Aku curi-curi taip. Apa aku buat?
Aku dah tonton Angel and Demons, plot yang mirip Da Vinci Code dan aku suka. Aku memang perlu tabik filem-filem Hollywood meskipun ramai yang boleh jangkakan stereotype dalam sesetengah filem. Maksud aku di sini bukan saja naratif, tapi banyak. Sebab tu aku suka orang seni.
Lee mesej aku petang tu dengan penuh semangat mengatakan filem ini wajib tengok! Haha, dia tak tahu bahawa 5 minit selepas itu aku akan membeli tiket filem ini dan aku telah rancangkannya sejak minggu lepas.
Aku dan Naim juga berkejar membeli belah apa yang patut sempena hari akhir sale(?) JUSCO menyambut 25 tahun ulang tahunnya. Ops, kantoi aku pun boleh tahan rajin bershopping. Haha, sebenarnya aku rajin meninjau saja dan membeli bila perlu. Dari tinjauan barang-barang yang pelbagai ni, kita boleh nampak bagaimana uniknya penyatuan sains dan seni. Dan aku rasalah, seni yang memuaskan jiwa dan sains membantunya. Oh, tiba-tiba aku berteori di sana :p
Turun ke Bangsar berjumpa rakan-rakan Pentas Ilmuan Muda dan Khairil. InsyaAllah kami sedang merancang satu projek yang tertangguh dek keributan politik Malaysia sejak pertengahan tahun lepas. Gila lama kan? Khairil pula alumni Akademi Merdeka yang buat internship dengan MTT dan dia sangat berbakat dalam bidang IT ni. Sama ada dia berbakat atau aku loser dalam bab ni aku tak pasti, haha. Khairil akan bantu aku untuk satu projek peribadi aku, tapi bukan sekarang, nanti....
Aku sekarang sedang kemaskini apa yang patut berkaitan MTT. Selepas Jun, aku hanya akan bertugas sebagai associate dengan MTT kerana ada urusan lain yang perlu aku selesaikan dan selepas Jun kontrak aku akan tamat. Ia lebih mudah begitu kerana aku fikir ia lebih adil buat semua. Takkan nak biar kerja terbengkalai waktu aku di luar stesyen?
Ada perkara-perkara yang tak boleh aku ceritakan buat masa ini walaupun ada orang-orang yang telah tahu - tentang masa depan aku yang Allah s.w.t. sahaja Maha Mengetahui dan kita manusia suka menjangkakan dan bertindak dengan jangkaan kita. Aku hanya boleh katakan atau kongsi pada kalian bahawa "sayanglah Allah s.w.t." - Dia tak lalai menilai (hati) kita.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
actually kitorg main petik jer amik citer tu..mmg tuah kitorg lar citer tu best..
ReplyDeletelps bgambar kartun, kitorg g wangsa maju, mkn char keuh teow, chicken wing n minum teh tarik smbil tgk kmenangan MU..tu 1 st tiem aku nmpk shisha..nasib baik hafiz mmg bukan kaki asap..fuh, kalu takder dier mau aku lari..skali pandang aku nengok cam dadah plak..
anyway aku akan update ke blog, tentang hari keesoakannya (iaitu ahad, smlm) d mana kami mlihat wajah baru sunway lagoon (agak parak RM hehe)..
life to short, byk tmpt lagi kami lum g
cis, ni buat entry kat blog aku ke? hahaha
ReplyDeletecerita lain boleh, cerita MU menang tu aku x berkenan, haha
eh..oppss..sori..lupa plak tadi ter-excited..sori
ReplyDeleteeh..oppss..sori..lupa plak tadi ter-excited..sori
ReplyDeletekhairil zhafri ke?
ReplyDeleteapa projek Pentas Ilmuan Muda?
nk tau juga ni..hehehe