Thursday, November 27, 2008

Karok?

Haha, sebenarnya istilah karok ni aku rasa baru dengar dalam tahun lepas. Tu pun masa lepak dengan Anep Gumuk, Mat Zul (yang baru kawen tu), Rahman(g), Fufu dan lain-lain (sorry Kay gua tak ingat lu ada ke tak masa tu, macam tak ada je sebab masa tu rasanya kau masih tokey futsal paling murah di Malaysia, haha). Kata mereka istilah karok ialah istilah mat rempit untuk Karaoke.

Ya, tentu sekali tajuk ini muncul kerana malam itu kami mahu melanjutkan masa bersama selepas makan. Bukan selalu kami berkumpul begini. Sebenarnya selain aku dan Rahman, kawan-kawan lain suka bermain snuker. Maka, terpaksalah kami berkaraoke di pusat snuker - karaoke jamban! Tapi tempat karaoke yang terbaik tentu sekali bangunan agam di Kajang tu!

Sebenarnya minat menyanyi ni memang lama - sejak kecil. Zaman rock akhir 80-an dan awal 90-an tu tentunya zaman kegemilangan minat aku pada muzik rock Melayu. Tapi jangan tak tau aku juga minat lagu-lagu klasik nyanyian P.Ramlee dan Nordin Ahmad, hehe :p

Dulu masa sekolah rendah, aku dan Dzul (yang nak kawen tu) memang muka paling tak malu asyik kena denda menyanyi di depan kelas sebab buat bising dalam kelas. Kadang-kadang tak bising mana pun, tapi Ketua Kelas sangat berdedikasi, maka melayanlah...lagu Cinta untuk Nabilla tu orang kata 'jentik ghengkung' la (bahasa utara nak maksudkan mudah).

Dari situ aku belajar main gitar dan mula serius mendengar lagu-lagu mainstream dan bawah tanah yang kebanyakannya lagu-lagu inggeris. Tentu sekali remaja seperti aku yang belajar bermain gitar masa tu sangat gemarkan lagu-lagu Nirvana, Green Day, Silverchair, Pearl Jam, Oasis, Metallica dan Guns n' Roses. Band tempatan tentunya Butterfingers dan Sub Culture (haha, ini band Punk Rock k). Oh tidak lupa Boo Hoo Clapping Song - Carburetor Dung. Tapi akhirnya aku rasa jiwa aku cenderung pada muzik aliran Grunge (kami suka sebur Ge-run-je, hehe). Susah sebenarnya masa mula-mula nak bermain gitar sambil menyanyi. Kalau tak percaya, jika kalian baru nak belajar main, cuba nyanyi lagu All Apologizes - Nirvana sambil main gitar.

Boleh dikatakan aku berhenti bermain muzik secara serius sebaik saja masuk universiti - walaupun pada beg aku tergantung tag gig yang aku pernah main. To be honest, aku tau kalian yang bermain muzik jauh lebih hebat pengalaman daripada aku kerana aku tak begitu minat mendalami skills tetapi cukup suka menghayati lirik dan melodi.

Di kampus aku bukanlah berhenti terus. Kadangkala semasa hari penutup kem, memang aku akan dipaksa mengetuai persembahan fasilitator. Bayangkanlah umur 26 macam aku ni sampai sekarang masih melayan budak-budak sekolah dengan mimik muka selamba habis. Tapi aku gembira melihat mereka. Pernah juga bermain semasa penutup kelas Dr. Rashid - Komunikasi Kepimpinan. Memang selalu aku tutup persembahan dengan lagu Suatu Masa - M. Nasir.

Di Jepun, semasa mengisi masa lapang, kawan-kawan ajak gi Karaoke. Aduh, serius aku dah lama tak menyanyi. Buka buku-buku lagu yang ada tak banyak lagu yang aku tau. Tapi mesti la aku suka lagu Mira'e - Kiroro (makcik kenalkan pada aku masa 90-an lagi sebaik dia balik dari Jepun). Suka atau tidak masa tu aku pilih lagu Sweet Child O' Mine - Guns n' Roses. Terkejut kawan-kawan dan pensyarah yang tengok aku nyanyi. Err...kalian ni, aku bukan malaikat!

Kini aku hampir tak hafal semua lagu-lagu yang aku pernah nyanyi dulu. Ya, lagu adalah satu medium meluahkan rasa...pada aku la. Banyak lirik yang baik dan melodi yang sesuai menggambarkan apa yang ada dalam lirik. Di Barat dan sebahagian rantau lain, muzik dan lagu adalah simbol perjuangan. Kalian boleh cuba dapatkan sambutan tahunan peringatan peristiwa Gwangju Uprising di China untuk melihat bagaimana elemen seni-budaya yang lebih luas digunakan. Sudah tentu aku tidak memaksudkan aksi tunjuk punggong oleh Alak - Carburetor Dung sesuai.

Oh ya, mungkin sebahagian pembaca (terpilih) di sini ingat tatkala rangkap ini dibina...

"Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belum nak teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh".

Ya, lagu ini didendangkan dalam satu program semasa DS Anwar menyampaikan Pidato Kemerdekaan.

Lagu..apa ya? Cuba kau petik jari kau...atau tepuk tangan. Ada bunyi bukan? Dan ada macam-macam bunyi yang kita boleh dengar bukan? Bunyi-bunyi ini adalah not. Dan not ini bila ia disusun dan dipadankan dengan baik akan menjadi lagu.

Kenapa aku tulis ini? Kerana setahun ini memang karaoke telah menjadi sebahagian aktiviti masa lapang aku :p Jom karok!

5 comments:

  1. teringt seseorg masa di kursus baru2 ni..sebijik mcm Jamal Abdillah..malangnya seseorang tu la buat aku menyampah smpi skrg..

    ReplyDelete
  2. adeh,

    relaks sis...kita mungkin membenci orang kerana satu kesilapan besar dia..tapi percayalah kataku bahawa memaafkan, melupakan dan memberi peluang itu lebih baik..

    kita pun x suka orang benci kita camtu kan? yerla untuk hal kdg2 yg kita tak terniatkan. so, kenapa mesti kita buat pada orang?

    life ini terlalu besar dan lebih banyak hadiah daripada-Nya jika kita mahu terus bersabar dan memaafkan.

    ReplyDelete
  3. kau tahu knp aku menyampah dgn dia?
    aku menyampah for no reason! believe me! :p
    aku bc balik komen aku kt atas mcm slh ayat le plak :p

    kes cmni..ms mlm penutup kursus aritu..ada sesi karok..ada sorg mamat ni nyanyi lagu jamal..suara cm jamal..aku xtau apa motif aku bangun dgn laju, capai bunga riben hamper..aku menonong ke stage kasik dia bunga riben tuh :p as in appreciate dia nyanyi dgn suara yg sedap sgt..tup tup aku diberitahu masa yg sama tu jgk, mamat tu la yg dok perati aku dlm diam, dia suka tgk aku sbb sejuk mata memandang! aku tiba2 naik angin! rs mcm nk tarik balik bunga tu! dan aku br perasan, mamat tu la slh satu makhluk yg x penah bercakap dgn aku ms kursus. lantak le dia. smg aku x jumpa dia pd masa akan dtg :p (even opis kami hye berjarak 5km)

    ReplyDelete
  4. haha, linn, aku simpati...

    itu bukan salah kau atau dia. hanya kebetulan.

    aku fhm la aksi bg bunga kau tu. kalau dah kena train dgn 'org gila' mcm aku, mmg begitu jadinya, haha :p

    tapi x baekla ko dendam dgn dia. juz tell him frankly yg kau dah ada bf n tak berminat nak cuba saling kenal dgn dia. kalo ko ban dia tetiba it's like kau letak dia dlm dilema yg ntah dia pun tentu tak faham nape.

    ayat mudah: salahkah kau di hati dia?

    yerla, kau akan cakap salah sbb kau dah taken. tapi kau patut tolak dgn baik dan appreciate apa dia rasa.

    itu pada aku la...sbb laki biasanya suka bahasa yg jelas dan tidak tergantung.

    ReplyDelete
  5. heheh :p br nak respond. mgkin masa tu aku emo + excited + mengantuk. lagi ditambah dgn provokasi dr kwn2 yg tau hal ni. mrk lagi dok menggiat aku. aku admit..aku perempuan emo :p tp aku salute dia sbb dia funny dgn cara tsendiri. yg org lain x blh tiru. apapun, dia akn jd satu kenangan dlm hati aku. chewwaahh..

    ReplyDelete