MSSM tahun ini berlangsung serentak dengan Kejohanan Bola Baling bawah 12 tahun. Aku tak ingat nama asrama tempat kami menetap, yang pasti kami perlu berjalan kira-kira 15 minit untuk tiba di tempat kejohanan.
Memang ramai pemain senior (yang telah berpengalaman di peringkat kebangsaan dalam banyak kejohanan termasuk MSSM sebelumnya). Memang rasa kerdil, tapi semangat yang ada cukup besar. Di sini aku mula kenal pemain-pemain yang hebat di Malaysia. Bayangkanlah pemain di bawah 18 itu telah menjadi juara Malaysia!
Dengan elaun makan yang diberi, memang rasa macam pemain profesional pula, haha.
Di mana-mana kelihatan orang bermain catur. Semua sangat bersemangat. Tahun ini bekas juara bawah 12 tahun, Mas Hafizul Hilmi akan bermain untuk bawah 18 sebagai pemain pilihan ke-3 selepas abang Rohizan.
Dulu kejohanan berpasukan memang sangat menyeronokkan kerana ia memakai sistem Round Robin di mana kami perlu bertemu dengan semua negeri. Daripada 6 pemain, 4 pemain akan diturunkan untuk setiap pusingan. Aku bermain di papan dua. Bila dah besar sikit baru aku tau dari segi strategi pasukan lemah, papan dua ni untuk disembelih. Tapi bagi pasukan kuat, mereka akan meletak pemain terbaik di papan satu dan dua. Kami pasukan lemah, maka sebenarnya aku diletakkan di situ untuk memberi peluang mereka yang lebih berpengalaman mengutip mata di meja belakang - meja 3 dan meja 4.
Untuk MSSM 1994 ini aku hanya diturunkan untuk 4 perlawanan dan aku kalah semuanya! Hampeh! Aku agak terkilan bila cikgu Darwis mengeluarkan kutukan sinis pada aku. Bergenang air mata beb! Siapa nak main untuk kalah? Tiga pemain dari Sekolah Paya Faiz, Rodzwan dan Rodzaly ialah aset pengumpul mata dalam pasukan kami. Aku dan Suhail pula bahan untuk dilanyak pemain-pemain hebat di meja 1 dan meja 2.
Pengalaman MSSM pertama ini cukup membekas dalam diri aku. Aku berazam untuk membalas kutukan sinis cikgu Darwis kepada aku (ahah, waktu tu je yang rasa berdendam sikit, hehe).
Ada 'benda-benda tepi' yang aku ingat masa MSSM 1994 ni:
1. Kami suka bercerita hantu, bilik kami jadi port untuk kumpul cerita hantu dan disertai sebahagian kawan-kawan dari negeri lain. Satu hari tu Rosdi cerita hantu kononnya di blok depan ada pelajar India bunuh diri. Waktu kami pergi makan di kedai berdekatan dan berkenalan dengan pelajar MPSI masa tu, rupa-rupanya dia kata memang betul. Semua ngeri semacam je, tapi bila dah besar ni baru aku tau rupanya Rosdi dah kenyit mata kat brader tu, siot je!
2. Teringat hal sakit perut minum air tajaan Milo yang pekat tu. Rupanya tong air suam sebelah tong Milo tu untuk dicampur dengan air Milo supaya tidak pekat sangat, hampeh!
3. Gadis-gadis pujaan pemain senior masa di Kejohanan tu tentunya kak Eliza Hanim dan kak Eliza Hanum dari Selangor. Tapi kak Hafeeza juga ramai yang minat. Bezanya kak Eliza berdua tu ialah pemain Malaysia. Waktu ini aku tak begitu kenal kak Khairunnisa Wahiduddin (akan diceritakan kemudian).
4. Aku beli set catur baru - papan getah dan buah catur yang keras dengan harga RM15.
5. Abang-abang MRSM waktu tu ajar kami praktikal solat jama'.
6. Hujan batu melanda MPSI waktu tu. Pertama kali sepanjang hidup aku dapat tengok real ketul ais kat koridor yang mula dinaiki air.
7. Abang Rohizan dapat no. 7 dan Adli dapat no. 2 selepas tewas kepada Akashah. Juara bawah 18 ialah Ooi Chern Ee dan Mas Hafizul hanya dapat no. 2. Seingat aku juara berpasukan bawah 18 ialah Pulau Pinang yang bersaing hebat dengan pasukan Selangor. Untuk bawah 12, tak silap aku dijuarai pasukan Selangor.
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment