Sunday, May 31, 2009

aminahmad.com

Aku sedang pindahkan sedikit demi sedikit semua tulisan serius aku - dalam bentuk artikel - ke aminahmad.com. Sebahagiannya aku perlu tulis semula supaya lebih tersusun dan jelas duduk bicaranya.

Pendek kata blog ini akan hanya memuatkan tulisan-tulisan biasa dan jika ada bersangkut hal serius seperti politik dan ekonomi pun lebih kepada omelan ringkas - macam respon spontan.

Template di aminahmad.com tu pun akan diubahsuai sedikit masa lagi. Aku dah beli domain tu untuk 2 tahun dengan meminjam kad kredit abang. Tapi rasanya aminahmad.com mungkin diupdate tidak sekerap becok kot :)

Thursday, May 28, 2009

Kotak Pandora akan dibuka tidak lama lagi...

Semoga Allah s.w.t. kuatkan tekad Datuk Mat Zain Ibrahim dan menghilangkan fitnah di bumi Malaysia ini.

Politik Malaysia, jika kau tahu beberapa kata kunci penting, ia tak sukar dibaca. Dan dalam arus reformasi, kata kunci ini semua boleh dilihat dalam hujah mempertahankan diri oleh kerajaan - khususnya pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokongnya.

Dengan media yang dikawal, mereka terlalu yakin bahawa mereka punya kuasa untuk mengubah persepsi rakyat. Akhirnya, selepas usaha gigih, janganlah kita lupa pada seruan "manusia merancang, Allah s.w.t. merancang...."

Chin Peng

Raja Muda Perlis terkilan dengan usaha membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.

Tadi gua baru saja baca balik artikel yang memanjangkan pandangan Prof. Khoo Khay Kim masa kami berdialog dulu. Prof. Khoo juga ada melontarkan pandangan bahawa Chin Peng bukan rakyat Malaysia, tetapi British.

Adoi, apalah yang kita debatkan di sini?

Gua bukan komunis, sebab tu gua tak setuju Chin Peng dilarang masuk Malaysia. Sebab apa? Sebab larangan itu sendiri adalah sebuah dasar warisan komunis! Jadi, orang putih kata Two wrongs doesn't makes one right.

Tambahan idea libertarian dianggap musuh ketat idea komunis/sosialis. Sepatutnya gua ketawalah kan? Tapi tidak. Idea-idea libertarian bukan untuk memusuhi mana-mana pihak, tetapi ia adalah konsep kebebasan yang diaplikasikan kepada semua meskipun musuh.

Tak perlulah cakap kebebasan perlu ada tanggungjawab kerana ia adalah 2 bahagian pada sekeping syiling yang sama - tak boleh dipisahkan. Dan memang ada manusia yang akan menggunakan ia secara tidak bertanggungjawab. Di situlah kepentingan idea libertarian meletakkan kedaulatan undang-undang sebagai kaki lain pada bangku (seluruh konsep idea) itu.

Aku tak berhajat menceritakan lanjut. InsyaAllah nanti slot aku di Astro yang ditangguhkan itu akan aku ceritakan. Ia tentang kebebasan. Tajuk yang mencabar, tetapi sangat bermakna. 30 minit untuk mengupas konsep berat ini.

Bila aku menulis ini, ia bukan beerti aku mewakili keluarga mangsa dan tentera sendiri yang berjuang melawan Chin Peng dulu. Dan tentera ini bukan saja orang Melayu, tetapi pelbagai kaum. Pun begitu, kita harus mengiktiraf sumbangan komunis ketika sebelum merdeka meskipun kita menolak tindakan ganas mereka pasca-merdeka. Juga kita tak boleh mengabaikan sebahagian tokoh yang teraniaya hanya kerana bercanggah dengan faham rasmi kerajaan selagi mana ia memilih jalan demokratik untuk melunaskan idea-idea mereka.

Demokratik, huh, bila sebut ini risau juga sebab atas nama demokratik juga kerajaan kita telah banyak mengusahakan tindakan tidak demokratik. Alahai negaraku....

Wednesday, May 27, 2009

Terima Kasih

Cilakak, aku selalu suka tulisan Sarah; pada aku dia pandai berekspresi melalui tulisannya - born to write bak kata satu komentatornya. Ini satu tulisan yang betul-betul menunjal kepala aku.

Ya, ia untuk perhatian aku, kau dan semua di luar sana.

Ya, kita boleh bagi macam-macam alasan untuk tidak menunjukkan komitmen kita meskipun jauh di sudut hati kita mahu. Dan alasan-alasan ini sebenarnya menyakitkan. Sibuk kerja untuk adakan masa bersama, sibuk kumpul duit duit dulu, tunggu lepas kahwin baru boleh nak bercinta macam orang bercinta, masih muda untuk fikirkan soal kahwin dan sejuta lagi alasan lain yang kita boleh ungkapkan.

Demi Tuhan, aku tak tahu apa jawapan sebenar dan aku pun larut membeli masa untuk membunuh kesepian. Kadang-kadang sms atau telefon boleh menjadi satu kesalahan dalam hubungan bila ia dilihat sebagai tak kena masa, tidak memahami, macam tak ada kerja lain dan macam-macam lagilah.

Fuh, bercinta itu susah barangkali. Tapi aku enjoy juga baca komen-komen di dalam tulisan Sarah tu.

Mungkin betullah tanya seorang kawan: apa sebenarnya pandangan sarwa kau bila kebebasan menawarkan kau pilihan yang banyak tentang apa saja? Liberal? Sosialis? Demokrat? Komunis? Fasis? Centrist? dan macam-macam -is lagi...

Ni yang buat aku rasa aku dah tua dan rindukan zaman muda-muda ni :p

* Sekadar berkongsi tulisan blog yang relevan dalam pengalaman hidup. Tak mesti bersetuju. Dalam cinta, alasan hanya menumpukan aspek rasional sedang cinta itu ada di hati dan lebih banyak persoalan emosi, aduh!

Phew...

Petang tadi orang Astro tinggalkan mesej di henset bagitau program tangguh ke minggu hadapan. Dia telefon kemudian. Dia tinggal mesej bukan sebab tak beradab, tapi sebab bar telefon bimbit aku hilang lak.

Sementara tunggu dia buat panggilan tu aku dapat berhubung dengan Suhaimi Sulaiman di FB, rupanya untuk malam ni dah pre-recorded kerana hos ada urusan segera - tak silap aku dia sebut pasal kes beranak ke apa ntah tadi, hehe. Teknologi memudahkan perhubungan kan?

Jenuh juga sebenarnya membaca tentang kebebasan yang mahu dikupas dalam tempoh 30 minit seorang diri sebab subjek ini sangat luas. Menelaah John Stuart Mill, Isaiah Berlin berserta pandangan Thomas Hobbes, David Hume, John Jacques Rosseau dan lain-lain dalam tempoh singkat, sambil menyemak semula kedudukan pandangan-pandangan ini dari perspektif Islam dan nilai timur ternyata memenatkan tapi amat menyeronokkan.

Dalam komunikasi massa, yang penting untuk aku ialah perspektif. Penentuan perspektif yang nak diambil itu akan memainkan banyak peranan dalam seluruh proses.

Oh, sebelum terlupa: sosialis/komunis mungkin musuh ideologi libertarian tapi seorang libertarian yang cenderung centrist macam aku mahu kaya dengan perspektif. Untuk itu, mari kita menyemak pengetahuan am kita tentang Malaysia. Agak-agak, kelompok mana yang mula menggunakan slogan Merdeka dalam perjuangan mereka semasa melawan penjajah dulu?

Selamat mencerahkan minda, pencerahan bermula dengan mengatasi ketidakmatangan yang ditempa sendiri. Bangsa yang penakut hanya akan jadi pengikut...

Siapa Juara Champions League Bukan Persoalannya...

Sebab dari kecik ustaz aku ajar musuh kita hanya 1 iaitu syaitan. Apatah lagi jika mereka memakai nama Syaitan Merah (the Red Devil!), hahaha

Barca 2 MU 1 (sebab gua nak tengok games, siapa menang pun gua tak peduli)

Tuesday, May 26, 2009

Gua dan Kehidupan Mutakhir

Di ofis, aku tak boleh buka FB, entah kenapa berat semacam. Mungkin bos aku telah sumpah FB tak boleh buka di laptop aku, haha. Tapi bila Gmail tak boleh buka, aku agak sentap. Bos aku di UK, aku di Malaysia. E-mel adalah penghubung kami (cewah, sangat gay bunyinya, haha).

Hari ini ada rasa diri macam Superman, buat kerja laju semacam je. Aku pun tak tahu, semua macam sangat tersusun. Balik tadi makan malam di Bangsar, penuh...se'eh perut bak kata orang Terengganu (ada juga bahasa Terengganu aku belajar dengan Mat Zul :)). Err, aku makan malam pada jam 630 petang lebih kurang. Dulu di kampus aku suka makan waktu petang, lepas Isya' di surau kira boleh belajar dengan penuh bergaya, kunun!

Telefon gua habis bateri, gua caj. Gua boleh terlupa pula temujanji dengan Isk. Bila gua on balik telefon, humang aih, dah 45 minit lewat. Gua telefon Isk dan ajak ketemu dekat dengan rumah dia. Naya kawan tu wei! Apa lagi, gua belanja dia minum la, haha, minum je pun.

Sebelum telefon gua mati, gua dapat panggilan dari Astro lagi. Malam nanti gua ada satu lagi slot bersama Astro untuk bicara pasal kebebasan. Dia kata setengah jam saja dan kali ni gua akan cakap seorang diri. Humang aih, apa yang gua nak goreng baik punya? Hurm, kebebasan ni benda yang luas...jenuh gak gua nak merumuskan esok ni. Kena buka segala kitab falsafah, undang-undang dan sebagainya. Waktu gua tengah taip ni, gua belum tentukan apa angle yang gua nak cakap esok. Kebebasan ni boleh menyentuh benda yang sensitif dan gua hanya ada 30 minit untuk wrap up segala!

Gua cadang nak culik sikit Ibnu Masykawaih ke, Murtadha Mutahhari ke, John Locke ke, boleh tak? Kah kah kah, mampus gua...

Okla beb, gua buntu. Layan Nescafe memang buat gua payah tido!

Susahkah Memahami Orang Muda?

We are the youth
We'll take your fascism away
We are the youth
Apologise for another day
We are the youth
And politicians are so sure
We are the youth
And we are knocking on death's door

Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't want to live in a world

Where innocence is so short
We'll make it up to you
in the year 2000 with...

Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court

Maybe we don't want to live in a world
Where innocence is so short

We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you

Never knew we were living in a world
With a world that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't want to live in a world
World who cares at all

We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you

Susahkah Memahami Orang Muda?

We are the youth
We'll take your fascism away
We are the youth
Apologise for another day
We are the youth
And politicians are so sure
We are the youth
And we are knocking on death's door

Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't want to live in a world

Where innocence is so short
We'll make it up to you
in the year 2000 with...

Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court

Maybe we don't want to live in a world
Where innocence is so short

We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you

Never knew we were living in a world
With a world that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't want to live in a world
World who cares at all

We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you

Komunis?

Dr. Rais Yatim kata "tiada tempat untuk komunis di Malaysia".

Aku ketawa kuat-kuat sambil berkata "bukan apa yang kerajaan buat di Malaysia sekarang ada ciri-ciri sistem komunis?"

Kah kah kah kah kah

* Secara falsafahnya, komunisme adalah kata lawan bagi liberalisme. Tapi di Malaysia sebahagian kita agak malas dan 'play safe'. Tidak salah pun 'play safe' tapi apabila kemalasan dan 'play safe' itu dijadikan dasar hukum, itu bahaya.

Aku yang dikategori liberal (to be precise, libertarian) pun rasa tak ada masalah bersaing dengan komunisme, kenapa yang 'play safe' dan malas yang kalut lebih?

Masuk google dan yahoo..baca, dan mari kita bersetuju untuk tidak bersetuju selagi tidak ada kekerasan diambil sebagai jalan keluar kepada perbezaan ini.

Monday, May 25, 2009

Astro lagi....

Ini kali ketiga dijemput Astro Awani. Pertama tentang pandangan anak muda terhadap kabinet baru, kedua aku tolak atas faktor kesihatan dan emak balik umrah pada hari tersebut - tentang mengajak anak muda memasuki sektor awam dan malam ini tentang strategi mempromosi 1Malaysia.

:)

Sunday, May 24, 2009

Scream!

Kat mana ada fun-fair wei? Aku nak main macam-macam permainan di sana. Adakah konvo UPM akan datang ada lagi fun-fair ni? Pastikan ada yang main tuju-tuju apa yang patut untuk dapatkan patung besar ya? hehe

Saturday, May 23, 2009

Would you make a difference in the world?

(1)

Ya, aku tanya kamu. Kamu yang sedang membaca ini. Akankah? Demi sebuah hidup yang lebih bermaruah. Demi sebuah hidup yang lebih bermakna. Demi sebuah hidup yang kita tidak pasti apa di depan selain mati, itu pun entah bila.

(2)

10 tahun aku tidak berbual dengan dia, tapi tadi kami berbual sakan seperti tidak ada apa yang pernah berlaku antara kami. Sedang aku dan kawan-kawan lain berdamai dalam pengertian setuju untuk tidak setuju, alih-alih dia terus membisu. Tapi berborak tadi, walaupun hanya melalui Facebook sudah cukup untuk menyampaikan pada aku bahawa: "wei, no hal la, itu semua zaman muda 'rumaja', haha". Biasalah, bila kami lelaki sama lelaki bergurau, meski hanya di internet, kata-kata nista itu laju je misalnya "deje tul lama tak dengaq cerita hang" atau "cilakak, chenta aku telah jadi liaq". Haha, itu sebenarnya hanya sebahagian perbualan nista peringkat rendah. Tak manis tulis yang kasar-kasar :p bajet budi bahasa sopan santun la, hihi.

(3)

Nanti kau tonton Kau Satu-Satunya - filem Indonesia, ada di YouTube. Tapi Laskar Pelangi juga wajib tau! Juga ada di Youtube. Wei, tak sabar lak nak tunggu Lagenda Budak Setan difilemkan. Heroin dia Lisa Surihani tu! Ceh, aku tak minat pun dia, saja tulis macam gempak sebab aku dok terbaca macam ramai pulak peminat dia. Tapi oklah, dia heroin dalam Goodbye Boys, untuk aku ok dengan maksud taklah menonjol sangat macam heroin-heroin lain. Aku rasa hero dan heroin yang tak menampilkan ciri glamour dalam lakonan agak best atau aku buta seni? Kah kah kah.

(4)

Rumah di kampung dimasuki ular tedung senduk hari tu. Mujur mak sempat menanganinya. Teringat zaman kanak-kanak dulu ular sawa selalu layan makan ayam dan merpati yang ayah bela. Huh, kalau dapat tangkap masa tu jual dapat 3 angka jugalah duit. Besar do..

(5)

Menyanyilah dan terus tertawa...walau dunia tak seindah syurga. Bersyukurlah pada Yang Kuasa, nikmat cinta di dunia...

Friday, May 22, 2009

Jiwaku Di Sana

Aku tak tahu. Kawan-kawan yang benar-benar rapat dengan aku sering mengatakan aku harus jadi ahli politik. Kata sebahagian mereka "aku suka dengan ketegasan kau, cara kau menyelesaikan masalah dan menggambil risiko dalam melaksanakan tanggungjawab".

Tapi. Ya, ada tapi.

"Kelemahan ketara kau ialah kau tak pandai menolak dari menghulurkan tangan membantu sampai orang ambil kesempatan dari sikap itu".

Hurm, rasanya itulah kenyataan paling konsisten aku dengar sejak serius bergelut dengan soal kepimpinan di kampus. Aku langsung setuju dengan mereka. Entah kenapa, aku tidak tahu, aku hanya mahu meringankan beban orang lain semampuku. Untuk aku senyum manusia itu penawar. Mungkin dari hal itu aku tak upaya membenci, meski aku keras menyatakan sikap terhadap apa-apa yang aku fikir perlu.

Hate the sin, not the sinner.

Ketika di Indonesia dulu, aku sempat membeli 4 siri novel Laskar Pelangi. Waktu itu aku cuba dapatkan DVD-nya juga. Tapi tidak ketemu. Mungkin bukan rezekiku.

Dan kini aku telah menonton filemnya - dari siri layar YouTube. Maha Suci Tuhan, itulah jiwaku, barangkali. Aku suka manusia sekental Pak Harfan, Ibu Mus dan Bakri.

Andrea Hirata, lulusan ekonomi dari Sorbonne (salah satu universiti yang kaya sejarah tradisi ilmunya sama seperti Ivy League dan Ox-Bridge misalnya).

Aku tak tahu di luar sana, di bumi Malaysia, ada atau tidak guru berjiwa kental ini. Tapi serasa aku ada. Masih ingat cerita Liza semasa dia di-posting ke Sarawak. Ya Allah, kayakanlah budi dan jiwa mereka yang kau pilih untuk sebuah kesaksian realiti hidup.

Sebab itu aku berbelah bagi dalam soal pilihan-pilihan hidup. Satu tentang kerjaya - apa yang betul-betul boleh jadikan aku berterusan memberi. Kedua tentang alam rumahtangga - siapa yang sedia memenuhkan sekeping jiwa yang tak terjelaskan ini? Ketiga, tentang sebuah hidup amnya - mahukah manusia mengerti tentang hidup bersama?

Ingat pesan Pak Harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya". Ini antara lain menjadi sebab mula aku jatuh cinta dengan tulisan ustaz Hasrizal antaranya. Kerana slogan "Erti Hidup Pada Memberi" itu bukan slogan kosong jika kau tahu apa erti pengorbanan dan kasih sayang yang tak berpenghalang.

Di luar sana ada berjuta laskar pelangi menanti anda untuk berkongsi budi. Sediakah kita memaknainya?

InsyaAllah, jika projek aku dan kawan-kawan berjaya, kami akan memberi apa yang terdaya. Kalau nak pintar belajar kalo nak berhasil usaha! Kerana sekolah ini satu-satunya yang tidak mendekati pelajarnya dengan pendekatan materi. Nilai-nilai itu. Kecerdasan itu tidak diukur dengan angka-angka, tapi hati...

* Meski cikgu Bakri tidak sekental Pak Harfan dan Ibu Mus, kredit tetap untuk dia pada setiap masa yang ada bersama laskar pelangi - kerana tiap dari masa yang dia beri adalah sebuah jiwa.

** Tontonlah Laskar Pelangi...mungkin itu titik mula persekolahan jiwamu..

Sebab lain aku tak suka sebahagian Polis Malaysia.

Kau jangan ingat semua polis tu baik. Ambil tahu hak kau dan bantu polis sebenar untuk halang jenayah yang membunuh institusi negara.

On Freedom and Liberty

On Freedom and Liberty

Thursday, May 21, 2009

Bila Malam

Gua merapu tentang keinginan demokratik gua:

Membenarkan apa yang difahami sendiri dicabar oleh faham-faham lain dan orang lain secara aman (baca: bukan dengan kekerasan) adalah satu jalan penting ke arah masyarakat demokratik. Terlepas dari persoalan setuju atau tidak, ia mungkin kelihatan politically incorrect, tetapi ia mengukuhkan nilai dan jiwa besar yang sepatutnya dimiliki orang politik (Amin, 2009).

Sebuah kerajaan demokratik tidak akan rasa terpaksa menggunakan internet untuk mengakses penerimaan rakyat terhadap i) dasar, ii) cara perlaksanaan dasar atau iii) cara mereka berpolitik untuk menjustifikasikan dasar. Tapi internet telah membantu sedikit sebanyak ruang bebas yang lama telah dituntut masyarakat sivil untuk memelihara demokrasi; bukan memelihara ahli politik tertentu (Amin, 2009).

* Masa semua orang nak muntah buat tesis dulu, apa-apa saja perkataan yang muncul dari mulut kawan-kawan akan dicatat sebagaimana quote dalam tesis contohnya (Amin, 2009), haha. Penangan tesis, boleh muntah beb!

Tentang Pilihan-Pilihan Hidup

Sebagai seorang libertarian, aku memang pro-pilihan. Nak yang murah ke, yang mahal ke, yang buruk ke, yang elok ke, yang jauh ke, yang dekat ke dan lain-lain. Dan pilihan dalam konteks libertarian memang banyak melibatkan persoalan ekonomi. Tapi pilihan ini juga dikembangkan dalam konteks individu merdeka.

Pilihan adalah kurniaan Allah s.w.t.. Dialah yang memberi izin siapa mahu beriman, silakan dan jika tidak mahu juga silakan. Dan inilah prinsip kuat yang ada pada pendokong kebebasan.

Mencabar bukan? Mustafa Akyol kata "right to sin". Dan tentu saja dalam Islam, bagi yang beriman, kita tidak mahu manusia memilih kerosakan dalam hidupnya. Tapi sebatas mana kuasa campur tangan ini mungkin satu persoalan lain. Sebab itu aku nak sangat memahami bagaimana realiti suasana persekitaran di Mekah dan Madinah semasa pemerintahan Nabi s.a.w.. Tak pasti rujukan mana boleh dapat untuk menggambarkan secara tuntas perihal ini. Maksud aku bagaimana Nabi s.a.w. mengolah persetujuan dengan penjual arak, penzina dan sebagainya yang telah sedia wujud dalam realiti sebelum Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul s.a.w.. Atau memangkah pendekatan autoritarian diambil sepenuhnya untuk sekelip mata semuanya berubah dalam satu malam?

Ya, hujah pengharaman arak itu beransur-ansur. Tapi itu dalil al-Quran untuk muslim. Praktis kenegaraan pula adalah satu persoalan lain.

Atau aku yang kurang membaca? Aku bukan apa, ada peristiwa kecil misalnya tentang arwah Hamka pernah hadir ke program berunsur tarian tapi ditutup dalam catatan sejarah muslim kerana bimbang hal itu akan menghakis peribadi arwah yang disanjung di kalangan muslim rantau ini. Ketidakjujuran ini bisa saja menghakis nilai pelajaran kita...tanpa maksud mempertikaikan sesiapa.

Err...sebenarnya aku teruja dengan masukan Sarah. Siot tul, aku tengah berhadapan dengan persoalan yang sama. Pilihan-pilihan hidup yang cukup banyak. Padan muka, nak sangat bela pilihan :p

Wednesday, May 20, 2009

Perlis: Tak Habis Lagi Rupanya...

Politik Perlis bergolak kembali, selain Perak dan Terengganu. Sebagai anak jati negeri Perlis, tentu saja aku ada komentar sendiri.

Polemik politik di Perlis mudah saja bacaannya. Ada seorang bekas Menteri Besar masih tak puas hati kerana tak jadi Menteri Besar untuk penggal ini. Masa Raja Perlis lantik YAB Md Isa Sabu, ada sebilangan rakyat Perlis 'meragas' pagar istana sebagai tanda protes.

Orang-orang politik mungkin tahu bahawa bekas MB ni berkali-kali berusaha meyakinkan Raja dengan pelbagai cara bahawa YAB MB baru tak perform.

Aku ingat benda ni dah reda sikit, tapi aku syak ia kembali panas bila bekas MB kritik kerajaan negeri kerana dia terpaksa menggunakan duit sendiri kira-kira 200 ribu sebulan untuk menanggung perbelanjaan pasukan bola sepak Perlis.

Wow! 200 ribu sebulan. Kaya tu...kalau 5 bulan dah sejuta!

Untuk ingatan ramai, cuba tanya bekas MB ni kenapa:

1. MPK boleh disita semasa zaman pentadbiran dia.
2. bil air rumah MB tak dijelaskan sampai lebih seratus ribu.
3. bil air pasukan bola sepak Perlis juga tak dijelaskan lebih seratus ribu.

Nak patah balik jauh sikit, cuba tanya agak-agak kenapa Dato' Ali, ayah kepada YB Dato' Ahmad Bakri dulu tukar bekas MB ni semasa dia jadi PTD dulu.

Juga tanya dia, apa peranan anak saudara dia yang kerja di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Semak kekayaan anak saudara dia ni dan perbelanjaan dia yang luar biasa. SPRM boleh soal siasat semua kontraktor yang dapat kontrak melalui jalan ni. Cuba semak ada tak kes siling sekolah sekeping ditukar dengan kos RM9000. Prosedur memang boleh buat betul, tapi naif sangatlah jika tak boleh baca tangan ghaib di sana!

Juga jangan lupa tanya apa jadi dengan Pulau Brasmana. Siapa yang dok kaut untung dari sarang burung di sana dan status pulau tu apa kena mengena dengan kerajaan Thailand?

YB bekas MB ni semua orang tahu gangster. Siapa kutuk dia silap-silap boleh kena belasah tiba-tiba oleh mereka tertentu. Dulu PRK Indera Kayangan pun orang dah boleh nampak macam mana Pilihan Raya Kecil jadi medan gangster bermaharajalela.

YAB MB baru mungkin nampak lemah tapi kelemahan ini tidak disebabkan satu faktor. Cuba suruh YAB MB baru bentang tengok kedudukan kewangan negeri sebaik bekas MB tak mentadbir lagi.

Silap-silap duit bekas MB ni lagi banyak dari duit negeri Perlis!

Jika YAB Md Isa benar-benar tak upaya sekalipun, sebagai anak jati negeri Perlis, aku tak berminat nak terus ber-MB-kan YB DS Shahidan Kassim.

Aku rasa ahli politik mesti serius dengan komitmen bahawa mereka hanya sepatutnya menjadi YB untuk 2 penggal dan tambahan 1 penggal maksimum. Belajarlah menjadi negarawan dengan membenarkan muka baru memimpin dan mereka menjadi pesara YB yang boleh membantu dalam bentuk lain sebagai masyarakat sivil. Barulah negara kita cepat bergerak ke depan!

Tuesday, May 19, 2009

Ya Ka Mak Kasi?

Aku tak ingat bila adik aku, Naim tunjuk aku filem Yamakasi, masa tu dia masih di sekolah menengah dan sekarang dia dah nak masuk semester akhir di Lim Kok Wing. Ia sangat cool.

Aku teringat 'buas'nya aku masa kecil - hanya abang, mak dan ayah yang lebih tahu (err, mungkin sebahagian jiran-jiran, haha) - panjat pokok, naik bumbung rumah, terjun dari bumbung rumah, aksi berani mati konon tiru gaya penggusti WWF di TV dan juga video game motorcross (tapi guna basikal la).

Aku pernah cerita masa darjah 5 main lompat-lompat dari hujung tangga ke hujung tangga (tangga batu sekolah - macam mana nak cakap ek? dari koridor ke tengah tangga sebelum tangga tu lencong untuk turun ke koridor lagi satu).

Teringat ustaz Adam ke Pak Jon lempang kawan aku (nama dan kelas dirahsiakan) yang lompat dari koridor masa ujian kebakaran di sekolah. Haha, konon tanggal cermin kelas dan keluar dari belakang, lompat turun dan terus ke padang tempat berkumpul - bajet cepat la tu.

Setakat naik le-run willy tu biasa dah. Dan hari ni aksi berani mati dibuat oleh Mat Rempit tapi aku tak tirulah.

Pendek kata aku rasa orang Malaysia ada bakat jadi David Belle dan Cyrill Raffaelli lah!

Nah contoh yang komersil sikit, dalam ni ada lompat tangga tu (dulu aku buat berlawan dengan Nasrul Hadi tu sebab ego konon jantan habis la, serius panas tapak kaki beb - sebab aku buat cara tak betul kot).

Selamat mengenali mereka di Youtube - semoga satu hari nanti aku akan tengok riadah ekstrim Parkour di Malaysia dan membaca berita-berita di surat khabar bagaimana kerajaan, polis dan lain-lain pening kepala menangani gejala ini, haha

Siapa nak jadi Parkyle di Malaysia sila angkat tangan!

* Untuk makluman, aku dah cerita masa darjah 6 aku gagal terpilih untuk pasukan jimnastik dan Zulkhairi dapat. Tak tau pula sama ada dia pergi ke tak masa tu. Khabarnya Zul tengah buat master di Korea sekarang dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi dan aku dah add dia di friendster, di Facebook belum kot, hehe

Dah 1000?

Cis, apa benda yang aku dok mengarut menulis di sini sampai 1000 masukan (entry)?

Masa aku belajar dulu, ada satu konsep pembelajaran yang unik. Learn, Unlearn, Relearn. Begitulah lebih kurang.

Susah betul nak Unlearn :(

Hidup ini memang seronok bila semua ikut flow...tapi adakah hidup yang macam tu?

Beb, blog ni nanti hanya akan memuatkan tulisan-tulisan cincai saja. Sebab aku akan berpindah ke AminAhmad.com - mungkin selepas tamat kontrak rasmi dengan MTT. Tapi di sana aku hanya nak muatkan tulisan serius yang sedikit panjang dan berbunyi akademik :p akankah?

Di sini mungkin hanya untuk tulisan ringkas, ada selang seli carutan dan sebagainya, haha.

Kalau kepala otak kita tengah 'hang', kat mana kita nak tekan butang reset tu ek?

Sunday, May 17, 2009

Lekas Sembuh Arfan

Abang maklumkan Arfan dimasukkan ke hospital. Demamnya masih belum kebah.

Ya Allah, kau sembuhkanlah Arfan.

* Jun nanti abang plan nak balik Malaysia dan bawa Lala dan Arfan sama. Aku pun mungkin balik sekejap nak bermain-main dengan mereka...lekas sembuh ya Arfan?

La la la...

Aku curi-curi taip. Apa aku buat?

Aku dah tonton Angel and Demons, plot yang mirip Da Vinci Code dan aku suka. Aku memang perlu tabik filem-filem Hollywood meskipun ramai yang boleh jangkakan stereotype dalam sesetengah filem. Maksud aku di sini bukan saja naratif, tapi banyak. Sebab tu aku suka orang seni.

Lee mesej aku petang tu dengan penuh semangat mengatakan filem ini wajib tengok! Haha, dia tak tahu bahawa 5 minit selepas itu aku akan membeli tiket filem ini dan aku telah rancangkannya sejak minggu lepas.

Aku dan Naim juga berkejar membeli belah apa yang patut sempena hari akhir sale(?) JUSCO menyambut 25 tahun ulang tahunnya. Ops, kantoi aku pun boleh tahan rajin bershopping. Haha, sebenarnya aku rajin meninjau saja dan membeli bila perlu. Dari tinjauan barang-barang yang pelbagai ni, kita boleh nampak bagaimana uniknya penyatuan sains dan seni. Dan aku rasalah, seni yang memuaskan jiwa dan sains membantunya. Oh, tiba-tiba aku berteori di sana :p

Turun ke Bangsar berjumpa rakan-rakan Pentas Ilmuan Muda dan Khairil. InsyaAllah kami sedang merancang satu projek yang tertangguh dek keributan politik Malaysia sejak pertengahan tahun lepas. Gila lama kan? Khairil pula alumni Akademi Merdeka yang buat internship dengan MTT dan dia sangat berbakat dalam bidang IT ni. Sama ada dia berbakat atau aku loser dalam bab ni aku tak pasti, haha. Khairil akan bantu aku untuk satu projek peribadi aku, tapi bukan sekarang, nanti....

Aku sekarang sedang kemaskini apa yang patut berkaitan MTT. Selepas Jun, aku hanya akan bertugas sebagai associate dengan MTT kerana ada urusan lain yang perlu aku selesaikan dan selepas Jun kontrak aku akan tamat. Ia lebih mudah begitu kerana aku fikir ia lebih adil buat semua. Takkan nak biar kerja terbengkalai waktu aku di luar stesyen?

Ada perkara-perkara yang tak boleh aku ceritakan buat masa ini walaupun ada orang-orang yang telah tahu - tentang masa depan aku yang Allah s.w.t. sahaja Maha Mengetahui dan kita manusia suka menjangkakan dan bertindak dengan jangkaan kita. Aku hanya boleh katakan atau kongsi pada kalian bahawa "sayanglah Allah s.w.t." - Dia tak lalai menilai (hati) kita.

Friday, May 15, 2009

Oh...

Selamat Hari Guru!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Khidmat Komuniti

All passengers on MAS flight MH091 from Newark on Wednesday urged to contact Health Ministry at 03-88810200 or 03-88810300

Kes pertama selesema babi telah sampai ke Malaysia.

Thursday, May 14, 2009

Tiket Mudah Untuk UMNO 2

Bang Mat Saman buat appraisal individu terhadap apa yang dilihatnya dalam Pakatan Rakyat.

Aku hanya boleh komen lanjut tulisan dia begini:

ramai yang baca konsep lita’arafu (dalam Al-Hujurat ayat 13) tu tanpa mahu mendalami. Mereka tak nampak konsep kekenalan tu, tapi lebih kepada menggariskan musuh dari peringkat awal. Anwar dah lama dok ulang ayat ni, sebab tu dia tak kisah pi program dgn US ka, dgn Iran ka, dgn Turki ka, dgn Indonesia ka….

Kemudian fokus kepada nilai dasar sebab nilai dasar ni jarang ada perbezaan sebab ianya Golden Rule in the World. Bentuk perlaksanaannya mungkin berbeza.

PKR, PAS dan DAP ada lemahnya tapi penyatuan ideologinya jelas - rentas kaum. Tak tahulah sama ada org PAS gagal melihat ini sebab tu rasa tak apa2 rundingan belakang tabir dgn UMNO. Pulak tu ada yang letak konteks salah konon bila Anwar nak runding dgn UMNO sapa pun x marah, Haji Hadi nak runding kena marah. Mereka gagal lihat rundingan belakang tabir dgn selesai isu Perak. Mereka gagal lihat kenyataan Haji Hadi dipandang skeptikal kerana ada track record runding belakang tabir.

Aku nampak kita banyak diurus dgn emosi berbanding rasional yang disaring ketat. Ramai nak bersila sebelum duduk.

Solutionnya mudah - banyakkan program latihan bersama and lets everybody have a say. Kat situ kita praktis bersetuju untuk tidak bersetuju. Bekerja dgn apa yg dipersetujui dulu dan bear in mind perkara2 tak bersetuju ni mesti difikirkan masing2 dan datang pula sekali lagi untuk bincang jika ada mana2 isu yg ada progress.

Pokoknya, jangan cepat berhukum dari perspektif sendiri dan yang kena attack pun jgn lekas take it personally, cuba fahami apa yg diserang dan cuba tawar pandangan yang menjernihkan.

UMNO akan gelak sakan jika PR lemah sebab mereka dengan sendirinya tak perlu jawab soal rasuah ka, soal salah guna kuasa ka, soal perkauman ka, soal institusi negara rosak ka, soal zalim ka, soal bunuh ka dan macam2…

Sebab apa? Sebab alternatif tak ada dan mereka dgn sendirinya jadi relevan bila ada parti PR yg nak bersama mereka atau masing2 berbalah sesama sendiri - konon atas nama demokrasi :p

Wednesday, May 13, 2009

Tiket Mudah Untuk UMNO

Sekalut mana pun UMNO-BN, mereka akan mendapat tiket mudah melalui keretakan Pakatan Rakyat. Semua parti dalam Pakatan Rakyat boleh menjadi Tumit Achilles kepada Pakatan Rakyat, tambahan dalam persekitaran politik kita yang gagal meraikan kepelbagaian.

Gagal? Ya. Tapi ia tidak beerti selama-lamanya.

DAP sedang berusaha mengikis imej parti Cina yang ada pada mereka. PKR sedang membaiki jangkaan pendokong mereka yang meleset - ramai berebut tak mahu jadi calon dan hanya mahu jadi orang belakang, tengok-tengok menang! Dan PAS sedang bergelut menentukan slogan PAS for All yang mereka canang mampu direalisasikan.

Pergelutan kepimpinan ulama' dan professional dalam PAS buat masa ini akan menjadi Tumit Achilles paling dinantikan UMNO berbanding yang lain. Kelemahan DAP tidak memberi manfaat banyak kepada UMNO kerana kebergantungan mereka kepada undi Melayu, bukan selainnya. Sebab itu UMNO masih mahu mendakwa bangga memiliki jumlah kerusi paling banyak di Parlimen. Mereka gagal melihat kebencian rakyat kepada mereka sebagai Tumit Achilles kepada rakan-rakan yang membina Barisan Nasional. Sebab itu Ali Rustam pernah mengeluarkan kata biadab tentang ini.

Tapi PKR dan PAS akan memberi bonus yang banyak kepada BN. PKR kerana menjadi jambatan kepada hubungan Pakatan Rakyat. PAS kerana mereka adalah alternatif kumpulan Melayu terutama di luar bandar.

Penyatuan PAS dan UMNO hanya akan mengheret politik kita pada tema politik perkauman yang tak sudah. Ya, ramai melihat penyatuan ini baik untuk orang Melayu.

Aku pilih untuk berbeza.

Kepimpinan adalah soal peranan, bukan hak. Peranan adalah bersabit persoalan nilai dan bentuk yang ada adalah terjemahan nilai yang dipegang. Bentuk autoritarian, perkauman dan favouritism ternyata bukan dari nilai Islam - biar yang menyebutnya bernama Ulama', Professional dan sebagainya. Demokratik, keadilan dan kebebasan adalah nilai yang cocok dengan Islam, biar yang menyebutnya hanya seorang peniaga burger.

Selepas 40 Tahun

13 Mei tidak harus diingat sebagai tarikh hitam lantaran propaganda media atas kehendak sesetengah pihak.

Mari kita dengan penuh rasa bangga mengatakan bahawa "kami semua bersaudara dan bersedia untuk membela satu sama lain dengan prinsip keadilan".

Sunday, May 10, 2009

Kenapa Bulan Begitu Sepi?

Kerana dia pernah ada kekasih...PERNAH..

Kalau kau fahamlah :p

Encik Logan rasa macam dia faham, tapi sampai satu masa dia tak faham dan rasa macam masa dia rasa dia faham, sebenarnya dia tak ikut instinct dia. Tapi lepas tu dia sekali lagi terkeliru.

Sekarang Encik Logan dah hilang ingatan...tak sabar gua untuk tahu apa akan jadi nanti?

Pandai mereka memujuk pasaran!

Saturday, May 9, 2009

Tajuk Apa Nak Letak Ni? Haih...

Aku tak buat apa sangat hujung minggu ni.

1. Tonton Wall Street..
2. Jumpa Khir - Khir antara anak muda yang berjaya dalam perniagaan dan aku suka cara dia mudahkan kerja. Dia sama-sama alumni Asian Renaissance.
3. Jumpa Zaki - dia bawa aku jumpa Dr. Nazri, ada projek kecil yang tak pasti sama ada run atau tidak.
4. Jumpa Manny - thanks banyak tolong aku.
5. Ke JUSCO seperti selalu - menghidupkan pasaran :)
6. Jumpa Kamariah - sembang macam-macam hal berkaitan dunia korporat dan kehidupan.
7. Jumpa Afiq - alter ego aku versi junior?

Hubungi mak sampaikan selamat hari ibu. Hubungi Puteri, macam biasa kutuk-kutuk dan minta ampun messykan bilik dia :p Hubungi Pon untuk urusan "jejak zaman remaja" aku.

Sambil-sambil tu memastikan kerja-kerja yang patut disudahkan, sudah. Kerja memaki sistem kenegaraan yang lingkup buat aku penat - mungkin lepas ni aku dapat larangan masuk Perak, haha!

Bila nak jumpa si Falin ni entah. Dari haritu dia berahsia nak bagi apa ntah kat aku. Takkan tunggu hari dia menikah baru aku dapat?

Pasti Tonton...

Filem kontroversi tahun ini - akan masuk Malaysia tak?

Trailer cin(T)a high quality from Erickson Siregar on Vimeo.

Friday, May 8, 2009

Hari-Hari...

Selamat menyambut Hari Wesak kepada yang menyambutnya.

Juga tidak lupa - Selamat Hari Ibu...

"Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku..."

Sedikit Lagi...

Katalah YB Zambry disahkan sebagai MB Perak (yang hanya akan diketahui minggu depan). Tapi itu tak menghalalkan apa yang berlaku di Perak semalam bersabit pembuangan Speaker. Dewan belum mula sidang lagi Speaker dah dibuang dengan cara yang tak sepatutnya. Kuasa eksekutif masuk campur dalam kuasa legislatif!

Hari malang buat Malaysia!

Dan percayalah, akan ada manusia mengatakan "kami mahukan keamanan dan kestabilan". Mereka fikir keamanan dan kestabilan itu boleh datang tiba-tiba saat kezaliman bermaharajalela?

Thursday, May 7, 2009

Bebaskan Fadiah dan Lain-Lain!

Rakan aku, Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang juga alumni Asian Renaissance Young Leaders kini ditahan polis bersama sekitar 20 orang (termasuk 5 peguam). Dia ditahan ketika mahu menawarkan diri mewakili kumpulan yang ditahan kerana membantah penahanan rakyat yang lain dari isu yang berlaku di Perak.

Fadiah dan rakan-rakan memang selalu membuat kerja pro bono (percuma) terutama berkaitan isu-isu pembelaan terhadap rakyat. Aku doakan dia selamat dan akan teguh berjuang.

Bebaskan Fadiah dan tahanan-tahanan berunsur politik yang lain!

Urm...

Nak sambung tulisan masa form 3, tapi agak kemalasan. Ada beberapa kerja berkaitan video editing yang perlu dilangsaikan. Isnin ni akan mengadap bos.

Semalam lepak dengan Wak Pesal dan Finie di kedai makan depan bomba. Tengah berkira-kira nak jalankan reunion 10 tahun budak-budak hutan. Rasa macam semalam baru lepak di fakulti, hehe.

Dua tiga menjak ni kena jumpa ramai orang pula dan berbincang macam-macam perkara. Seronok, sebab ia buat kau rasa hidup ni unik dan tak membosankan.

Aku mahu cergas...semoga petang ni aku akan berjinak-jinak untuk berjogging. Err...

Apa Yang Susahnya?

Aku dah tulis banyak juga tentang isu politik Perak ni. Tapi petang tadi 7 Mei 2009 memang tarikh yang patut dicatat sebagai hari gelap politik Malaysia.

Suka atau tidak, puak-puak UMNO-BN akan justifikasikan tindakan mereka sebagai "restu Sultan" kerana Sultan telah melantik YB Zambry. Siapa pun tidak mahu pertikai perlantikan sebagai kuasa Sultan. Tapi Sultan tidak harus berada di atas undang-undang. Ia bercanggah dengan prinsip Islam, malah demokrasi pun! Rule of law, bukan Rule by law!

Sebab itu aku benci bila UMNO-BN menjadikan isu Karpal nak saman Sultan dulu sebagai isu kaum dan usaha non-muslim dan non-Malay nak cabar Ketuanan Melayu dan Islam. Bullshit!

Karpal peguam, dan jika isu itu memang ada conflict of interest berkaitan undang-undang, ia layak di bawa. Menegakkan Rule of Law adalah Islamik! Dan membelakangkan Rule of Law adalah tindakan tidak Islamik! Bukan sekadar itu, nilai-nilai yang membina Rule of Law itu harus Islamik - lengkap ciri keadilannya dan juga keluwesan ruang bahasnya.

Tanpa Rule of Law, kau tidak ada negara sebenarnya.

Aku mohon sembah derhaka - harap Tuanku bubarkan DUN Perak. UMNO-BN tidak patut takut kerana dengan terbubarnya DUN Perak, UMNO-BN dan PR mempunyai ruang sama banyak untuk menang. Jadi, pembubaran ini tidak menyebelahi PR pun!

Tak perlulah aku sebut undi total UMNO-BN di Malaysia hanya 51% dan PR 49% tetapi kerusi di Parlimen itu jurangnya ketara. Ini semua kerja politik untuk kekalkan kuasa Melayu dan konon Islam di Malaysia.

Pembubaran DUN sebenarnya tidak perlu jika UMNO-BN lebih awal menggunakan saluran undi tidak percaya untuk membuang YAB Nizar. Aku sendiri akan pertahankan UMNO-BN jika itu jalan yang dipilihnya - kerana ia memenuhi semangat hak ahli dewan dan juga undang-undang.

Tapi semuanya dah terlambat, dah jadi sangat messy.

Suka atau tidak aku mula benci dengan UMNO-BN apabila ahli politik dan parti itu dah menjadi undang-undang - asas mula konsep Rule by Law. Dan sebab itu kita tengok petang tadi celakanya kuasa eksekutif masuk campur dalam urusan legislatif - Speaker YB Sivakumar diheret oleh pegawai kerajaan!

Maaf, sebagai orang yang dilatih dalam medan dakwah, aku tidak gemar menghukum. Aku hanya bertegas dengan prinsip dan aku muak dengan hujah-hujah tak beralaskan prinsip yang kukuh dan boleh dipertahankan.

Masalah PR perlu diperkemaskan. Harap yang konon-konon nak jadi neutral dapat bezakan apa itu masalah parti dan apa itu masalah sistem kenegaraan. Isu di Perak bukan masalah UMNO-BN atau masalah PR, ia masalah negara! Pelaku-pelaku politik ini mungkin UMNO-BN dan PR. Tapi parti manakah yang menyumbang masalah kepada sistem, dan parti mana yang menyumbang masalah kepada mekanisme penyampaian adalah 2 masalah yang sangat berbeza!

Earth Hour!

Earth Hour!

Wednesday, May 6, 2009

Tolong Tampar Aku (Perlahan-Lahan Ok?) Dan Katakan Ini Bukan Mimpi

Oh tidak. Aku malas nak ulas tentang isu panas yang akan berlaku di Perak hari ini. Juga bukan isu tangkapan Wong Chin Huat, geng pakai baju hitam dan sebagainya. Cukup aku tulis UMNO-BN harus berundur dari kerusi kuasa sekurang-kurangnya untuk 2 penggal supaya pemulihan dapat dilakukan.

Tapi sebenarnya aku nak beritahu ini. Sweet kan?

I do! :p

Tuesday, May 5, 2009

Selesai...

Forum malam ini berjalan agak lancar dan menarik. Cuma agak distracting sikit bila ada peserta wanita which I heard from Sister in Islam ambil masa terlalu lama untuk debat dengan Dr. Dzul. Ringkasnya pandangan Mustafa Akyol memang tak banyak dipertikaikan meski sedikit kontroversi dan berbeza dengan pandangan Dr. Dzul. Sebenarnya aku sendiri tak ada masalah dengan pandangan Dr. Dzul dan Mustafa meskipun ada perkara yang aku fikir mahu dalami lagi. Di Pulau Pinang tempoh hari pun aku ada tanya soalan yang hampir sama maka aku rasa ia mencerahkan.

Dari cara Mustafa jawab, ia menguatkan pandangan aku bahawa unsur liberalisme dalam Islam lebih kuat berbanding komunisme, sebagaimana didakwa. Jujurnya aku memang tak dapat hubungkan komunisme dan Islam dalam konteks yang besar dan kecil. Semangatnya mungkin, tapi tidak kaedah dan prinsipnya. Terkejut juga ada kelompok yang seakan gembira bila Mustafa sebut pandangan Maududi yang berunsur komunisme. Gembira bukan main mereka seolah Islam merestui komunisme, padahal Mustafa hanya bagi contoh dan aku kekal bersetuju dengan pengkisahan DS Anwar yang pernah aku dengar - bahawa semangat zaman mempengaruhi wacana dalam Islam. Sebab tu dulu muncul usaha menerbitkan pandangan misalnya Sosialisme Islam dan sebagainya. Pendek kata, memang sejak dulu umat Islam gagal menjuarai idea melainkan menumpang populariti pengembangan idea dari dunia lain. Ini mungkin berbunyi kasar tapi harap ia diletak dalam konteks yang betul.

Aku tak bermaksud tidak ada, tapi kita gagal merakyatkan pandangan segar yang ada. Tadi sempat borak dengan Dr. Dzul lepas solat Maghrib bahawa idea-idea Islam yang asal tidak muncul kerana umat Islam lebih sibuk bersifat responsif (baca:bertindak mengikut isu). Responsif tidak salah tapi masalahnya setiap isu punya latar konteks dan falsafahnya tersendiri. Ini bukan masalah gerakan Islam sahaja, malah mana-mana bentuk ideologi sekalipun. Misalnya kapitalisme: gelar ini muncul dari luar dan bukan dari dalam. Dan gelar ini yang berlegar sehingga membutakan sebahagian orang melihat idea kapitalisme sebenarnya bersifat "saving capitalism from capitalist".

Aneh bukan? Hanya jika kita mampu mengingatkan diri bahawa kebanyakan kesilapan di dunia adalah berpunca dari kita, dan bukan orang lain, kita akan lebih terbuka dan saling melengkapi.

Cinta Itu Buta? Atau Ia Penyakit Yang Butakan Mata Kau?

Kau harus baca ini.

Cukup kot Fynn yang jelaskan?

Semalam Kamariah kata aku adalah watak dalam Love in Time in Cholera. Aku pernah tulis pasal ni tak silap aku. Kadang-kadang aku rasa ya. Tapi banyak keadaan aku rasa tidak. Mungkin. Entah. Aku pun tak tahu.