Wednesday, July 23, 2008

Tentang DNA dan Isu Melayu

Adalah cukup jelas, jika kita mahu belajar bahawa peristiwa 1998-2004 sudah cukup untuk menonjolkan kebobrokan UMNO-BN. Ya, sudah tentu demokrasi sedikit bernafas di zaman PM baru, tetapi itu tidak pernah menjadikan kita harus lupa. Dan kerana tidak lupa, maka badai 8 Mac 2008 diterjemahkan. Dan kita berharap UMNO-BN lekas sedar, namun rupanya state of denial itu tidak hilang dalam hati dan perasaan, hanya kekal madah berhias.

DNA

1) Pihak polis pernah mendapatkan DNA DS Anwar, di mana simpanannya? Habis diguna untuk percik ke tilam 1998?

2) Bukti DNA kununnya semasa peristiwa 1998 akhirnya ditarik balik selepas melalui proses pendakwaan. Usaha pembodohan rakyat Malaysia yang gagal!

3) Adakah dengan meminta DNA baru membuktikan 'cakap-cakap' bahawa DS Anwar terlibat hanyalah propaganda juak-juak politik berkepentingan seperti BTN dan lain-lain?

Apa yang lebih penting ialah di mana salinan laporan Saiful? Kenapa Polis dan khususnya kerajaan berdolak-dalik? Kenapa media rasmi tidak menonjolkan aspek ini? Kenapa media memberi perspektif yang cenderung mahu rakyat menerima tuduhan terhadap DS Anwar?

Isu Melayu

1) Cukup soalan asas - Di mana suara kalian tatkala Melayu Kelantan dan Terengganu ditindas oleh dasar BN selama ini?

2) Selainnya, politik yang kalian faham sebagai wadah kebijaksanaan mengatur urusan umat ini haruskah bertitik tolak dari persoalan bangsa? Bangsa yang bagaimana?

Seruan aku...

1) Takutlah kalian pada murka Allah s.w.t. dan hendaklah kalian cintai rahmat Allah s.w.t. dari segalanya.

2) Marilah kita membina sebuah politik kenegaraan yang matang dan membina, jika kalian percaya bahawa mereka yang dekat dengan Allah s.w.t. ialah mereka yang bermanfaat kepada orang lain dan kita harus sedar bahawa generasi akan datang memerlukan lebih dari apa yang kita tinggalkan hari ini.

3) Tolak perkauman, tolak korupsi, tolak salah guna kuasa, tolak politik benci, tolak kezaliman, tolak adu domba...kita harus muliakan diri kita sebagaimana Allah s.w.t. memuliakan Bani Adam!

1 comment:

  1. it's ok..you'll have your right to believe as long i believe in individual liberty. keep on searching for your right. bringing along everywhere is not a proof for me..and i do think, lantakla nak bawa sapa pun. tanya saja kepada yg pernah ikut DSAI ke luar negara, leceh dan memenatkan.

    ReplyDelete