, 2008

Sembang Ekonomi

Dalam kesibukan menyelesaikan beberapa tugasan, aku masih menyediakan masa untuk bersama kawan-kawan. Entah kenapa tajuk Ekonomi giat dibincangkan...

Aku kira sejak era Thatcher dan Reagan, liberalisme klasik (yang diberi wajah baru dikenali neo-liberalisme). Ada pendapat bahawa lawan kepada ekonomi ini bukan lagi teori ekonomi sosialis yang ditandai dengan keruntuhan United Socialist Soviet Russia (USSR) sebaliknya apa yang cuba diwar-warkan oleh DS Anwar Ibrahim dalam sebagai tertulis dalam bukunya - Ekonomi Manusiawi (Humane Economy).

Meskipun kita boleh merujuk kepada teori ekonomi ini di internet, ada ciri lain yang menjadikan DS Anwar istimewa iaitu penengahan aspek budaya yang tentunya ditandai oleh peringatan awal berkaitan persona religious (insan beragama) yang menjadi ciri insan Asia.

Aku sendiri pernah bertanya kepada DS Anwar tentang keperluan mencetak semula buku Gelombang Kebangkitan Asia agar raktyat dapat mewacanakannya. Respon beliau sudah tentu beliau punya keinginan, dengan kemahuan untuk menambah beberapa perkara antaranya berkaitan Good Governance atau tadbir urus yang baik. Aku juga pernah mendengar keinginan beliau untuk melakarkan pandangan berkaitan pembangunan belia yang sentiasa menjadi keperihatinan beliau.

Dari titik ini, mungkin aku dan kawan-kawan akan menganjurkan satu wacana dan memanggil DS Anwar untuk menyampaikan pandangan ekonominya dan dikupas oleh pimpinan muda Malaysia.

Bagaimana?

No comments:

Post a Comment