Sunday, November 23, 2008

I'll be there, insyaAllah


Aku bersetuju dengan entry ringkas Ainis Azreen (dah lama tak dengar cerita kau ni weh!).

Mungkin buat kali pertama, aku akan hadir sebagai pemerhati di sana. Buat kali pertama dalam mana-mana perhimpunan agung parti politik. Mungkin.

Aku sebenarnya tidak berminat hendak mengetahui persoalan kenapa 16 September tak jadi. Telah aku katakan bahawa aku punya keyakinan berkaitan transisi politik Malaysia dalam konteks bentuk.

Apa yang perlu kita - aku, kau dan mereka - faham sekarang ialah bagaimana kita harus memberi rasa yang sedap untuk dinikmati kepada isinya.

Kebebasan dan keadilan. Sejauh mana kalian bersedia?

Freeze - Unfreeze - Re-freeze.

Dependent - Independent - Interdependent

Sebenarnya jika kalian belajar sebahagian daripada method pendidikan, kalian akan faham bagaimana dinamisme kebebasan itu bergerak.

Kebebasan memang punya batas, sebab itu dalam kerangka falsafah yang tinggi ia sentiasa muncul bersama tuntutan keadilan.

Bagaimana kalian mengartikulasikan kedua-dua tuntutan ini serentak akan menentukan nafas demokrasi dan perlembagaan di Malaysia.

Selamat berjuang di medan intelektual yang jenuh!

3 comments:

  1. alhamdulillah,

    aku masih hidup lagi!
    sorry la yea, aku tengah berjuang dengan FYP presentation. doakan aku! kalau pass, aku belanja satu IKD lepak kedai mamak kat bawah tu hehehe.

    pemerhati je? ok lah tu, sesi orang awam 10 am - 10 pm. huhuhu

    ReplyDelete
  2. pemerhati la selamat sikit (ego & maruah). kalau terlibat dgn parti byk benda nak menjawap haa..

    akak harap para perwakilan tak fikir pasal tak jadi kerajaan tu aje, lagipun boleh gempur najib lepas march 2009 kan.. he he

    ReplyDelete
  3. haha,

    kak nirah, menjadi pemerhati bukan beerti pengecut kerana tidak berparti.

    saya kira prinsip perjuangan itu luas. sampai masa, jika itu takdir Tuhan yang saya pilih maka saya harus berdoa agar Allah s.w.t. tidak menjadikan saya lalai dari tanggungjawab dan hak terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

    ReplyDelete