Wednesday, May 27, 2009

Phew...

Petang tadi orang Astro tinggalkan mesej di henset bagitau program tangguh ke minggu hadapan. Dia telefon kemudian. Dia tinggal mesej bukan sebab tak beradab, tapi sebab bar telefon bimbit aku hilang lak.

Sementara tunggu dia buat panggilan tu aku dapat berhubung dengan Suhaimi Sulaiman di FB, rupanya untuk malam ni dah pre-recorded kerana hos ada urusan segera - tak silap aku dia sebut pasal kes beranak ke apa ntah tadi, hehe. Teknologi memudahkan perhubungan kan?

Jenuh juga sebenarnya membaca tentang kebebasan yang mahu dikupas dalam tempoh 30 minit seorang diri sebab subjek ini sangat luas. Menelaah John Stuart Mill, Isaiah Berlin berserta pandangan Thomas Hobbes, David Hume, John Jacques Rosseau dan lain-lain dalam tempoh singkat, sambil menyemak semula kedudukan pandangan-pandangan ini dari perspektif Islam dan nilai timur ternyata memenatkan tapi amat menyeronokkan.

Dalam komunikasi massa, yang penting untuk aku ialah perspektif. Penentuan perspektif yang nak diambil itu akan memainkan banyak peranan dalam seluruh proses.

Oh, sebelum terlupa: sosialis/komunis mungkin musuh ideologi libertarian tapi seorang libertarian yang cenderung centrist macam aku mahu kaya dengan perspektif. Untuk itu, mari kita menyemak pengetahuan am kita tentang Malaysia. Agak-agak, kelompok mana yang mula menggunakan slogan Merdeka dalam perjuangan mereka semasa melawan penjajah dulu?

Selamat mencerahkan minda, pencerahan bermula dengan mengatasi ketidakmatangan yang ditempa sendiri. Bangsa yang penakut hanya akan jadi pengikut...



No comments:

Post a Comment