Aku tak ingat bila aku beli buku atau lebih tepat rasanya novel berjudul Arca Berdiri Senja karya Baharuddin C.D.. Seingat aku, ini antara novel terbaik sebelum Cinta Hari-Hari Rusuhan yang ditulis Faisal Tehrani sekitar zaman Reformasi 1998. Lain-lain tidak lebih dari membukukan pengalaman misalnya Bersama Anwar ke Penjara karya Kamaruzzaman Yaakob, mantan Presiden PMUM di zaman kebangkitan pelajar 70-an.
Novel ada bahasanya tersendiri dan elemen kreatif yang luas padanya selalu membuat aku cemburu kepada 'tangan-tangan berhantu' yang sering 'memaksa' aku menghargainya terlepas dari soal setuju atau tidak pada buah pandangan yang cuba dituntas.
Arca Berdiri Senja ini aku dapatkan di sebuah kedai hujung terletak di Pudu Raya (maaf aku lupa namanya, yang ada gambar TG Nik Aziz tu). Ia seputar lewat rencah hidup aktivis pelajar dekad-dekad yang lalu bertarung dengan zaman muda mereka: antara cinta, cita-cita dan idealisme.
Jujurnya aku sudah tidak tahu di mana letaknya novel ini. Semasa di kolej, buku aku yang ratusan buah - tebal dan tipis - tidak tahu hendak dimuatkan di mana. Sudahnya bawah katil dan atas tilamku penuh buku. Dan aku kadangkala tidur berteman buku-buku ini selain bergelimpangan di atas tikar sahaja. Mungkin kerana separuh dari wang PTPTN telah ku habiskan untuk buku dan mengikat perut, sering keluar peringatan tegas dari mulutku pada mereka yang 'meminjam' - "aku boleh hilang kawan kerana buku".
Ah, ini mengingatkan aku kepada Pak Khalid dalam catatannya pada sebuah buku yang disedekahkannya kepada Rumah Penulis Abdullah Munsyi bahawa barangsiapa mencuri buku tersebut akan didakwa di akhirat!
Ya, pada perjuangan ada cinta dan tidak ramai mahu memahaminya.
Seorang teman selalu mengingatkan aku bahawa ada pertarungan sengit antara cinta dan cita-cita. Seorang teman lain, di celah kesibukan nama DS Anwar di mana-mana sempat bergurau "Anwar pun kahwin umur 33, tak lewat sangat aku ni..". Bagi yang ralat dengan gurauan tentu tidak senang dengan kenyataan ini kerana kita maklum Nabi s.a.w. berkahwin pada usia 25 tahun.
Pada perjuangan ada cinta dan pada cinta ada perjuangan.
Ia tak semudah berkata dari merasa.
Penjara adalah ujian bagi mereka yang setia.
Ya, setia pada cinta dan perjuangan - kedua-duanya. Tanpa sedar air mata diseka...
Tabahlah kalian yang diuji kerananya.
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam akhi;
ReplyDeleteAna tersenyum membaca entri ini.. Pada perjuangan ada cinta dan cita-cita! Orang bujang selalunya idealis dan nampaknya akhi dah semakin menemui jalan keluar dari status 'idealis kebujangan'! :-) Ana doakan segera dan segalanya khair.
Muhtar
Imperial Hotel, KL.
salam sdr amin,
ReplyDeletesemoga cepat2 ijab dan kabul.tidak perlu terlalu kritis saat2 skrg ini,hihi...
Salam sdr Muhtar,
ReplyDeleteDi Imperial menyambung semula tugasan lepas yang terkandas ya?
Akhi,
InsyaAllah, sejak dulu saya sedaya upaya mengambil jalan sederhana meskipun saya tegas bila mengambil sikap terhadap isu waima di depan Menteri sekalipun. Cuma ketegasan saya taklah semberono kerana saya yakin bahawa dalam argumentasi hemah pun kita masih mampu.
Terima kasih atas doa. Ia tidak mudah dan mungkin mengambil sedikit masa :) rasanya 2-3 tahun tu sedikit ke? hehehe
Me, Myself,
Ya, terima kasih. Mungkin kritis berlebihan menyebabkan ia tertangguh..hehehe. Menyulam kasih dalam berkat bukan semudah disangka.