Saturday, September 26, 2009

Raya 1430H

Tahun ni satu keluarga pakai warna hitam.

Tahun ni 3 kali kawan-kawan ajak main futsal, tapi aku main 2 kali saja. Selebihnya luangkan masa di rumah.

Selain daripada itu lepak dengan Yeop, Pak Jub, Umair, Sham, Hairil, Bang Pen dan lain-lain main PS3 di CC Sham. Yeop, Pak Jub, Bang Pen dan aku sekali pergi lepak di Kuala Perlis.

Boleh pula sebelum tu layan sembang cerita sekolah di Char Koey Teow Kangar tu, sebelum Hairil balik. Macam-macam la dari hal main ragbi, bola sepak dan olahraga.

Ruhil tak ikut serta kerana telah selamat bertolak ke Temerloh sebelum sms Yeop dengan ungkapan "aku dah ada bini woi!", haha...

Malam sebelumnya Bang Pen dan Hairil tak ada, tapi aku lepak dengan Yeop dan Umair di Char Koey Teow yang sama. Eh, setakat ni aku rasa hanya 2 tempat saja Char Koey Teow yang betul-betul rasa sepertinya, 1 di Kangar tu dan 1 lagi di Serdang...yang lain belum sampai tahap lagilah.

Petang, 2 kali saja aku main badminton dengan Akhbar dan 2 kali juga aku keluar kerana menguruskan baju Puteri.

Mak dan mak-mak saudara aku tak habis-habis sembang pasal kahwin...dan sasarannya ialah aku! :p

Aku dah sampai KL tengah malam tadi, selepas hantar Puteri ke Uni-nya, dan singgah beraya di rumah auntie aku di Kota Damansara.

Sampai rumah tak buat apa, hanya kemas peti ais, dan lepas tu kena kutuk dengan kawan-kawan sebab Chelsea kalah dengan Wigan 1-3. Terpaksalah aku kutuk MU juga meskipun MU menang, haha...




2 comments:

  1. yang kat serdang kat mana?

    aediasri

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... pada hari ini telah lahir sebuah laman blog dengan Idea konsep baru dengan menggunakan kartun dalam menterjemah isu-isu semasa.

    Kata orang sebuah lukisan lebih baik dari seribu perkataan,walau bagimanapun kartun-kartun yang saya dihasilkan tidaklah terlalu berat untuk difahami dan lebih kepada hidangan ringan melepaskan tension dari pada terlalu serius memikirkan keadaan politik sekarang.


    Saya cuba untuk tidak terlalu pre-judis terhadap mana-mana pihak dengan mengambil isu-isu dari sumber arus perdana digarap secara sinis dan tidak melampau supaya dapat diterima oleh semua pihak.

    Saya harapkan sedikit senyuman keceriaan dari semua yang menatap karya saya yang tidak seberapa ini.

    Segala komen dan Idea untuk pembangunan blog ini amatlah dialu-alukan juga sumbangan kartunis lain yang berminat untuk menyumbang.
    dan terus memeriahkan dunia bloggers dengan kepelbagaian idea dan sumber

    salam sayang dari

    Mohon kalau dapat masukkan blog ini dalam senarai blog pilihan tuan Menjunjung tinggi
    penghargaan tuan dengan ucapan Terima Kasih
    jamanedan_small.gif
    http://utusanjamanedan.blogspot.com/

    ReplyDelete