Tuesday, July 8, 2008

Seputar Cerita Malas

Semalam aku di Tropicana, kali pertama menjengah pejabat baru Parti keADILan Rakyat (PKR) sebelum kemudiannya menghantar Hasmi ke Parlimen. Sempat aku membaca Laporan Gerak Kerja (bahasa politiknya Report Card) Ahli Parlimen Telok Kemang (Hasmi adalah Pegawai Khas kepada YB Dato' Kamarul Bahrin, Ahli Parlimen Telok Kemang). Aku dan Saiful Izham (Peguam DS Anwar) semasa minum di Restoran berdekatan melihat Format dan Laporan yang ada mungkin boleh dijadikan benchmark kepada Laporan Gerak Kerja yang lain.

Hasmi aku kenal sewaktu aktif di UBU tidak lama dulu. Karakternya cukup untuk aku panggil budayawan. Minatnya pada seni sastera dan budaya. Pak Khalid pernah menulis tentang lawatan kerja bersama Hasmi. Dari dulu, Hasmi tidak pernah lekang mengungkap perihal Dasar Kebudayaan Negara. Dia cukup kesal kerana Dasar Kebudayaan tidak dilihat penting, malah acuh tidak acuh. Dia mungkin antara yang bertuah, berpeluang bergelut secara serius dengan teman-teman yang aktif mencambahkan pemikiran di sekitar Bangsar dulu - Fathi, Isham Rais dan Khalid (sekadar menamakan sebahagian).

Kebetulan semasa aku sampai di tingkat 3a, DS Anwar menjengok keluar. Kerana aku mengenakan baretta dan berpakaian tidak formal seperti selain aku (berkemeja dan seluar jeans, serta baretta), DS Anwar berseloroh "Ni datang nak buat demonstrasi ka?", spontan kami ketawa. DS Anwar kekal dengan gaya bersahaja sebelum kami bersalam. Aku sempat mengingatkan agar beliau dan lain-lain menyimpan rekod serangan bertali arus oleh Saiful kebelakangan ini. Aku percaya DS Anwar cukup bersedia dan berhati-hati dalam pertarungan kali ini. Pesan aku pada mereka di sana mudah, "You should anticipate, bila Saiful terdesak nanti dia akan pergi lebih jauh dengan menuduh Dato' Seri yang arahkan dia buat pertuduhan ini". Aku tengok DS Anwar angguk dan menerima pesan aku ini secara terbuka malah beliau mendakwa sumber dalamannya memaklumkan kempen senyap UMNO menyatakan dalam mesyuarat mereka bahawa pertuduhan Saiful adalah perancangan DS Anwar.

DS Anwar ada memaklumkan kepada kami isu mubahalah - pertentangan pandangan SS Dr. Asri dan SS Harussani. InsyaAllah Prof. Dr. Yusof Qardhawi dan Syeikh Taha Jabir Alwani telah berhubung dengan beliau dan menyarankan bahawa beliau tidak perlu bersumpah, cumanya Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi kini sangat uzur.

Aku baca Utusan, dan seperti ramalan sebelumnya - berita Alak di muka depan! Nampaknya Carburetor Dung dah jadi mainstream, haha! Isu provokasi 'mata-mata' tidak harus jadi diversion kepada apa yang berlaku. Memang ada kewarasan menuduh mata-mata dek kerana munculnya batu, kayu dan lain-lain (macam ada perancangan pulak), tapi untuk aku Alak tak seharusnya menonjolkan aspek itu. Dan aku fikir lagu-lagu yang lebih mesra harus dibawa oleh mana-mana band. Mesej tetap mesej, jujurnya suara Alak tenggelam timbul dek muzik yang bingit (ini bukan satu diktasi untuk Punk Rock ya!).

Kami berlalu dengan tekad - isu rakyat tidak harus dialihkan. Kerajaan Persekutuan harus menjawab isu-isu yang tidak teralihkan dan bukan menjadi seperti pencacai yang bertumpu membunuh karakter DS Anwar di mana-mana. Mereka akan sentiasa membuta-tulikan diri dalam hal seperti kezaliman terhadap DS Anwar oleh Ketua Polis, kepincangan Undang-Undang dan sebagainya. Mereka juga akan tuli dan tidak sanggup menerima hatta kritikan itu muncul dari Tun Dr. Mahathir! (harus diingat, aku tak berminat dengan cara TDM meskipun aku akui dia juga seorang yang bijak). Fanatisme terhadap UMNO-BN (baca: Ketuanan Melayu yang zalim!) dari pengalaman aku sudah menjadi aqidah yang tak boleh diusik! Biar zalim asal Melayu perintah..entah apa jenis falsafah politik pun aku tak faham.

Dalam sibuk-sibuk, seorang teman dari Cheras tegar menolak Najib sebagai mastermind isu tuduhan liwat DS Anwar. Katanya itu kerja KJ! Dan teman aku ini juga bukan sebarangan orang!

Politik Malaysia, semoga ribut politik 10 tahun ini akan membina generasi baru yang matang dan bertekad mengubahnya.

5 comments:

  1. salam,

    amin, politik malaysia semakin tidak matang malah hilang kedewasaan. Jadi kerje hang lah nak pulihkannya. hang jadi otaknya kami jadi tenaganya.

    ReplyDelete
  2. sdr sanizam,

    insyaAllah. nanti saya akan hubungi sdr..ada 'projek gerila' yang kita perlu buat untuk pulihkan imej politik malaysia.

    ReplyDelete
  3. ...jazakallah amin for the post,moga terus tegar berjuang

    ReplyDelete
  4. ha amin, projek gerilla tu nanti sila pilih org dgn baik ya, jgn dapat seperti saiful bukhari lagi :) sudah masanya team anwar bertindak dgn lebih bijak & menjauhi keadaan yg spt sekarang ni - tak menguntungkan rakyat!

    akak tak tau la kalau kj terlibat, tp najib mmg dah dedahkan dia ada peranan bila dia mengaku ada saiful jumpa mengadu kat dia. org mcm najib ni perlu dihalau dr bumi malaysia.

    ReplyDelete
  5. haha..

    saya tidak kisah org mahu katakan apa kepada DSAI, saya tidak dibayar gaji untuk membela hak sesiapa. cuma saya masih kekal tegar dengan asas perjuangan yang saya pilih..

    1) kemuliaan insan
    2) martabat ilmu

    ReplyDelete