Ini berita yang sudah beberapa hari tetapi tidak begitu di angkat naik ke meja perbincangan rakyat. Dalam erti kata yang lain, ia tidak benar-benar dihebahkan oleh kekuatan jentera Pakatan Rakyat.
Hakikat bahawa perniagaan primer Value Cap Sdn. Bhd. adalah berkaitan keselamatan tidak merubah tanggapan orang ramai bahawa ia berkaitan kepentingan DS Najib Tun Razak yang sebelum ini menjadi Menteri Pertahanan.
Rakyat memerlukan penjelasan yang lebih.
Hujah sesetengah penyokong kerajaan bahawa pencarum EPF mendapat manfaat dari hasil pinjaman ini yang akan dipulangkan dalam bentuk faedah oleh kerajaan perlukan bukti yang lebih jelas. Terma dan syarat pinjaman? Kenapa kerajaan harus bayar dan bukan Value Cap Sdn. Bhd? Apa kepentingan dan kelebihan menyelamatkan syarikat ini dalam konteks menyokong pasaran saham tempatan? Kenapa 5 billion semudah itu diberikan sedangkan nilai yang sama sebelum ini sangat berat untuk dikeluarkan terhadap subsidi petrol bagi menangani inflasi? *
Ini adalah masalah yang berkait rapat dengan sistem sosialisme yang percaya bahawa kerajaan harus bertindak mewakili kepentingan awam tanpa perlu merujuk kepada mereka yang menjadi mangsa. Sudah tentu dalam kes ini kerajaan menganggap dengan mendanai Value Cap Sdn. Bhd. ia akan membantu kepentingan awam. Dalam hal ini duit pencarum yang terdiri daripada pelbagai individu menjadi mangsa. Value Cap Sdn. Bhd. adalah contoh kapitalis yang mendapat manfaat daripada kaedah sistem sosialisme dan sekaligus memangsai individu-individu dalam konteks hak pemilikan mereka terhadap harta mereka. Kapitalisme tidak akan mengizinkan pengambilan hak ini dan akan mempersetankan kapitalis yang gagal. Dunia persaingan menuntut integriti, akauntibiliti dan ketelusan.
Pakdi menulis dengan baik di blognya tentang Najib pinjam duit KWSP anda.
* Soalan subsidi ini hanyalah penjelasan kepada rakyat dan bukan menunjukkan bahawa aku mendokong sepenuhnya melainkan struktur dan asas ekonomi harus dijaga.
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment