Sunday, November 30, 2008

Hari Pertama

Salam.

November 2008 will be in my mind for all the very bad things ever happened to my life (together with the others before). But I manage to try to cope with it since I can't afford to neglect my responsiblities with a few peoples. It drive me crazy for the whole month and did took lotsa my time and efforts. Shit! Ops...

I never regret since I am the one who always appreciate experiences - either good or bad. May Allah s.w.t. help me go through this 'crazy and abnormal' time.

Ok, hari pertama di sini....

Kami seramai 25 orang dari negara Asia Tenggara berkumpul di sini pada hari ini untuk membincangkan isu-isu sekitar perkembangan negara Asia Tenggara dan meninjau masa depan bersama.

Seperti biasa hari pertama kami habiskan dengan sesi suai kenal. Tidak sangka semua sangat sporting dan enjoy our time together. Sekarang baru tamat, aku cuba memikirkan sama ada ok atau tidak untuk menonton perlawanan Chelsea dan Arsenal (Chelsea! Chelsea!).

Sebenarnya sangat penat. Ditambah dengan hal yang 'crazy and abnormal' di atas. Siot, boleh pula kawan-kawan membaca riak wajah aku yang berubah.

Peserta kali ini boleh dikatakan lebih berpengalaman berbanding yang lepas. Ini tentunya sesuatu yang menarik. Untuk beberapa hari seterusnya aku akan 'mentergeliatkan' lidah dengan bicara bahasa Inggeris, haha.

Elaun tahun ini meningkat sedikit, yay!

Semasa makan malam tadi aku berbual dengan Pak Furqan - aktivis Reformasi Indonesia yang pernah terpenjara selama 3 bulan kerana kasih kepada rakyatnya. Kini beliau mengajar di UIN. Memang menarik bila kami mula berbual tentang persoalan ilmu. Nampak kecenderungan yang kuat pada Pak Furqan untuk meneroka Tasawuf cukup menarik minat. Kami berbual sekitar pandangan Prof. Syed Naquib al-Attas, Suhrawadi dan Mulla Sadra.

Aku juga terkejut dengan obsesi besar Pak Furqan pada Novel dan Filem Laskar Pelangi. Ya, kami akan cuba mendapatkannya di sini. "Ia lebih signifikan berbanding Sang Murabbi!" katanya.

Patah jari betulkan nombor telefon yang silap pada kad nama aku :p

Esok kami mengikuti sesi Sokratik dengan artikel rujukan i) Ucapan Obama dan ii) Ucapan Surin Pitsuwan.

3 comments: