Dia sahabat lama. Kami pernah serumah.
Tempoh hari di blognya dia memperihalkan seorang wanita berkata dia bermulut manis, justeru wanita sukakan dia. Kata wanita itu, mulut manis memang sifat lelaki. Justeru, dengan bermulut manis dia menjadi lelaki.
Oh, aku tidak pernah tahu. Yang aku tahu lelaki itu pada catatan awalnya harus berani, kerana dengan keberanian – juga jujur dan bijaksana – lah mereka boleh menjadi pelindung yang baik. Itu percaya aku.
Seorang junior aku di fakulti dulu pernah membentak marah. Katanya dia mahu selamatkan rakannya dari menjadi mangsa mulut manis seorang lelaki yang kami kenal. “Aku tak mahu apa yang jadi pada aku dulu berulang” tambah dia.
Aku tak menyuruh, juga tak membantah. Ah, celakanya situasi ini. Aku tidak mampu menjatuh hukum kerana percaya aku bahawa manusia itu boleh berubah terlalu kuat bersarang dalam diri. “Memang, tapi perubahan bukan mudah” dia hujah balas.
Dia cerita lanjut:
“Aku dah belajar dari si fulan tentang ayat Romeo bermulut manis. Kau tahu, semua yang aku belajar ini memang betul-betul berlaku! Sebab itu aku tidak percaya lelaki itu. Nasib ia tidak ada pada kau”.
“Dan sebab itu aku tidak punya kekasih?” tanya aku. Loser.
“Barangkali”.
Dulu memang kami pernah ingatkan dia. Tapi dia degil. Dia yakin bahawa dia tidak akan tewas dengan mulut manis lelaki. Tapi akhirnya dia mengaku. Oh, tewas di sini bukan diragut kehormatannya. Ia sekadar tewas dalam pengertian “hanyut dalam cinta yang memang tidak diniatkan berpanjangan”. Kata kawan-kawan hanya sekadar “geli-geli”.
Aku memang tak akan faham makna cinta tanpa kejujuran kecuali pedih.
Kata orang, bila kau dewasa, cinta tak perlu kau ungkapkan. “Masing-masing akan faham sendiri”.
Kata aku “ungkapan tetap penting sebagai tanda komitmen. Jangan nanti bila dia pergi, kau bertanya dan dia jawab kita tak pernah mengungkapkan apa-apa”. Ah, mungkin masih budak-budak?
Rasa selamat dalam hubungan tetap penting.
Tapi takkanlah perempuan mahu rasa selamat ini dari mulut manis?
Jika ya, aku hanya mahu ucapkan Selamat Berjaya!
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment