Saturday, September 26, 2009

Raya 1430H

Tahun ni satu keluarga pakai warna hitam.

Tahun ni 3 kali kawan-kawan ajak main futsal, tapi aku main 2 kali saja. Selebihnya luangkan masa di rumah.

Selain daripada itu lepak dengan Yeop, Pak Jub, Umair, Sham, Hairil, Bang Pen dan lain-lain main PS3 di CC Sham. Yeop, Pak Jub, Bang Pen dan aku sekali pergi lepak di Kuala Perlis.

Boleh pula sebelum tu layan sembang cerita sekolah di Char Koey Teow Kangar tu, sebelum Hairil balik. Macam-macam la dari hal main ragbi, bola sepak dan olahraga.

Ruhil tak ikut serta kerana telah selamat bertolak ke Temerloh sebelum sms Yeop dengan ungkapan "aku dah ada bini woi!", haha...

Malam sebelumnya Bang Pen dan Hairil tak ada, tapi aku lepak dengan Yeop dan Umair di Char Koey Teow yang sama. Eh, setakat ni aku rasa hanya 2 tempat saja Char Koey Teow yang betul-betul rasa sepertinya, 1 di Kangar tu dan 1 lagi di Serdang...yang lain belum sampai tahap lagilah.

Petang, 2 kali saja aku main badminton dengan Akhbar dan 2 kali juga aku keluar kerana menguruskan baju Puteri.

Mak dan mak-mak saudara aku tak habis-habis sembang pasal kahwin...dan sasarannya ialah aku! :p

Aku dah sampai KL tengah malam tadi, selepas hantar Puteri ke Uni-nya, dan singgah beraya di rumah auntie aku di Kota Damansara.

Sampai rumah tak buat apa, hanya kemas peti ais, dan lepas tu kena kutuk dengan kawan-kawan sebab Chelsea kalah dengan Wigan 1-3. Terpaksalah aku kutuk MU juga meskipun MU menang, haha...

Monday, September 21, 2009

Pra-Raya

Tiba di rumah aku turunkan semua barang dan agihkan pakaian raya dan barang-barang yang aku beli di ibu kota kepada emak, ayah dan adik-adik. Sesekali ada rezeki, apa salahnya memberi...emak dan ayah pun dah banyak berkorban untuk aku selama ini.

Malam itu rakan-rakan Dermarian ajak main futsal. Ramai juga yang turun, sekitar 15 orang, cukup 3 pasukan. Kami selalu main di Batu 2, lepas sikit dari simpang ke Batu Pahat, Perlis. Habis main sudah jam 2 pagi, kami singgah minum di Mat Rawa sampai pukul 3 dan pulang ke rumah.

Esoknya, sekitar jam 11 pagi, aku bawa emak dan Puteri ke kedai baju dan the Store untuk beli sedikit keperluan.

Duduk di rumah aku baca sedikit buku Misa Melayu yang dihadiahkan oleh Dato' Seri Anwar pada aku. Satu lagi berkaitan Politik Istana Johor, kedua-duanya aku perlu habiskan segera sebelum mesyuarat selanjutnya, barangkali. Err, mesyuaratnya lebih kepada usrah jika tanya aku :)

Sambil melihat jadual aku, aku merenung impian dan wawasan aku...ternyata disiplin perlu ditingkatkan berganda untuk membolehkan aku menyesuaikan diri dengan tugasan yang rencam dan serius.

Raya 1 dan Pra-Raya

Raya pertama seperti biasa aku solat di Mata Ayer dan kemudian ziarah kubur akak, tok, tokwan, pakcik dan saudara dekat yang lain. Kemudian ke rumah arwah tok yang kini di jaga oleh Mak Andak.

Selepas itu seperti selalunya kami akan pergi mengadap Raja dan permaisuri di Istana Arau. Kadangkala aku fikir ini tidak perlu, tapi...

Balik singgah rumah Wa Usop di Kubang Gajah dan tahun ni kami balik dulu ke rumah kerana aktiviti jalan-jalan ke rumah saudara mara lain hanya bermula selepas Zohor.

Usai Zohor, kami bergerak ke rumah Ngah Chah di Tunjong, kemudian ke rumah Mak Lang Aa di Chuping. Kemudian ke rumah Chu Lin, Pak Ngah Mie, Toksu Aziz dan Tok Cik Busra, semuanya sekitar Mata Ayer :)

Oh, sebenarnya aku balik ke Perlis pada malam Khamis. Asalnya nak balik pagi Jumaat, tapi kerana adik aku si Puteri tu tinggal berseorangan di kampus, almaklum cuti raya, aku bergegas keluar dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi, sebaik selesai mesyuarat penting pada malam itu.

Hasil keputusan mesyuarat menunjukkan bahawa kerja-kerja perlu diselesaikan lekas, paling tidak hingga akhir Oktober.

Sampai di Seri Iskandar pada jam 3.30 pagi. Selesai memuatkan barang adik ke dalam kereta, kami mencari restoran yang sesuai untuk bersahur. Habis sahur sekitar 4.45 pagi, aku ke Sungai Perak dan tiba tepat jam 5.40 pagi, beberapa minit sebelum Subuh.

Aku buat keputusan Subuh di sana sebelum tidur sebentar kerana seharian tidak tidur. pukul 8 kami bergerak pulang ke Perlis. Sampai Bagan tidur lagi 45 minit, dan di Juru lagi 45 minit. Serius mengantuk! Aku belajar dari pengalaman lepas agar tidak memaksa keletihan. Jalan macet dari Tapah hingga ke Pulau Pinang, kemudian sempat melihat insiden kemalangan di Gurun yang mengorbankan empat nyawa pada pagi itu, innalillah.

Kami tiba di Perlis sekitar jam 11.30 pagi...sambung nantilah ya! :)

Wednesday, September 16, 2009

Aku dan Ramadhan 30

Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Semoga Raya kali ini memberi pengertian baru kepada kita buat bekal hidup di dunia dan akhirat.

Aku dan Ramadhan 29

Yang ni pun tangkap sayu juga. Memang dalam senarai hangat aku waktu raya, atau masa pulang ke kampung, oh...

Aku dan Ramadhan 28

Kereta aku dah buat servis, keluar duitlah juga kan? Tapi alhamdulillah, sumber rezeki aku tidaklah putus. Banyak sumber rezeki kenalah sepadan dengan banyaknya usaha dan pengorbanan.

Cuti Raya tahun ni hanya 2 hari, tapi bos bagi cuti lebih 4 hari dan dia galakkan ambil cuti seminggu. Wah, seminggu di kampung beb!

Aku dan Ramadhan 27

Yang ni pun kegemaran aku! Tak jemu dengar beb!

Aku dan Ramadhan 26

Aku dah pilih lagu Raya tahun ni. Tangkap sayu beb!

Aku dan Ramadhan 25

'Eidul Fitri tahun ni ada kisah gembira dan duka, seperti selalunya. Apapun hidup mesti terus. Ramadhan sebenarnya banyak kenangan untuk aku...

Aku dan Ramadhan 24

Aku dah pohon cuti dan diluluskan, aku balik pada 17 haribulan malam dan dijangka tiba pada 18 haribulan tengah hari. Aku mula bertolak mungkin pukul 12 tengah malam sebab aku ada mesyuarat yang wajib dihadiri. Sampai Perlis lewat bukan apa, singgah ambil adik aku di Seri Manjung dan cadangnya nak bersahur di sana saja.

Aku dan Ramadhan 23

Rasanya Ramadhan kali ni paling aku jarang ke pasar Ramadhan. Tuntutan kerja dan hal-hal berkaitan buat aku kesuntukan masa dan bedal apa saja yang ada.

Memasak juga kurang tahun ni, paling ligat masa 2003 la.

Aku dan Ramadhan 22

Pertama kali aku berpuasa jauh dari keluarga ialah pada tahun 2000. Dan aku pernah sampai pagi Raya tak silap aku tahun 2003.

Tuesday, September 15, 2009

Aku dan Ramadhan 21

Evolusi duit raya, dulu-dulu dapat 20 sen tu dah kira standard dah. Dapat 50 sen tu kira tuan rumah baiklah. Bila kerajaan wujudkan duit syiling RM1, pakat dapat duit raya RM!, kemudian ada pula duit kertas RM2...

Sekarang orang bagi berapa ya?

Thursday, September 10, 2009

Aku dan Ramadhan 20

Erk, dah berapa surah habis baca?

Aku dan Ramadhan 20

Erk, dah berapa surah habis baca?

Aku dan Ramadhan 19

Pasar Ramadhan memang best, tapi ia boleh jadi sangat tak best bila kau terbeli makanan semalam yang tak habis jual dan dipanaskan semula...juga bila kau jalan-jalan tengok apa nak dibeli tu ada pula makhluk yang duduk berborak dengan kawan lama yang terjumpa di pasar Ramadhan.

Kalau nak borak tu bawa-bawalah ke tempat lain. Panas hati den...

Aku dan Ramadhan 18

Pergh, dah masuk 10 hari terakhir.

Tiba-tiba aku teringat hal makan buah kurma.

Apa lagi, Yusuf Taiyoob!

Sunday, September 6, 2009

Aku dan Ramadhan 17

Nuzul Quran, hari di mana dikhabarkan ayat Al-Quran mula diturunkan.

Ramadhan ini aku berhajat menghafal beberapa ayat Al-Quran.

Marilah kita menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan kita sehari-hari. Semoga dengan itu, kehidupan kita akan menjadi lebih baik dari masa ke masa.

Aku dan Ramadhan 16

Semasa Ramadhan, banyak pasar raya buat jualan murah. Aku pun tak ketinggalan menjengok pasar raya ni. Almaklum JUSCO Equine tu agak dekat dengan rumah. Kalau nak jauh sikit, aku boleh ke Alamanda, Putrajaya, Mines, South City Plaza atau JUSCO Balakong.

Suka betul aku tengok barang-barang yang dijual. Jamu mata saja. Aku rasa aku boleh setuju dengan kaum hawa kot bahawa berkunjung ke pasar raya boleh mengurangkan stress, haha.

Tapi beringatlah agar berbelanja sekadar keperluan. Banyakkan menderma pada bulan Ramadhan ni ya?