Saturday, March 21, 2009

Sikap Politik Gua Akhir-Akhir Ini

Banyak perkembangan, banyak kena fikirkan dan banyak kena buat pilihan keputusan. Sebab itu aku suka politik. Dalam Islam pun Fiqh Siyasah inilah yang paling cepat berubah. Dan aku rasa aku hidup dengannya.

Maka, untuk perkembangan politik sekarang aku ada buat beberapa resolusi peribadi.

1. Keputusan terhadap YB Eli akan dibuat pada Rabu ini dan aku harap dia tak akan mengalah dan kerajaan Selangor tak akan buang dia. Tentu saja aku boleh setuju jika ada yang nak persoalkan bagaimana gambar ini boleh diambil dan bagaimana ia tersebar. Jujurnya bab moral terutama hal dalam bilik ni pada aku bukan untuk dihebohkan. Yang heboh dapat dosa, bukan setakat kepada YB Eli, tapi juga kepada kaum keluarga dan generasi yang mungkin dia lahirkan. Bab tu aku serah pada Tuhan dan setahu aku prestasi dan kualiti kerja YB Eli untuk masyarakat awam yang diwakilinya baik dan memang perlu ada dia untuk tegaskan isu Alam Sekitar khususnya di dalam mesyuarat kerajaan negeri.

2. Hal YB Ali Rustam. Aku tak tahu Lembaga Disiplin UMNO beroperasi bagaimana. It smells fishy. Biasalah, mana-mana 'pemimpin baru nak naik' akan tunjuk mereka tegas, berbeza dan konon-konon outstanding. Kiranya UMNO-BN nak bagitau mereka mendengar suara rakyat yang nak ketelusan dan integriti. Oklah, aku tak ada hal. Benda baik kalau betul kau berlakon pun tak ada hal. Aku masih ingat Prof. Diraja Ungku Aziz tanya dulu "kenapa panggil politik wang, panggillah rasuah!". Aku ada isu nak dibincangkan tentang rasuah dan salah guna kuasa ni dalam satu masukan (entry) khas nanti.

3. Hal Perak. Bubar DUN dan buat Pilihan Raya Negeri semula, senang. Sampai sekarang DS Najib tak jawab bila Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh sendiri kata 'rampasan kuasa' di Perak tidak mengikut undang-undang. Kalau nak tanya Raja, biarlah jujur kita cakap, rakyat sebenarnya muak dengan perlakuan sebilangan manusia yang menggunakan kedudukan Raja untuk bertindak di luar landasan agama yang tentu saja sebagai muslim melihat ia lebih penting berbanding membela batang tubuh Raja. Institusi dan individu ada bezanya meskipun ada ruang saling tindih.

4. YB Fairus dan PKR. Untuk aku, memang sejak mula UMNO tahu PKR adalah musuh sebenar mereka, dan bukan PAS. Aku akan tulis benda ni lebih jelas. Dan aku puji sikap PKR meskipun aku tahu dalam political language ada banyak benda perlu disantuni. Sedikit sebanyak ketegasan kepimpinan terhadap isu kelemahan YB-YB yang ada diambil tegas. Aku harap sikit hari lagi YB-YB yang punya cita-cita nak lompat ke UMNO akan segera lompat. PKR sebagai wadah politik yang lahir dari Gerakan Reformasi harus berani membersihkan parti dari unsur korupsi dan salah guna kuasa yang nyata. Tak apa untuk beberapa waktu akan diserang dan diperlekeh. Sikap tegas terhadap prinsip akan terbela dengan sendirinya nanti.

5. Gobind Singh dan Parlimen. Malu aku wei. Institusi Parlimen harus berani membuka ruang untuk pertanyaan dan juga soal jawab terbuka. Persoalan yang Gobind bawa tidak harus dibalas dengan penggantungan setahun jika hanya hal teknikal. Kita harus sedar bahawa saat ini media luar sedang mengaitkan TPM dengan kes Altantuya dan memang ramai rakyat tidak puas hati dengan motif yang tidak jelas dan juga siri perkembangan aneh dalam pengurusan negara - dari hal transaksi perjalanan Altantuya yang hilang, dari hal PI Bala yang juga hilang, teks SMS DS Najib dan Razak Baginda, pengakuan komisen 500 juta di Parlimen....semuanya menunjukkan kes ini absah untuk dibincangkan! Media Perancis sendiri mendedahkan kaitan negara mereka dengan penjualan berkomisen ini.

6. Aliran dalam PAS. PAS harus mengambil peluang ini untuk tunjukkan mereka tidak begitu konservatif sebagaimana yang dijangka. Penyelesaian isu dalaman PAS itu sendiri akan memberi mesej yang jelas kepada orang ramai bahawa PAS memang bersedia untuk memimpin Reformasi sebagai gerakan massa.

Beb, ini bukan soal politik BN-PR semata-mata. Ini persoalan negara yang aku cinta ini - Malaysia. Rayakan kepelbagaian dan bersatu atas prinsip umum!

Selamat bersidang kepada perwakilan UMNO...belajarlah mengaku bahawa ada yang tak kena tentang kamu!

2 comments:

  1. salam

    yang no 4 tu yang paling tabik

    macam ini lah

    pemimpin yang dirasakan tak layak harus berani berundur (atau diundurkan)

    ni dak

    yang tak layak tu lah dah bertahun tak turun-turun

    PKR memang berani dan harus berani

    tapi biasalah

    orang sebelah sana dok pusing ke lain pulak!

    ReplyDelete
  2. cara aku fikir mungkin terbalik sikit. benda yang buruk aku akan neutralkan, benda yang baik pun aku akan neutralkan.

    tapi bukan neutralkan dgn cara jadikan yg buruk itu baik atau baik itu buruk, tapi bagi perspektif berbeza sikit.

    almaklum aku byk terlibat dalam hal training, maka aku percaya black box theory dan aku tak berapa gemar bila masa atau sesuatu berlaku tanpa aku belajar sesuatu dari yg baik dan buruk.

    ReplyDelete