Wednesday, March 17, 2010

Terima Kasih Art

Bukan rahsia bahawa saya mendokong perjuangan reformasi di Malaysia. Saya belum menjadi ahli mana-mana parti. Jika ada parti yang ingin saya sertai, ia mesti komited dengan agenda persamaan di mata hukum bagi semua rakyat, mendokong kebebasan individu dan boleh dipercayai pertanggungjawabannya.

Berdepan dengan status-quo yang besar, saya kira artikel Art boleh membantu kita memahami dengan lebih jelas apa yang selama ini kita dimomokkan. Sebetulnya ia adalah satu daripada sekian banyak penulisan dan pandangan awam yang serupa. Cuma kerana Art membuatnya secara tersusun, maka saya fikir elok ia dibaca oleh mereka yang patriotik dan percaya kepada nilai kemanusiaan universal. Sesungguhnya, tercatat di dalam al-Quran bahawa Allah s.w.t. memuliakan seluruh Bani Adam.



No comments:

Post a Comment