Saturday, May 23, 2009

Would you make a difference in the world?

(1)

Ya, aku tanya kamu. Kamu yang sedang membaca ini. Akankah? Demi sebuah hidup yang lebih bermaruah. Demi sebuah hidup yang lebih bermakna. Demi sebuah hidup yang kita tidak pasti apa di depan selain mati, itu pun entah bila.

(2)

10 tahun aku tidak berbual dengan dia, tapi tadi kami berbual sakan seperti tidak ada apa yang pernah berlaku antara kami. Sedang aku dan kawan-kawan lain berdamai dalam pengertian setuju untuk tidak setuju, alih-alih dia terus membisu. Tapi berborak tadi, walaupun hanya melalui Facebook sudah cukup untuk menyampaikan pada aku bahawa: "wei, no hal la, itu semua zaman muda 'rumaja', haha". Biasalah, bila kami lelaki sama lelaki bergurau, meski hanya di internet, kata-kata nista itu laju je misalnya "deje tul lama tak dengaq cerita hang" atau "cilakak, chenta aku telah jadi liaq". Haha, itu sebenarnya hanya sebahagian perbualan nista peringkat rendah. Tak manis tulis yang kasar-kasar :p bajet budi bahasa sopan santun la, hihi.

(3)

Nanti kau tonton Kau Satu-Satunya - filem Indonesia, ada di YouTube. Tapi Laskar Pelangi juga wajib tau! Juga ada di Youtube. Wei, tak sabar lak nak tunggu Lagenda Budak Setan difilemkan. Heroin dia Lisa Surihani tu! Ceh, aku tak minat pun dia, saja tulis macam gempak sebab aku dok terbaca macam ramai pulak peminat dia. Tapi oklah, dia heroin dalam Goodbye Boys, untuk aku ok dengan maksud taklah menonjol sangat macam heroin-heroin lain. Aku rasa hero dan heroin yang tak menampilkan ciri glamour dalam lakonan agak best atau aku buta seni? Kah kah kah.

(4)

Rumah di kampung dimasuki ular tedung senduk hari tu. Mujur mak sempat menanganinya. Teringat zaman kanak-kanak dulu ular sawa selalu layan makan ayam dan merpati yang ayah bela. Huh, kalau dapat tangkap masa tu jual dapat 3 angka jugalah duit. Besar do..

(5)

Menyanyilah dan terus tertawa...walau dunia tak seindah syurga. Bersyukurlah pada Yang Kuasa, nikmat cinta di dunia...



3 comments:

  1. moga-moga diberi kekuatan. kita semua

    oh, hari tu krew aku budak setan datang ke kampus saya, untuk shoot

    apa lagi,

    kucar-kacir la kawan, nak bergambar
    haha

    sayangnya saya tiada ketika itu

    ReplyDelete
  2. ehem, ular tu tak dtg dlm mimpi, dier dtg yg real punyer yer amin..darah manis, darah manis..(aku gelak dgn sgt jahat)

    ReplyDelete
  3. Owh, budak Setan tu. Ku kenali Lagenda Budak Setan melalui buku-buku Budak Hutan.. :)

    ReplyDelete