Friday, May 1, 2009

Menikmati Pasaran Bebas di Penang...

Gua sedang menikmati pasaran bebas di sini. Contoh mudah - talian internet percuma di Mr.Top sebelah Bayview yang kena bayar RM40 untuk 24 jam!

Pagi tadi gua pergi Kota Cornwallis. Oklah, selesai satu rancangan gua yang lain secara tak langsung.

Lepas makan tengah hari dengan Dr. Doug dan Dr. Tom, kami balik naik beca. Gila layan beb. Nak cari nasi kandar macam jauh la pulak.

* Jap, gua terberhenti kerana ada seorang awek lawa lalu depan gua, haha. Jangan marah cik stateskop, saya bergurau di sini :)

Telefon gua hari ni memang entah berapa kali habis bateri kerana melayan panggilan peserta yang bertalu-talu. Makan di Restoran Berputar di atas Bayview Hotel ni layan juga sambil menikmati panorama Pulau Pinang. Tapi pening juga kadang-kadang dibuatnya.

Petang sikit kami jumpa "Umar Penang" a.k.a. YAB Lim Guan Eng untuk satu jam. Seronok juga berbual dengan dia. Ada kualiti walaupun tak semua benda kena telan bulat-bulat. Bila gua sebut kualiti di sini ialah bincang soal dasar, bukan soal peribadi atau parti dalam bentuk yang tak merdeka.

Program bermula sedikit lewat kerana ada peserta yang sampai lewat. 15 minit. Macam biasa malam pertama hanya light. Gua gagahkan diri bertutur English. Memang lidah gua Melayu tapi gua confident je cakap. Pergi mampuslah grammar lintang pukang. Masa gua kat US pun gua layan je. Tapi seriously, gua kena tingkatkan ini sebelum beralih profesyen nanti.

Ops, nantilah cakap pasal peralihan profesyen. Biar semuanya jelas. Rezeki Tuhan ni unik.

Tahun ni selain buku Atlas Shrugged (yang gua terkagum kerana adik gua sedang menghabiskannya berkat cadangan gua), peserta dapat 3 buku lain dengan pilihan berasaskan pasaran. Sengaja kami minta banyak tajuk buku dan biar peserta pilih.

* Pergh, gua rasa area Georgetown ni memang port awek2 lawa do, buat dosa je :p tapi gua yakin ni bukan budak-budak USM. Dan gua yakin awek-awek educated dan matang akan selamba 'tibai' awek-awek ni dalam banyak aspek.

Ok sambung, lepas slot malam tadi kami duduk berborak seperti biasa. Akademi Merdeka memang biasa berlanjut sampai awal pagi kerana inilah peluang kami berbincang terbuka di luar batasan politik tipikal - politik parti. Maksud aku bincang terus dasar yang beri kesan kepada kualiti rakyat.

Seronok. Kami bincang panjang juga pelbagai perspektif tentang pendidikan. Lepas tu gua datang sini. Sekian kisah gua untuk kali ini, hehe.

1 comment:

  1. sebelum beralih profesyen nanti..?

    tukar profesyen apa amin?

    takpe grammar lintang pukang , janji org faham apa yang kita cuba sampaikan..hehehe..sama la kita kn.

    ReplyDelete