Wah, dah masuk Disember!
Manusia memang suka mengalah bila ada salah faham yang tak terlerai. Pada aku itu sikap terpuji. Mengalah tidak beerti kalah dan tidak beerti salah.
Manusia boleh jadi salah bila membiarkan tiada penyelesaian untuk masalah - sebesar mana pun ia. Ia boleh menjadi parah bila ia disulam dengan ketidakjujuran dalam menyelesaikan masalah. Ya, tentu sekali ketidakjujuran ini muncul dalam banyak bentuk.
Sebab itu aku suka DS Anwar Ibrahim (terlepas daripada sifat lemahnya sebagai manusia). Dalam ribut fitnah melanda, media yang menyalur maklumat bukan saja terkongkong tapi dipaksa menebar kepalsuan. Dia memilih untuk lawan dan sedia ke mahkamah (yang juga tidak diyakini kerana hal-hal yang jelas boleh diragukan). Sikap menuntut keadilan dan membenarkan diri dihakimi oleh proses mahkamah (di mana pihak menuduh dan tertuduh dibenar berhujah dan orang awam boleh mendengar hujah sekata dan membuat kesimpulan daripadanya) adalah sikap unggul bagaimana kita harus menghormati perbezaan pendapat, apatah lagi tuduhan yang berat.
Ya, tentu saja hujah di mahkamah boleh diolah menjadi fakta palsu. Manusia, sampai masanya akan mati. Jika kita percaya keadilan akhirat di sana adalah sebaik pembalasan.
Bertekak dan bergaduh memang tidak enak. Tapi ada masanya maruah diri harus dipertahankan dan ia wajib dipertahankan dengan cara yang paling baik.
Tentang di sini hari ini....
Malam tadi tidur agak nyenyak. Memang biasa aku nyenyak pada malam pertama di tempat orang walaupun sebenarnya hanya tidur untuk 3-4 jam!
Sekitar jam 3 pagi bilik aku berbunyi - ok, rakan sebilik aku dari Filipina baru tiba. Kami tak berborak lama kerana aku rasa aku dah mamai.
Pagi tadi usai Subuh aku 'ter'kejut dia...aduh terlupa pula dia baru tiba dan dia seorang Kristian. Maka, aku biar dia sambung tidur dan aku juga sambung berbaring. SMS masuk ajak sarapan. What? 6.15 pagi (waktu Indonesia?). Aku lengahkan sedikit sebelum bersiap dan aku kejut Andrei (ya, nama si Filipina itu). Dia bekerja sebagai sebahagian Think Tank untuk pejabat Presiden Arroyo, oh ok...
Kami sarapan dan kini aku sedang menunggu untuk aktiviti pagi ini.
* 1 SMS di sini bernilai RM2. Makanya, sudah RM30 terbang dengan 15 SMS. Talian Wi-Fi di sini juga ok dan tak ok. Cuma sedikit sulit dari hal mengecaj bateri telefon bimbit dan laptop kerana kepala plugnya tidak sama.
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teringat di Mekah..plug tak sama ngan kepala plug...terpaksa pergi pasar bazar mekah cari soket
ReplyDeleteitu pasal kena beli travel kit kepada yg selalu travel!
lain kali cari prepaid local kalau travel,safe duit.
ReplyDeletekalau ada duit beli walkietalkie..
aku rs dh smpi masa ko cr travel kit plug. mcm abah aku buat. ko la sengal, sblm pegi x gugel psl indon. harap jek online hari2. hahahahah :D pedas x? pedas?
ReplyDelete*kt atas ni abang ko eh min? aku blm jupe dia lg kan? sbb yg lain dh jupe skali. akbar yg peramah (aku nk sgt pegi perlis, akbar kan dh janji nk bw aku jln2. hehe), naim yg malu2 tp sempoi, puteri yang baik (klaka gk bc blog puteri weh)