Sunday, November 23, 2008

Catur 3

Ni apahal aku dok suka menulis pasal catur secara bersiri ni? haha

Ok aku sambung. Balik daripada MSSM, aku mula bermain catur seorang diri di rumah. Kadang-kadang memang aku main dengan Muziman atau kawan-kawan di sekolah. Ada rasa sikit kemajuan bila Ustaz Rifa'e (ustaz aku sekolah rendah yang kami sangat rindu nak jumpa, juga Ustaz Farihi) bagi aku gunakan makmal komputer untuk bertarung dengan 'komputer'. Sebenarnya software catur tu boleh dikatakan cikai, tapi memadai untuk aku yang baru darjah enam.

Masa di sekolah, ada beberapa bakat baru yang berjinak dengan catur - Zofar dan Juita. Aku dan mereka masuk Kejohanan Catur Tertutup Perlis 1994 pada musim cuti sekolah hujung tahun. Ustaz Rifa'e pun masuk juga. Untuk kategori remaja bawah 17 tahun, nasib aku agak baik kerana mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. Bertambah semangat aku nak main catur. Dulu di Perlis, Dewan Belia dan Sukan Kangar tu memang selalu digunakan, entah kenapa sekarang tidak lagi kedengaran. Zofar dan Juita banyak belajar dengan kemahiran terhad aku waktu itu dalam Catur. Kira oklah mereka dapat menang 3 perlawanan daripada 6 keseluruhannya. Kejayaan aku paling manis ialah menang dengan Wan Norazuardi waktu itu (kira di kalangan kami dia ni hebatlah, sebelum dia menghadapi masalah mental - semoga Allah s.w.t. memelihara dia). Rosdi adalah jaguh di kalangan pemain catur remaja Perlis waktu itu selain Asrul Sani a.k.a Yon (rasanya dia pernah aktif di UM).

Pemain catur Perlis meningkat dari segi kuantiti dan kualiti pada zaman itu. Sukar sekali meramalkan kedudukan dalam kategori remaja. Aku kini terpaksa bersaing dalam kategori bawah 18 tahun di peringkat negeri. Berakhir di tempat ke-7 aku dapat mewakili negeri sekali lagi ke MSSM 1995 di Arau, Perlis.

bersambung...

No comments:

Post a Comment