Aku tak ingat bila adik aku, Naim tunjuk aku filem Yamakasi, masa tu dia masih di sekolah menengah dan sekarang dia dah nak masuk semester akhir di Lim Kok Wing. Ia sangat cool.
Aku teringat 'buas'nya aku masa kecil - hanya abang, mak dan ayah yang lebih tahu (err, mungkin sebahagian jiran-jiran, haha) - panjat pokok, naik bumbung rumah, terjun dari bumbung rumah, aksi berani mati konon tiru gaya penggusti WWF di TV dan juga video game motorcross (tapi guna basikal la).
Aku pernah cerita masa darjah 5 main lompat-lompat dari hujung tangga ke hujung tangga (tangga batu sekolah - macam mana nak cakap ek? dari koridor ke tengah tangga sebelum tangga tu lencong untuk turun ke koridor lagi satu).
Teringat ustaz Adam ke Pak Jon lempang kawan aku (nama dan kelas dirahsiakan) yang lompat dari koridor masa ujian kebakaran di sekolah. Haha, konon tanggal cermin kelas dan keluar dari belakang, lompat turun dan terus ke padang tempat berkumpul - bajet cepat la tu.
Setakat naik le-run willy tu biasa dah. Dan hari ni aksi berani mati dibuat oleh Mat Rempit tapi aku tak tirulah.
Pendek kata aku rasa orang Malaysia ada bakat jadi David Belle dan Cyrill Raffaelli lah!
Nah contoh yang komersil sikit, dalam ni ada lompat tangga tu (dulu aku buat berlawan dengan Nasrul Hadi tu sebab ego konon jantan habis la, serius panas tapak kaki beb - sebab aku buat cara tak betul kot).
Selamat mengenali mereka di Youtube - semoga satu hari nanti aku akan tengok riadah ekstrim Parkour di Malaysia dan membaca berita-berita di surat khabar bagaimana kerajaan, polis dan lain-lain pening kepala menangani gejala ini, haha
Siapa nak jadi Parkyle di Malaysia sila angkat tangan!
* Untuk makluman, aku dah cerita masa darjah 6 aku gagal terpilih untuk pasukan jimnastik dan Zulkhairi dapat. Tak tau pula sama ada dia pergi ke tak masa tu. Khabarnya Zul tengah buat master di Korea sekarang dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi dan aku dah add dia di friendster, di Facebook belum kot, hehe
Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment