Thursday, June 25, 2009

Kunyah Syarah Jumaat Aku Ni Ok?

Ada benda yang aku kurang buat sekarang - baca blog. Membaca adalah terapi penting bagi aku. Dari seringan-ringan bacaan hingga ke bacaan berat-berat.

Tapi membaca adalah satu hal lain dan berfikir adalah satu hal lain pula. Sebab tu aku suka sekali bila Prof. Khoo Khay Kim dulu, aku tak ingat bila, sekitar awal pasca Reformasi 1998 ada menyebut lebih kurang maksudnya "ramai orang kita silap dalam proses membaca kerana mereka mencari apa yang mereka telah persetujui sebelumnya".

Aku rasa ini pandangan yang brilliant dan seingat aku, aku konsisten mendokong pandangan sebegini. Ada lagi yang nak aku panjangkan di AminAhmad.com di bawah tulisan Simpang Siur Perjuangan - aku dah tulis 2 siri. Untuk aku, jika boleh, ini adalah perjalanan intelektual yang panjang.

DS Anwar dan Ezam, berkongsi pandangan yang sama pada aku tentang pengalaman penjara mereka. Biasanya aktivis akan dihadiahkan teman-teman banyak buku untuk dibaca di penjara. Sebahagian buku-buku ini telah dibaca oleh mereka. Tapi apa yang menarik ialah pemahaman ketika mula membaca dulu mungkin tak sama selepas satu dasawarsa.

Itulah uniknya manusia.

Bagi kawan-kawan yang kenal aku, permainan Devil's Advocate memang penting ketika persekitaran kita tepu dan beku. Aku rasa orang yang paling kuat menggunakan teknik ini ialah Pak Khalid. Boleh tekanan perasaan kadangkala, haha. Ketika kami ribut anti perang saat Amerika masuk campur urusan Iraq, Pak Khalid, sebagaimana Lee Ken menyedarinya - tidak apologetik, bertanya "Sejak bila dunia ini tak ada perang?". Dan artikelnya di Majalah Siasah waktu itu tentang perang 6 hari.

Dan Pak Khalid-lah orangnya yang memberikan nama Anwar Ibrahim 3.0 sebelum ini. 3.0 itu satu tanda perjalanan intelektual-aktivisme di mana aku rasa Pak Khalid-lah, jika sempat, akan menjadi orang yang paling banyak menyumbang dalam memoir perjalanan intelektual DS Anwar Ibrahim. Aku rasalah, haha. Pasti akan berlaku debat di situ antara kalangan cendekiawan lain di sekeliling DS Anwar.

Ketika aku membaca Prof. Awang Had Saleh menyatakan "kebenaran itu boleh diperbaharui", rasanya itu satu kenyataan mencabar. Sesetengah aktivis dakwah mungkin ralat menerima kenyataan ini. Tapi lewat diskusi Bangsar yang tertunda saban waktu sebelum ini bertegas bahawa kebenaran itu satu, dan persoalannya ialah jalan mencapai kebenaran itu. Di sini tanda mula persoalan kebebasan bagi kalangan filasuf. Plato tidak mahu ada lagi seorang Socrates di Athens.

Socrates mati dibunuh kerana pemikirannya dianggap berbahaya kepada Athens dan Plato tidak mahu penduduk Athens berdosa lagi dengan membunuhnya pula. Socrates tidak menulis, berbeza dengan Plato, bukan saja menulis, malah mendirikan Akademi - awal mula institusi pendidikan dikenal sejarah. Socrates dan Plato tetap punya perbezaan pendapat sebagai guru dan murid. Socrates, sekurang-kurangnya dalam bidang 'ilmu cakap' termasuk undang-undang, terkenal dengan kaedah Sokratik.

Pesan Socrates "the only true way to understand something was to know and understand its essence". Pesan Rasul s.a.w. "orang yang paling bijak ialah mereka yang merenung ke dalam diri mereka dan banyak mengingati mati".

Akhirnya apa? Tidak semua jawapan-jawapan hidup yang kita perolehi adalah muktamad. Di sanalah terbangun kaedah ijtihad dalam Islam misalnya Maqasid al-Syariah oleh Imam Syatibi dan lain-lain. Itu kira yang paling popular...

Keghairahan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan hidup ternyata penting, tetapi sebagaimana aku selalu ingatkan dari pesan Covey tentang masalah quick fix, ia ternyata pisau bermata dua yang sebenarnya boleh melumpuhkan diri.

Dunia blog ini rancak, dan sedar atau tidak, kita semua telah menjadi jurnalis dengan cara kita tersendiri - menyampaikan berita dan peristiwa dari perspektif masing-masing. Itu bagus dan baik. Masing-masing ada khalayak pembaca. Ada yang jadi ustaz dari balik nama Anonymous, ada yang jadi malaikat dgn segalanya cita sempurna di blognya. Ada yang membiarkan segala jenis kegilaan wujud di blognya. Ada yang berbahasa inggeris, ada bahasa Melayu dan ada juga yang rojak! Ada yang terkadang serius, terkadang pasar habis. Ada yang merungut-rungut hal kerja, ada yang membangga-bangga hasil usaha. Ada yang jadi polis moral di blog juga!

Blog hanya medium. Sikap manusia adalah ciri sebenar dari paparan yang ada. Ada yang menjadikan blog sebagai alter-ego, ada yang sebaliknya. Ada yang mahu tunjuk intelek habis dengan menapis-napis komen atas nama blog peribadi tak mahu dihias serangan tidak berbahasa budi. Ada yang berpuluh piala kebesaran hasil menulis, tapi tak sanggup diuji apa yang disebut "incoherent" dalam sikap intelek yang sebenarnya melondehkan pegangan rapuh sebenar dari dakwa dakwinya terhadap hal-hal yang dia sendiri tidak mahu memahami. Kemuliaan Khomeini mungkin lebih besar baginya dari para sahabat r.a. dan ilmuan Islam yang diperlekehnya meskipun kita tak mahu memperkatakan mereka itu sempurna dan hanya saja kita bersangka baik dari apa yang tidak jelas.

Aku? Biarlah aku petik pesan Isham Rais kepada anak muda - "buatlah apa saja, buatlah sekarang". Jika ada yang mahu menjadi masyarakat Jepun yang protective, silakan. Aku mahu jadi Robert Frost - pada hujung simpang 2 jalan, aku mahu cuba masuk jalan yang paling kurang dilalui manusia. Dan aku mungkin bukan pengkagum Al-Attas sebagai satu sosok unggul meski aku senang sekali dengan penghujahannya.

Jika ditelusur Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, teks utama syarahan kesarjanaan Al-Attas, aku mungkin beza dari hal Al-Attas hanya mengutip apa yang disifatkan beliau sebagai apa yang "memberi makna" dalam tempoh sejarah. Aku dari mazhab yang percaya "sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang" dan ia aku gandingkan dengan "kebenaran itu milik Allah s.w.t. dan Dia mahu manusia mencapainya".

Justeru, akulah musafir lalu yang mencari hikmah, sebagai apa yang diperkatakan Rasul s.a.w. sebagai "barang yang hilang dari orang mukmin, di mana saja kamu temui, kamulah yang paling berhak mendapatkannya". Dan ia diperpanjangkan oleh Saidina Ali k.w. sebagai "meskipun dari seorang kafir, fasiq atau munafik".

Besarlah jiwa Islam dari persoalan ilmu. Setitik air di lautan jika nak dibanding dengan keluasan ilmu Allah itu apalah sangat. Tapi untuk setiap peristiwa ada makna. Dan makna ini selalunya bukan satu dan bukan selapis.

Akhirul kalam, kau boleh percaya apa yang kau mahu percaya. Kau boleh tidak percaya apa yang kau tidak mahu percaya. Hebatnya Tuhan ialah apabila Dia mengatakan bahawa Dialah puncak penyelesaian apa yang kita manusia perselisihkan.

Ingat kata sakti dalam Braveheart? "Every man dies, not every man really lives".

Sunday, June 21, 2009

Weekend Kali Ni...

Gua hanya di Bangsar. Selain pusing Bangsar Village buat kali pertama (selepas bertahun melepak di sana). Gua singgah 2-3 jam juga di MPH - geram rasa macam nak makan semua buku-buku yang ada.

Malamnya gua makan di Look Out Tower, Kuala Langat. Superb! Serius, dah lama gua tengok je papan tanda Look Out Tower ni bila nak ke Sungai Congkak, tak sangka sehebat tu. Cuma gua berlapar jugalah 2 jam sebab bila berlaku black out di sana, order gua hilang. Tu yang gua hairan sebab mamat lain di meja sebelah, yang datang lebih kurang time gua siap dah habis makan, bayar dan balik! Tapi Kuala Langat ni sebenarnya agak jauh jugalah dari rumah gua, dan laluannya agak bahaya juga. Naik bukit, tapi serius best sebab kau dapat tengok Kuala Lumpur dari ketinggian aku rasa ratus meter di udara jugalah.

Tadi lepak dengan kawan-kawan lama di Bangsar. Ada Pak Khalid, Dr. Alinor, Aqil, Eekmal, Faisal, Ammar dan Naim. Hari ni kami bincang pasal Ijtihad. Kertas kerja dibentang oleh ustaz Wan Ji. Aku tak tahu sama ada ini kali pertama ustaz Wan Ji jumpa kami semua, harap-harap dia tak terkejut dengan cara kami berbincang.

Tapi aku tiba agak lewat. Boleh pula satu bas sangkut di simpang dalam Jalan Telawi tu. Pakcik teksi di depan aku dah bengang sebab teksi dia terperangkap. Rupanya dalam teksi tu ada Aqil dan Dr. Alinor. Mereka turun teksi dan berjalan ke Pelita, aku tak boleh buat sebab kereta aku takkan nak tinggal macam tu saja? Harem! Akhirnya, aku, pakcik teksi dan seorang mat Saleh tolong guide pemandu bas ni untuk keluar. Berpeluh jugalah, dalam 30 minit selesaikan masalah ni. Mamat Cina rambut mohawk yang tersangkut di situ bengang tak ingat. Kereta lain pilih untuk undur satu demi satu.

Lepas Maghrib, kami sambung borak di Davis Corner. Terjumpa Eddin Khoo di sana. Clarissa yang baru balik dari US turut serta. Kami gerak balik sebelum jam 10. Sekian laporan gua :p

Saturday, June 20, 2009

Selekeh

Anda boleh percaya apa yang anda mahu percaya. Politik kita selekeh.

Aku Seekor Ikan...

Kau pernah buat karangan jenis macam ni tak di sekolah?

Dalam esei libertarian, Leonard E. Read telah menulis I, Pencil - sebuah karya yang menjelaskan idea-idea ekonomi. Aku mula diperkenalkan dengan I, Pencil oleh Pak Khalid melalui kawan-kawan MEGC dalam satu kursus penulisan dulu.

Apa kena mengena aku seekor ikan dalam tajuk masukan (entry) ini? Nasib aa...

Friday, June 19, 2009

Dalam Cinta Harus Saling Percaya, Dalam Cinta Harus Berani Pasrah

Cinta mungkin telah jadi subjek asing bagi aku. Mungkin.

Tapi rasa aku yang mungkin itu ialah cinta dalam erti kata couple kot, sebab cinta aku kepada kemanusiaan itu tetap tebal. Maka darinya, manusia sama di mata aku - secara hukum.

Cinta, sama seperti hidup, perlukan rasa percaya dan pasrah. Aku pernah tulis bahawa aku bersetuju dengan Ustaz Hasrizal, perkahwinan adalah sinergi. Manusia berkahwin bukan sekadar persamaan mereka tapi bagaimana mereka menangani perbezaan. Entah kenapa, aku tegar percaya ini.

Percaya bukan satu hal mudah, tetapi tanpanya samalah seperti kau bina sebuah bangunan besar tanpa cerucuk yang kuat mengandal lantai.

Bila ada percaya, baru persoalan sinergi tadi muncul. Err, maksud aku persoalan bersetuju untuk tidak bersetuju dapat bergerak dalam kerangkanya. Haa, di sinilah kau harus pasrah. Kerana apa? Kerana kegoncangan itu tidak mesti mudah.

Tapi jangan terkejut kerana lain orang, lain cara menterjemah nilai ini. Ada yang menganggap apabila kita tidak bercerita padanya, maka kita tak percayakannya. Ada yang berpendapat, mendahulukan cerita padanya, atau bercakap khusus dengannya tentang sesuatu subjek akan menjadikan dia istimewa.

Semua di atas tidak salah. Tapi ia boleh menggoncang bila anggapan atau pendapat ini menjadi satu hukum pasti padanya.

Orang lelaki macam aku, atau mungkin hanya aku, sukakan konsep dan bukan hal terperinci. Orang seperti aku suka bercerita dan jarang bertanya. Tapi insyaAllah bila aku bertanya itu, aku akan ingat.

Tapi orang macam aku mungkin ramai tak suka. Perempuan suka bila mereka yang bercerita dan lelaki hanya mendengar. Kalau mahu respon pun mungkin kena please mereka, haha. Perempuan tak mahu kita berbeza dengan mereka. Dan aku cuba memahami dari tulisan Prof. John Gray - bahawa perempuan memang hanya mahu mendengar, tanpa respon.

Memahami perbezaan-perbezaan yang ada penting. Bila ia berlaku, kau tidaklah rasa perit sangat menerima realiti perhubungan kau. Bak kata Kay alias Den Carnal, "..dalam hubungan ni kau akan banyak rasa sakit, maka kau biarkan saja ia macam air mengalir. Kalau tak sabar mungkin bergaduh, dan di situlah hubungan tu akan mula rasa tak best".

Punya pendapat yang baik bukan beerti kita boleh hidup dengan pendapat yang kita beri. Untuk aku, itu cabaran karakter. Selalunya aku akan cabar diri aku untuk praktiskan apa yang aku percaya.

Oh ya, entah kenapa, aku rasa aku tidaklah istimewa bila berbuat sesuatu. Aku agak ralat bila dipuji. Ya, tentu saja aku bangga juga dengan pencapaian-kebaikan yang aku perbuat. Tapi entah kenapa, aku memang tak tahu bereaksi jika ada yang memuji lama-lama. Cukuplah katakan 'bagus' atau 'baik', tak perlu dilanjutkan panjang-panjang. Takut-takut kita buta: tidak nampak keburukan, maka di mana sinerginya?

Berbeza pendapat dengan aku bukanlah masalah besar, malah aku suka. Aku membina rasa percaya dari situ. Kerana jika kau boleh berbeza dengan aku tanpa sangka negatif, itu beerti kau sedia bersinergi dengan aku.

Mungkin di sini besarnya peranan sistem pesanan ringkas (sms) berbanding telefon? Oh, ini bab lain yang aku akan tulis nanti.

Muslim dan Selainnya...

Bila Islam itu rahmatan lil-alamin, prinsipnya tegas, fekahnya luas...semoga Allah s.w.t. memberi kita kefahaman.

Bebaskan Suu Kyi

Bebaskan Suu Kyi

Thursday, June 18, 2009

Jiwa Baru, Jiwa Aku

Gua kena tag dengan Puteri, adek gua. Malas nak buat. Tapi gua memang suka masuk blog dia melayan lagu New Soul.

New Soul - Yael Naïm

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit about how to give and take.
But since I came here
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La-la-la-la-la-la-la-la...

I'm a young soul in this very strange world
Hoping I could learn a bit bout what is true and fake.
But why all this hate?
Try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make.

La-la-la-la-la-la-la-la...

This is a happy end
Cause' you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong

This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take your far away.

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit about how to give and take

La-la-la-la-la-la-la-la-la-la....

Chin Peng 2

Artikel saya tentang Chin Peng, Komunisme dan Malaysia Merdeka telah disiarkan oleh Malaysian Insider.

Sunday, June 14, 2009

Tahniah dan Takziah

Gua mahu ucapkan takziah kepada sesiapa yang berkenaan berikutan pemergian Ustaz Dr. Fathi Yakan, pengarang buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" yang sangat popular sebagai teks usrah aktivis gerakan Islam. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. dan ditempatkan di kalangan orang mukmin.

Gua juga ucapkan tahniah untuk Dato' Zaid Ibrahim yang akhirnya menyertai PKR. Semoga nafas Reformasi di Malaysia terus panjang demi kebaikan umat.

Coret Sedikit

Gua pergi jalan rumah saudara mara hari ni. Sebenarnya abang sekeluarga tak balik beraya di Malaysia tahun ni, sebab tu gua dan adik terpaksa balik kali ni untuk jumpa mereka.

Tadi sempat gak lari ke Padang Besar dengan Yeop dan Pak Jub. Maksud gua ialah naik kereta, bukannya gua berlari ke Padang Besar ok? Gua sambar beberapa pakaian yang gua rasa ok dan balik. Sebelum tu macam biasa gua layan makan pulut ayam di sana.

Semalam gua main futsal dengan kawan-kawan, gila sakit satu badan dibuatnya. Punyalah lama gua tak main, tak fit! Lepas tu lepak minum di Restoran Mat Rawa, port biasa kalau minum di area roundabout Kangar.

Esok mungkin gua nak melawat sekolah, entah berapa ramai lagi cikgu yang gua kenal..Selasa gua dah balik KL sebab Rabu gua masuk ofis sampai Jumaat.

Friday, June 12, 2009

Perlis Jun 2009

Serius gua tak tahu, tapi ramai orang kata sekarang dunia makin panas. Firdaus kata ayuhlah kita bertaubat kerana dunia hampir kiamat.

Tengah hari tadi gua solat Jumaat di tempat biasa jika gua balik Perlis - masjid Repoh. Wah, sekarang Ustaz Juanda Jaya yang dah jadi mufti negeri ada bagi kuliah agama setiap hari Khamis di sana. Sahibus samahah mufti Perlis yang baru ini kira satu geng dengan Ustaz Asri dan gua suka kerja tangan dia menterjemah karya-karya As-syeikh Yusof Qardhawi, sekurang-kurangnya untuk orang yang 'buta Arab' macam gua bolehlah merasa ilmu ulama'.

Paksu, maksu dan Nabil datang rumah hari ni. Esok kami akan sama-sama bergerak ke Alor Setar - ada kenduri di sana. Esok saja gua akan layan 3 kenduri - Shep, Barri dan saudara di Kedah. Shep budak SDAR yang masuk ke sekolah gua masa form 4. Kami sama-sama jadi budak Derma yang dapat wakil negeri untuk Kejohanan Ragbi MSSM bawah 18 tahun masa kami tingkatan 5 (1999). Barri pula kawan lama di SRK Seri Indra. Dia masuk SMS Tuanku Syed Putera dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Seingat gua, hanya dia dan Afni masuk ke sana. Kali akhir aku hubungi, dia di Papua New Guinea - katanya cari duit nak kahwin. Mak ayah dia dah meninggal. Dulu mak ayah dia kawan baik dengan mak ayah gua.

Tadi juga kami sekeluarga termasuk keluarga abang dan keluarga Paksu layan makan hidang seafood - memang wajib tiap kali keluarga kami berkumpul cukup korum. Biasalah, mana lagi jika bukan beli di Kuala Perlis.

Petang tadi juga gua layan main badminton dengan Akbar. Gua pernah hadiahkan dia raket badminton dan kali ni gua bagi pada dia kasut Prince gua yang glow in the dark tu. Serius gua tak tau glow in the dark sebelum ni. Gua tau masa gua pandai-pandai masuk rumah hantu hari tu - warna biru beb! Gua akan beli kasut baru nanti, entah bila, haha.

Gua dapat 2-3 call bisnes gak. Terpaksalah gua panjangkan kepada orang-orang kanan gua di KL untuk uruskan sementara gua ada di KL. Almaklum, macam gua cakap, gua akan menganggur selepas tamat bulan ni, maka gua terpaksa membuat kerja-kerja Rambo selepas ni. Gua mungkin akan menggunakan masa lapang yang ada untuk masuk hutan, mendaki gunung dan berwisata ke tempat-tempat yang boleh dilawati dengan duit yang gua simpan.

Oh lupa, mungkin Raya tahun ni gua akan masuk Jemaah BlackBerry Malaysia. Lepas tu gua bertekad untuk menyiapkan tesis gua. Secara tak langsung gua akan berada di luar KL selama 2 bulan tetapi dengan baik hati akan terus bayar sewa rumah seperti biasa.

Tapi gua selalu optimis bahawa rezeki gua ada pada Tuhan. Gua berhenti kerja penuh dengan harapan ia adalah keputusan paling adil untuk bos-bos gua yang bekerja keras serta gua sendiri. Hoho, lepas ni gua kena karang surat penghargaan sikit sebab gua rasa pengalaman gua yang cetek tu tak dapat dibeli di mana-mana. Bos gua yang di UK pun khabarnya akan back for good to Malaysia paling awal Oktober dan paling lewat Januari. Gua sedang berkira-kira untuk buat bisnes baju amagi (kata lain untuk kebebasan, dari tulisan cuneiform) sebagai sumber rezeki halal, hehe.

Gua tak tidur lagi, sejak semalam lepak dengan Yeop, Pak Jub dan Shamril, tapi hari ni Taka pun join juga. Dia buat majlis sikit untuk anak dia esok juga! Gua tak tau sama ada esok sempat jumpa Ebby, Umair, Azila, Udi, Zofar dan lain-lain yang ada di Perlis ni.

Wednesday, June 10, 2009

Pelan Pelan Kayuh

Gua tengah pindahkan sikit demi sikit dan tulis yang baru di AminAhmad.com (tanpa www!).

Gua kena segmenkan pembaca. Di becok ni kalau gua tulis-tulis pasal politik pun lebih kepada komen spontan yang tak panjang. Jadi gua boleh terus merapu meraban di sini, hehe.

Perlis Comei Lote...

Negeriku yang permai lagi mempersona...aku datang!

Aku dah tulis tentang Quo Vadis PAS.

Saturday, June 6, 2009

Penat Tapi Puas

Selesai KEMPAS 2009 - cikgu Labuan dan Harian Metro pick up berita, selain Berita Harian sebagai penaja bersama.

Untuk program Belia Selangor, aku hanya wakilkan adik-adik ke sana, duit agak lumayan berbanding kerja KEMPAS 2009 ni, tapi kepuasan mungkin tak sama :) (ceh, macamlah aku ni tak minat isu belia :)).

Hari tu balik sekejap berkejar ke Bursa Malaysia untuk program bersama Astro Awani - U Wartawan. Ia ternyata beza berbanding rancangan lain yang aku hadir. Ruang bercakap terhad dan sukar merumus isu besar seperti tempoh hari: kebebasan. Bagaimanapun aku akan menulis tentang ini. Artikel di JalanTelawi belum hantar untuk Jun, mungkin isu Kebebasan ni untuk isu Julai kot sebab Jun dah rancang nak tulis tentang 1Malaysia.

Di PerakExpress.com pun aku dah menulis sekarang tetapi lebih kepada hal-hal politik.

Malam ni aku fikir nak baca tulisan-tulisan blog kawan-kawan yang ditinggalkan untuk satu tempoh.