Monday, September 21, 2009

Pra-Raya

Tiba di rumah aku turunkan semua barang dan agihkan pakaian raya dan barang-barang yang aku beli di ibu kota kepada emak, ayah dan adik-adik. Sesekali ada rezeki, apa salahnya memberi...emak dan ayah pun dah banyak berkorban untuk aku selama ini.

Malam itu rakan-rakan Dermarian ajak main futsal. Ramai juga yang turun, sekitar 15 orang, cukup 3 pasukan. Kami selalu main di Batu 2, lepas sikit dari simpang ke Batu Pahat, Perlis. Habis main sudah jam 2 pagi, kami singgah minum di Mat Rawa sampai pukul 3 dan pulang ke rumah.

Esoknya, sekitar jam 11 pagi, aku bawa emak dan Puteri ke kedai baju dan the Store untuk beli sedikit keperluan.

Duduk di rumah aku baca sedikit buku Misa Melayu yang dihadiahkan oleh Dato' Seri Anwar pada aku. Satu lagi berkaitan Politik Istana Johor, kedua-duanya aku perlu habiskan segera sebelum mesyuarat selanjutnya, barangkali. Err, mesyuaratnya lebih kepada usrah jika tanya aku :)

Sambil melihat jadual aku, aku merenung impian dan wawasan aku...ternyata disiplin perlu ditingkatkan berganda untuk membolehkan aku menyesuaikan diri dengan tugasan yang rencam dan serius.



2 comments:

  1. bila la agaknya dapat hadiah dari DSA ni??? selisih muka pun belum pernah....huhuhu

    ReplyDelete