Saturday, October 25, 2008

Seorang Lagi

KUALA LUMPUR 25 Okt. Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, undang-undang dan perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari bukan secara rasmi oleh individu dan kaum-kaum.


Ulasan:

Aku tak minat nak memperleceh dan memperlekeh mana-mana ahli akademik kerana aku penghormatan terhadap ilmu. Tapi, selalunya mereka sendiri yang tak hormat dan benarlah firman Allah s.w.t. berkaitan ilmu dan darjat manusia di sisinya.

Agaknya guna Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tak bercanggah dengan Perlembagaan kot? Kalau dah namanya pembodek beginilah...

Ingat selalu pesan aku: yang membezakan orang pandai dan fatonah ialah keberanian menyatakan kebenaran. Profesor ini tidak salah sepenuhnya, tapi aku fikir dia telah terkeluar konteks dan jelas sangat bodeknya.

No comments:

Post a Comment