Satu
Aku dan Anep Gemuk terpinga-pinga menanti panggilan telefon. Jadi ke tak ni? Sabar jerla..kata nak telefon semula untuk pengesahan...Sudahnya aku yang kena berjawab. Susah jadi orang tengah ni.
Dua
InsyaAllah lepas ini aku akan mula beralih masjid untuk solat Jumaat. Khutbah tadi antara yang terbaik dan bertenaga (tanpa perlu kepolitikan sangat). Daripada suara khatib, aku syak itu suara Dr. Badrul Amin. Doanya buat air mata aku bergenang. Kalau di UPM, Masjid MARDI mungkin antara yang popular dek kebebasan khatib tidak bersandar kepada teks. Tapi aku fikir ini lebih baik. Kita tak harus membelakangkan sentimen sebahagian umat dalam menyampaikan maksud agama.
Tiga
Kitab Riyadus Salihin Jilid 1 dan 2 tidak menemukan aku pada apa yang bos minta. Aduh, mana nak cari baki Jilid lain (jika ada).
Empat
Hari ini kami yang berbaki di rumah sewa ini dapat bersama. Rumah sewa ini sejak dua menjak ini diselubungi lagu-lagu perasaan (baca: cinta). Oh, jika timingnya kena, ia agak menghiburkan :p
Lima
Pembaca sekalian, saya telah berhubung dengan sdr Faisal Amirul bin Othman. Aku hanya mampu berkongsi dari apa yang aku mampu. Jika kalian lapang, sudi-sudilah berkunjung ke blognya dan buatlah apa yang sdr. fikir baik untuk kita sebagai manusia.
Juga jangan lupa menjengok adik Amir Yusof.
Enam
Blog Saifulislam memang blog favourite aku dari masa ke masa. Macam ada chemistry dari hal yang aku fikirkan dan apa yang ustaz tulis. Ia menusuk ke dalam. Aku pun tak sangka ustaz masukkan aku sebagai one of blogger list dia. Mungkin sebab dulu aku rajin berkongsi pendapat dan bila tone setting kami sama, mungkin pandangan aku banyak melengkapkan puzzle dari tulisan ustaz.
Aku dah jarang beri komentar di sana. Ada selalu beritahu kawan-kawan bahawa aku tak ada kekuatan bercakap hal yang aku tak pernah buat dan tak buat (mungkin aku dah lama 'ter'tinggal atau kurang amalkan).
Tujuh
Sebenarnya masa aku buat entry ni petang tadi, laptop aku termati tiba-tiba. Maka aku putuskan untuk keluar rumah ke Kajang - jumpa pula ramai kawan baru tak disangka-sangka.
Dan aku terlupa apa patut aku tulis di ruangan Tujuh ini, hampeh!
Lapan
Quotation dah dapat, malam ini bos aku di London (mesti sana siang) akan dapat lihat aku kembali berkerja dengan tekun :) Maaf untuk cuti yang tak diberi notis :p
Esok aku nak ke Subang dan Damansara - tengok laptop yang sesuai untuk dihadiahkan kepada adik aku Puteri dan ke IKEA untuk melihat perabot apa yang sesuai. Oh, aku nak mencari hadiah lain juga berserta beberapa keperluan rumah.
Bob dah pindah maka aktiviti hujung minggu sering membosankan. InsyaAllah masuknya Ewan nanti ke rumah sewa aku ni akan memberi warna baru sebab kami dulu dari Kelab yang sama - Single Boys Club (SBC), haha :p
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
err count me out.. I don't wanna be single for my whole life..huhe
ReplyDeletehahaha...kau tak register ahli kelab pun!
ReplyDeletenanti aku suruh ewan bawa brosur bila dia masuk sini..haha