Pembersihan (?) UMNO
Perletakan jawatan DS Kalimullah di NSTP adalah indikator paling jelas bahawa ada gerakan 'pembaharuan' politik dalam UMNO-BN sedang berjalan. Ia sama ada bersifat pembersihan atau
penambah kotoran.
Dalam politik, media antara tiang yang amat penting. Ingat sebelum DS Anwar 'diterajang' keluar dari UMNO? Ia dimulakan dengan penyingkiran elemen peneutralan massa iaitu Ketua Pengarang dan Editor media dipecat atau di'hilang'kan jawatan.
TS Muhyiddin gesa sokong DS Najib 100%?
Ini kerja gila. UMNO sepatutnya bergerak ke arah yang lebih demokratik! Kegagalan parti-parti politik termasuk dari Pakatan Rakyat menjamin wujudnya demokrasi dalam parti hanyalah menunjukkan mereka harus diragui untuk menjamin proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan baik.
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment