Cerita 1
Aku sempat menonton ceramah YB Husam, DS Anwar dan TG Nik Aziz secara online dari PUTIK, Kelantan. Nuansa ceramah cukup sederhana dan mendidik. Tahniah! Ayah hubungi aku saat dia mengambil kesempatan mendengar ceramah di Kota Sarang Semut - TG Haji Hadi, YAB Azizan Razak dan DS Anwar. Alhamdulillah, semoga peluang bersua muka dengan TG Haji Hadi boleh jadi medan merungkai isu keprihatinan bersama berkaitan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi aku difahamkan TG Haji Hadi secara terbuka menyangkal keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat yang dimainkan UMNO secara berlebihan.
Aku kira salah faham, kecil hati dan pertentangan pendapat itu adalah lumrah. Prinsipnya sama untuk membebaskan rakyat kepada kemuliaan insan yang mencakupi penolakan kepada kezaliman, ketidakadilan ras dan sebagainya. Kita harus menjadi Melayu yang berani menjamin keadilan untuk semua.
Kekuatan wacana dan karakter akan mengangkat kita ke depan insyaAllah. Buat masa ini mungkin kita nampak DS Anwar (baca:elemen PKR) lebih menonjol dalam aspek ini. Tapi kita maklum bahawa kita tidak lagi boleh bergantung kepada tokoh-tokoh yang ada. Kita di Malaysia, waima dalam BN sendiri harus mewujudkan seramai mungkin tokoh baru, bukan kerana kekuatan wang semata-mata, tapi harus lebih dulu dengan kekuatan wacana dan karakter. Pakatan Rakyat tidak ketandusan tokoh muda. PAS ada YB Husam, PKR ada YB Azmin dan DAP ada YAB Guan Eng. Ini tanda aras yang penting untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih baik. Sindrom UMNO yang percaya kepada Peralihan Kuasa mungkin sihat pada satu sisi, tapi pada satu sisi lain ia buruk dan realiti UMNO sejak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sebenarnya bagi aku cukup buruk (dan DS Anwar tidak terkecuali dalam bukti sejarah ini).
Cerita 2
Bila disebut kekuatan wacana dan karakter ini, aku harap PAS lebih progresif. Isu tuduhan terhadap DS Anwar, dijawab dengan laporan Qazaf seharusnya membuka wacana yang sihat. PAS seharusnya mengambil peluang ini untuk menguatkan pandangan politik mereka. Isu ini cukup dekat dengan tuntutan politik sebagaimana didakwa PAS. PAS tidak harus 'play safe', malah ke depan menggerakkan wacana dan dialog tentang pendirian PAS sebagai parti politik dan bagaimana kaedah penyelesaian terhadap isu ini. Ini akan menonjolkan PAS sebagai sebuah kerajaan menanti yang bersedia dan diyakini. Tapi pada satu titik lain, ia boleh merobohkan keyakinan ramai kepada PAS jika mereka gagal mewakili kekuatan wacana dan karakter ini.
Sekurang-kurangnya ia telah muncul di laman Ustaz Zaharuddin, bekas tokoh pemimpin pelajar di era Reformasi. Apakah PAS sanggup?
Harus diingat, dialog dan forum ini harus dibuka dan harus diasingkan dari pendirian kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerana Pakatan Rakyat bermain selamat, tapi aku percaya setiap parti tidak harus meleburkan identiti mereka dalam mana-mana kerjasama. Identiti mereka harus dihormati, malah identiti individu harus dihormati meski mereka secara kolektifnya memilih mana-mana parti politik. Ini semangat libertarian yang aku pegang.
Meski tidak sepenuhnya libertarian, dan lebih banyak dilihat centrist, aku tidak mahu kita menutup ruang kepada idea-idea pembangunan faham politik yang banyak kerana tugas individu menyaring dan memilih (satu lagi tiang libertarian!). Dari hal ini, jika kalian mahu sokong UMNO dalam isu tertentu juga tidak harus rasa bersalah. Parti politik dan tokoh tertentu tidak akan menjawab bagi pihak kalian di Yaumul Mahsyar!
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saudara,
ReplyDeletesy pernah terbaca(atau hanya mainan mimpi dikala aku tidur sampai terlajak subuh),jika Najib kalah pertarungan Najib vs anwar, anwar akan dijemput kembali ke dlm UMNO dan memegang jawatan no.2. setelah pak lah yakin kedudukan khairi sudah kukuh dlm UMNO maka akan diserahkan jwatan no.1 itu kpd anwar.
kalo dinilai kembali perenggan terakhir kau itu,maka perkara ini tak mustahil berlaku ya?itu pun jika aku tak salah paham maksud perenggan terakhir kau itu.=)
p/s: sudah lama aku tidak mngemblok di sana-sini.
saudara,
ReplyDeletepolitik mungkin ada seninya dan kebarangkaliannya juga tinggi sehinggakan fiqh siyasah dianggap bidang fiqh yang paling cepat berubah.
aku kurang berminat dengan politik peribadi - siapa naik siapa turun. tapi aku terpaksa akui ia tidak kurang penting. kita sebagai rakyat harus lebih banyak meneropong agenda apa yang nak dibawa, kemudian dipadankan dengan kemampuan tokoh untuk membawanya. wacana+karakter. sebab itu dari dulu aku percaya perjuangan mahasiswa harus muncul untuk mengangkat kemuliaan insan dan martabat ilmu.
teori DS Anwar masuk UMNO itu kemahuan Ezam yang dilawan Azmin. Jika ia benar pada saat ini, ia kemalangan besar buat wacana politik Malaysia. tapi UMNO pada masa depan, dengan mengambil kira perubahan, untuk aku kenapa tidak?
hahaha..sebenarnya baris akhir di perenggan di atas agak jengkel untuk difikirkan. aku tidak fikir UMNO bersedia untuk berubah, sama ada dari segi wacana atau karakter (tanpa menafikan ada sebilangan minoriti dari mereka yang mampu, tapi tak ke mana dalam persekitaran UMNO).
sekadar pandangan..aku tidak mahu menolak kebarangkalian. tapi aku percaya itu (DS Anwar masuk UMNO) bukan pilihan yang baik.