Semalam lepas jalan-jalan dengan Naim belikan laptop untuk adik bongsu kami - Puteri, kami pulang. Sebenarnya Digital Mall ni hanya patut mengambil masa selama 30 minit. Tapi kerana aku ni memang tak suka jalan di sekitar Petaling Jaya, maka aku tak berapa cam sangat jalannya.
Mula-mula dari Seri Kembangan, kami merancang ke sana mengikut laluan LDP - Lebuhraya Damansara, Puchong. Tapi kemudian kami mendapat teks sms daripada Najwan bahawa Digital Mall ini berhampiran rumah kawan aku - YB Nik Nazmi. "Kau boleh pergi melalui UM keluar ikut pintu Hospital Universiti".
Jujurnya aku adalah beberapa kali pernah masuk ke UM dan biasanya kerana ada program di sana. Kali ini, dek kerana ingat-ingat lupa, 4 kali aku tawaf UM sebelum dapat keluar (haha, hampeh!).
Oh, akhirnya kami memilih laptop yang lebih mahal daripada apa yang kami gunakan - kecuali Apple aku yang jarang terusik tulah (bagi Naim guna untuk kerja-kerja animasi dia). Tak apalah, bukan selalu. Harapnya dengan ada laptop ini nanti, Puteri akan gunakan dengan baik. Aku dan abang selalu berfikir bahawa di zaman kami dulu, terlalu banyak perkara yang kami inginkan dan tidak dapat. Tapi kami taklah memberontak kepada mak dan ayah. Kami belajar hidup dengan apa yang ada (adeh, apsal air mata aku nak jatuh ni!).
Ok dah. Abang dan adik-adik mungkin jarang berjumpa kerana jarak umur. Abang berada di Kuala Lumpur untuk satu tempoh yang panjang selepas SPM sebelum berkahwin dengan orang Singapura dan berpindah ke sana. Believe it or not - ia cinta yang bermula dari persahabatan internet. Maka tugas sebagai abang sulung di rumah digalas oleh aku kerana akak telah lama pergi (baca: dipanggil Allah s.w.t.) meninggalkan kami sekeluarga.
Aku tak tahu sama ada aku telah menjadi abang yang baik atau tidak. Bila aku renung semula perjalanan hidup aku dulu, aku berharap adik-adik aku dapat melihat yang positif berbanding negatif. Kenaifan zaman remaja tentu banyak sekali.
Dalam keluarga, aku terlalu banyak mewarisi hal-hal yang diperbuat mak dan ayah. Dari segi cara bekerja, aku mungkin mewarisi ayah. Tapi aku yakin aku tak boleh mengatasi pengorbanan ayah yang cukup banyak. Mungkin ia memerlukan lebih daripada apa yang aku sangka aku telah buat sekarang. Ayah seorang workoholic. Sejak kecil memang ini sifat utama yang sering aku tengok pada ayah. Ayah pernah aktif politik di zaman 80-an. Waktu itu politik Malaysia tidak begitu tajam. Rumah kami memang selalu dikunjungi orang tak kira parti untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan ayah. Ya, ayah waktu itu setiausaha kepada Dato' Radzi Sheikh Ahmad sebelum Dato' Radzi masuk Semangat 46 dan ayah memilih untuk perlahan dalam politik dan aktif dalam Kesatuan Pekerja.
Emak pula pesara jururawat. Emak punya darah diraja, tetapi agak jauh kerana emak zuriat dari isteri keempat Tok Wan. Kalau ikut cerita emak, Tok Wan dua pupu dengan Sultan Azlan Shah. Raja Perlis tahu tentang ini. No wonder dari kecil dulu aku sering tertanya siapa Pak Raja dan sebahagian keluarga lain yang kami sering singgah di Perak. Abang mungkin bertuah kerana waktu Raja Perlis menjadi Agong, baginda sudi mencemar duli untuk hadir. Aku masih ingat waktu kami mengemas rumah dan polis Bukit Aman datang. Ayah panik kerana disangkanya aku akan ditangkap kerana kerja-kerja politik. (Ayah bikin cuak! Aku tau setakat mana kerja politik aku yang tak melayakkan aku ditangkap :p). Salasilah keluarga ini hanya disimpan oleh keluarga di Perak. Emak cakap nanti emak akan cuba dapatkan semula kerana ia sebenarnya milik Tok Wan. Waktu Tok Wan meninggal emak masih bersekolah, maka buku salasilah ini emak serahkan kepada keluarga di Perak.
Dari segi perasaan, aku rasa aku banyak ikut emak. Tapi taklah aku jadi perempuan ok! Selepas kakak meninggal, aku rapat dengan emak. Ayah pernah diposting ke Grik satu waktu dulu dan emak mengambil alih tugas menjaga semua hal dalam keluarga. Waktu ini mungkin aku anak emak yang tak hanyut dalam gejolak jiwa remaja. Dulu di surau taman perumahan kami, boleh dikatakan suara akulah yang akan melaungkan azan. Siap berebut dengan kawan-kawan yang lain (Oh indahnya zaman itu, zaman Transformer dan Voltron, haha).
Aku lihat sendiri susah payah emak dan ayah. Sebab tu kot aku rasa aku cukup mudah keluar dari gejolak jiwa remaja yang aku rasa ada sisi baik dan buruknya. Ia memberi aku banyak pengalaman. Tapi akhirnya aku tak sanggup melihat air mata emak. Aku banyak berdosa pada emak. Mungkin dari dosa-dosa yang ada kalian anggap tak seberapa, tapi ia cukup besar pada aku.
Aku masih ingat saat aku kuat memilih untuk berubah - satu hari suntuk aku menangis di dalam bilik sebelum aku mengarang sebuah surat untuk emak. Aku selalu berkongsi apa yang berlaku dalam keluarga sepanjang aku membesar kepada adik-adik termasuk semalam semasa aku keluar dengan Naim. Kata Naim, emak pernah bagi surat ini pada dia waktu aku telah berada di Universiti. Ertinya emak masih simpan surat ini selepas beberapa tahun. Ya, kerana surat ini akhirnya aku mahu cuba menjadi manusia yang baik biar apa pun orang nak kata dan tak percaya.
Oh, aku sambung nanti. Air mata aku buat aku susah nak menulis....
i. Ingatlah kedua ibu bapa kita dan hargailah mereka semasa mereka ada. Hidup terlalu singkat untuk kita mampu memahami kesukaran hidup mereka biar seburuk mana pun pengalaman kita bersama mereka.
ii.Berilah peluang kepada manusia untuk berubah dan janganlah meremehkan mereka kerana jalan hidup yang kita semua lalui tidak sama. Berkongsilah apa yang baik (positif) dan ambillah apa yang buruk sebagai pengajaran dan bukan alat untuk menjatuhkan orang lain.
iii. 'Hulurkanlah tangan' untuk mereka yang memerlukan...hidup terlalu singkat untuk kita berbudi.
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sayu je hati bila berbicara mengenai ibu bapa kan..:(
ReplyDeletea'ah..waktu hidup ni susah kita kena ingat yg ibu bapa kita lagi susah membesarkan kita. dan tentunya mereka tak mahu kita kalah dalam pertarungan hidup.
ReplyDeleteso kita kena jadi kuat. jom jadi kuat :p
eh serius..siapalah kita tanpa mereka?
Gila!
ReplyDeletecerita nostalgia!
i'm close to my parents...
ReplyDeletei can imagine how my life would be without them...
afterall mak bapak kita sajalah yg sudi kita seadanya...
kengkadang adik beradik pun tak begitu but makbapak je la...
sedih bila baca ni...
all though i'm not that young (mmg kita ni zaman thundercats, he man) but saya tak bersedia tuk pikiaq my life without them :(
cik kawaii..saya pun dah ada zaman thundercat dan he man :) tapi maybe saya a lil bit young than u.
ReplyDeleteyup..saya harap saya dapat menggembirakan mereka sebelum saya atau mereka pergi.
bila dah besar ni baru saya rasa best sket sebab cakap dgn mak ayah dan adik beradik pun dah macam rapat sgt.
i think ur a cuople years younger than me
ReplyDeleterasa tua pulak
but ur so matured, maybe muda2 dah galas tanggungjawab keluarga kan..
which is why i envy u so much..
matured? amboi bahasa...
ReplyDeletesaya rasa saya normal macam orang lain. banyak buat silap dalam hidup. sebab tu saya minta simpati orang supaya tak hukum saya mudah2 kerana saya diajar untuk cintakan umat ni sebagaimana nabi s.a.w. fikir. saya hanya fikir utk selalu ikhlaskan niat. kalau ada salah orang saya sebut tu bukanlah saya nak hukum dia tapi saya sedia tawarkan diri bantu apa yg boleh.
nabi s.a.w. tak fikir nak salahkan umat walaupun mcm2 orang buat pada dia. nabi s.a.w. tak putus doa dan cuba cari jalan terbaik untuk berpesan pada umat mcm2 perkara.
kalau nabi s.a.w. yg tahu jelas dunia akhirat, kita ni sapalah?
Korang pernah tgk siri Bigfoot and wildboy?
ReplyDeletehahha