Serius gua tak tahu, tapi ramai orang kata sekarang dunia makin panas. Firdaus kata ayuhlah kita bertaubat kerana dunia hampir kiamat.
Tengah hari tadi gua solat Jumaat di tempat biasa jika gua balik Perlis - masjid Repoh. Wah, sekarang Ustaz Juanda Jaya yang dah jadi mufti negeri ada bagi kuliah agama setiap hari Khamis di sana. Sahibus samahah mufti Perlis yang baru ini kira satu geng dengan Ustaz Asri dan gua suka kerja tangan dia menterjemah karya-karya As-syeikh Yusof Qardhawi, sekurang-kurangnya untuk orang yang 'buta Arab' macam gua bolehlah merasa ilmu ulama'.
Paksu, maksu dan Nabil datang rumah hari ni. Esok kami akan sama-sama bergerak ke Alor Setar - ada kenduri di sana. Esok saja gua akan layan 3 kenduri - Shep, Barri dan saudara di Kedah. Shep budak SDAR yang masuk ke sekolah gua masa form 4. Kami sama-sama jadi budak Derma yang dapat wakil negeri untuk Kejohanan Ragbi MSSM bawah 18 tahun masa kami tingkatan 5 (1999). Barri pula kawan lama di SRK Seri Indra. Dia masuk SMS Tuanku Syed Putera dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Seingat gua, hanya dia dan Afni masuk ke sana. Kali akhir aku hubungi, dia di Papua New Guinea - katanya cari duit nak kahwin. Mak ayah dia dah meninggal. Dulu mak ayah dia kawan baik dengan mak ayah gua.
Tadi juga kami sekeluarga termasuk keluarga abang dan keluarga Paksu layan makan hidang seafood - memang wajib tiap kali keluarga kami berkumpul cukup korum. Biasalah, mana lagi jika bukan beli di Kuala Perlis.
Petang tadi juga gua layan main badminton dengan Akbar. Gua pernah hadiahkan dia raket badminton dan kali ni gua bagi pada dia kasut Prince gua yang glow in the dark tu. Serius gua tak tau glow in the dark sebelum ni. Gua tau masa gua pandai-pandai masuk rumah hantu hari tu - warna biru beb! Gua akan beli kasut baru nanti, entah bila, haha.
Gua dapat 2-3 call bisnes gak. Terpaksalah gua panjangkan kepada orang-orang kanan gua di KL untuk uruskan sementara gua ada di KL. Almaklum, macam gua cakap, gua akan menganggur selepas tamat bulan ni, maka gua terpaksa membuat kerja-kerja Rambo selepas ni. Gua mungkin akan menggunakan masa lapang yang ada untuk masuk hutan, mendaki gunung dan berwisata ke tempat-tempat yang boleh dilawati dengan duit yang gua simpan.
Oh lupa, mungkin Raya tahun ni gua akan masuk Jemaah BlackBerry Malaysia. Lepas tu gua bertekad untuk menyiapkan tesis gua. Secara tak langsung gua akan berada di luar KL selama 2 bulan tetapi dengan baik hati akan terus bayar sewa rumah seperti biasa.
Tapi gua selalu optimis bahawa rezeki gua ada pada Tuhan. Gua berhenti kerja penuh dengan harapan ia adalah keputusan paling adil untuk bos-bos gua yang bekerja keras serta gua sendiri. Hoho, lepas ni gua kena karang surat penghargaan sikit sebab gua rasa pengalaman gua yang cetek tu tak dapat dibeli di mana-mana. Bos gua yang di UK pun khabarnya akan back for good to Malaysia paling awal Oktober dan paling lewat Januari. Gua sedang berkira-kira untuk buat bisnes baju amagi (kata lain untuk kebebasan, dari tulisan cuneiform) sebagai sumber rezeki halal, hehe.
Gua tak tidur lagi, sejak semalam lepak dengan Yeop, Pak Jub dan Shamril, tapi hari ni Taka pun join juga. Dia buat majlis sikit untuk anak dia esok juga! Gua tak tau sama ada esok sempat jumpa Ebby, Umair, Azila, Udi, Zofar dan lain-lain yang ada di Perlis ni.
Friday, June 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah wah.
ReplyDeletenampak macam kurang rehat je tu.
dah-shat.
Make sure the Amagi shirts, if they have any texts other than the cuneiform, are in English.
ReplyDeleteThink global.
salam,
ReplyDeletemenganggur sebelum projek lain ke?
nak tanya sket,
kamu sekarang sedang phd?