Tuesday, October 28, 2008

Isu PKNS dan isu Melayu-Islam di Malaysia

Memang tepat telahan aku bahawa isu utama yang perlu diselesaikan di Malaysia ialah mengendurkan sentimen perkauman. Isu ini hanya akan berjaya jika orang Melayu sendiri membuat keputusan yang adil dan orang bukan Melayu tidak lebih sudu dari kuah.

Kenapa aspek ini tidak jelas nampak ada perubahan?

1. Kempen berterusan UMNO tentang nasib Melayu pasca 8 Mac.
UMNO memang hanya boleh hidup dengan agenda Melayu tetapi malangnya selama ini negara ini bukan diperintah dan dikuasai oleh orang lain pun! UMNO tu juga la! UMNO yang sama tidak pernah berubah. Mereka ingat bantuan yang tidak disalurkan ke negeri-negeri dan ahli Parlimen yang dipilih rakyat tu tak memberi kesan kepada Melayu? Masalah UMNO yang paling celaka ialah mereka hanya melihat Melayu ini mesti bersama UMNO. Mereka juga mahu secara undang-undang dan Perlembagaan meletakkan Melayu itu lebih. Mereka tidak percaya kepada persaingan sihat. Persaingan sihat hanya boleh berlaku dengan kedaulatan undang-undang yang jelas - without fear and favour - dan ini tidak berlaku!

2. Kempen Sehala
Orang Melayu melihat dalam proses politik yang sengit, bangsa Melayu lebih banyak memberi berbanding bukan Melayu. Hal ini sebenarnya terjadi atas dua faktor pada aku:
i. Kerana UMNO mengambil terlalu banyak, katakan dulu 60:40, UMNO ambil sampai jadi 80:20, maka bila nak balikkan semula kepada 60:40, nampak orang Melayu la berkorban. Masa orang Melayu sapu kita pejam mata atas nama Melayu "tak apalah orang kita...".

Jalan keluar terbaik ialah kita semua - rentas agama, kaum dan parti mesti bersetuju untuk berkempen tema 'justice-centric'. Dengan persetujuan ini, kita boleh temukan semua untuk memperhalusi dasar dan gerak kerja. Dalam kata mudah - berilah hak kepada yang berhak dan ambillah hak daripada yang tidak berhak. Macam DS Anwar kata muda saja "saya boleh maafkan mereka, tapi duit rakyat mesti bagi balik". Sanggupkah mereka?

ii. Orang bukan Melayu tidak berkempen sama kuat dengan Melayu dalam hal justice-centric. Dan ia tidak semudah mengalih tudung saji untuk mengambil makanan. Ia memerlukan kesabaran dan proses yang beransur. Perkataan beransur ni mungkin bunyi macam kenyataan DS Najib tapi kita tak boleh percaya kucing kata dia tak makan ikan! Tambahan pula dah banyak ikan kita hilang dan ada sisa isi ikan di gigi kucing tersebut!

Jika tanya aku, aku mahu nyatakan bahawa sasaran tertinggi aku buat masa ni ialah mewujudkan kesamaan di mata hukum. Aku tak pakai hujah Islam lebih tinggi dari yang lain di tempat awam. Islam adalah set nilai dalam amalan di mana jika kita amal kita jadi orang berilmu dan ditinggikan darjat kita. Ia bukan tinggi dalam konteks undang-undang. Zaman nabi s.a.w. semua orang sama di mata hukum dan nabi s.a.w. tegaskan jika Saidatina Fatimah r.a. mencuri pun kena potong tangan. Isunya ialah bagaimana kita mahu mengolah persetujuan jika kita percaya Al-Quran dan Sunnah wajib dijadikan Perlembagaan. Ia memerlukan kajian sejarah, Al-Quran dan hadis serta banyak lagi aspek. Mengolah persetujuan awam bukan seperti mengepung peserta tamrin penjelasan fikrah.

Pada aku dialog dan seumpamanya mesti dirancakkan dan ia bukan menjadi medan untuk kita menentukan seseorang itu kafir atau tidak apatah lagi dengan penentuan ini menentukan syarat dia layak pegang jawatan atau pun tidak. Mungkin kelayakan ini hanya terpakai untuk kes tertentu.

Dari latar belakang tersebut, perlantikan Pemangku Pengerusi PKNS tidak harus jadi isu yang terlalu besar berbanding rasuah dan penggunaan duit rakyat berbillion ringgit serta salah guna kuasa di mahkamah. Mereka ini semua Melayu berprofil tinggi dan disanjung dibela oleh Melayu lain dan juga bukan Melayu yang mendapat laba dari sokongan ini!

Inilah celakanya bila agama disinonimkan dengan bangsa!

No comments:

Post a Comment