Berita memuatkan kenyataan YB TG Nik Aziz yang berbeza pendapat dengan YB TG Haji Hadi.
Dalam politik matang, perbezaan pendapat dua orang ulama' dalam parti PAS ini pada aku sesuatu yang biasa dan harus diraikan.
Media sedang digunakan oleh kelompok tertentu untuk memecahkan PAS, itu saja. Tapi berhenti di takat itu tidak menyelesaikan tanda tanya kepada ramai pihak yang mungkin lebih gemarkan salah seorang dari mereka.
Tapi kita yang sayang negara harus melihat lebih daripada persoalan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Apa yang perlu kita lihat ialah NILAI perbezaan pendapat dan juga APA yang dibezakan. Inilah demokrasi.
Jujurnya bagaimana PAS beroperasi sepenuhnya tidaklah aku tahu benar. Mereka ada Majlis Syura dan mereka ada Mursyidul Am. Selain itu, mereka ada juga struktur Jawatankuasa Rasmi yang kalau ikut pengalaman dan pengetahuan aku biasanya juga subset kepada Majlis Syura.
Aku sebenarnya tidak ambil pusing sangat. Siapa betul bukan soalnya bagi aku. TG Nik Aziz mungkin dipersetujui oleh aku dalam hal ini, tapi mungkin hal lain aku berbeza. Sama juga dengan TG Haji Hadi. Dalam politik, case by case dan hubungannya dengan perkara lebih luas harus tidak gopoh untuk ditetapkan. Yang penting, dahulukan landasan prinsip yang jelas.
Jika UMNO-BN mahu mengharapkan rakyat rasa tidak selamat dan akan bergantung kepada mereka dari hal perbezaan pandangan yang cukup rencam dalam Pakatan Rakyat, aku hanya mahu ucap selamat jalan kerana politik baru bukan soal menguruskan nilai persamaan, tetapi bagaimana merayakan kepelbagaian.
Awas, akan ada yang mahu memakai terma sendiri bahawa pluraliti ini adalah unsur yang bahaya. Kata mereka ini cubaan menyamaratakan agama. Kalau dah nama pun lain, celah mana yang sama? Kalau cara ibadat pun lain, celah mana yang sama? Jangan jadi bodoh, sila re-construct cara anda melihat duduk perkara pluraliti.
Untuk Tuan-Tuan Guru, rasanya persoalan khilaf ini gagal diterjemah ramai sebagai rahmat...maka di mana silapnya umat memahami dinamika dan keindahan Islam?
Friday, March 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment