Monday, September 21, 2009

Raya 1 dan Pra-Raya

Raya pertama seperti biasa aku solat di Mata Ayer dan kemudian ziarah kubur akak, tok, tokwan, pakcik dan saudara dekat yang lain. Kemudian ke rumah arwah tok yang kini di jaga oleh Mak Andak.

Selepas itu seperti selalunya kami akan pergi mengadap Raja dan permaisuri di Istana Arau. Kadangkala aku fikir ini tidak perlu, tapi...

Balik singgah rumah Wa Usop di Kubang Gajah dan tahun ni kami balik dulu ke rumah kerana aktiviti jalan-jalan ke rumah saudara mara lain hanya bermula selepas Zohor.

Usai Zohor, kami bergerak ke rumah Ngah Chah di Tunjong, kemudian ke rumah Mak Lang Aa di Chuping. Kemudian ke rumah Chu Lin, Pak Ngah Mie, Toksu Aziz dan Tok Cik Busra, semuanya sekitar Mata Ayer :)

Oh, sebenarnya aku balik ke Perlis pada malam Khamis. Asalnya nak balik pagi Jumaat, tapi kerana adik aku si Puteri tu tinggal berseorangan di kampus, almaklum cuti raya, aku bergegas keluar dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi, sebaik selesai mesyuarat penting pada malam itu.

Hasil keputusan mesyuarat menunjukkan bahawa kerja-kerja perlu diselesaikan lekas, paling tidak hingga akhir Oktober.

Sampai di Seri Iskandar pada jam 3.30 pagi. Selesai memuatkan barang adik ke dalam kereta, kami mencari restoran yang sesuai untuk bersahur. Habis sahur sekitar 4.45 pagi, aku ke Sungai Perak dan tiba tepat jam 5.40 pagi, beberapa minit sebelum Subuh.

Aku buat keputusan Subuh di sana sebelum tidur sebentar kerana seharian tidak tidur. pukul 8 kami bergerak pulang ke Perlis. Sampai Bagan tidur lagi 45 minit, dan di Juru lagi 45 minit. Serius mengantuk! Aku belajar dari pengalaman lepas agar tidak memaksa keletihan. Jalan macet dari Tapah hingga ke Pulau Pinang, kemudian sempat melihat insiden kemalangan di Gurun yang mengorbankan empat nyawa pada pagi itu, innalillah.

Kami tiba di Perlis sekitar jam 11.30 pagi...sambung nantilah ya! :)



1 comment:

  1. I'm into Forex trading. I wonder if there is a way to predict or find patterns in the way exchange rates move. Anyone have any techniques or suggestions?
    [url=http://forexrobot-review.info]best forex software[/url]

    ReplyDelete