Wednesday, November 26, 2008

Nikah

Panggilan masuk:
Kawan lama dari sekolah rendah - Dzul - akan berkahwin Disember ini. Tahniah!

Seingat aku setahun dua ni - bermula tahun lepas dan dijangka sehingga 2 tahun akan datang - ramai betul kawan-kawan seangkatan yang bernikah. Syukurlah. Sebahagian daripada tuntutan agama telah diselesaikan.

Macam-macam - orang macam aku - bagi alasan untuk belum bernikah. Bukanlah tak ada keinginan, haish!

Nikah ni bukanlah perkara yang mudah dan aku pun tidaklah melarikan diri daripada bicara soal ini dengan kawan-kawan (kalau dulu ye kot, hehe). Sejak dua menjak ni, Ustaz Hasrizal pun banyak menulis tentang persoalan ini.

Seronok baca, kadangkala komen juga walaupun ralat. Ralat sebab kita ni orang yang belum menikah tentu sekali tak sama bila memberi pandangan. Ustaz Hasrizal menulis...

Selaku panelis pertama, saya diajukan soalan berkaitan dengan definisi PERKAHWINAN menurut Islam. Ia sesuai dengan akhlaq para Ulama’ Islam yang menjadikan hampir kesemua penulisan mereka, bermula dengan TAKRIF. Tanpa definisi yang jelas tentang apa yang diperkatakan, perbincangan akan hilang arah, justeru menjadi tidak tentu arah!

“Sinergi antara dua perbezaan, dengan ikatan perjanjian yang kukuh, seperti ungkapan surah al-Nisaa’ ayat 21,” saya memberikan ringkasan.

Sinergi, ia hukum alam. Sinergi bermaksud meraikan dua unsur yang digabung untuk menghasilkan manfaat yang tiada batasan. Dua unsur itu pula adalah unsur perbezaan. Maka perkahwinan adalah ikatan antara dua perbezaan, dan bukannya persamaan.

Bukan tiada persamaan. Sama aqidah, kepercayaan dan sistem nilai, tuntutan sekufu (kafaa’ah) untuk mencari titik temu yang sama… semua itu ada sebagai pemula. Tetapi hakikatnya, perkahwinan itu adalah kembara dua perbezaan. Perkahwinan harus dilihat sebagai proses menyuburkan kehidupan manusia yang diciptakan Allah dengan keunikan yang tersembunyi di sebalik perbezaan. Menerima perbezaan, terserlahlah keistimewaan dan keunikan pasangan masing-masing.

Sebenarnya bila kita bercakap tentang sinergi, ia bukan terhad kepada persoalan perkahwinan. Di sini uniknya kemanusiaan (baca: sains sosial) dan kenapa dalam saya lebih kuat mempercayai pasaran bebas berbanding sistem ekonomi Sosialis. Dalam erti kata lain, perbezaan individu itu harus dihormati dan ia harus bergerak dalam realiti interdependent, bukan independent.

Tuhan menciptakan manusia dengan perbezaan berserta arahan untuk saling kenal. Dan keluasan perbezaan yang aku temukan dari sejarah pendek kehidupan ini ternyata buat aku gembira (bila memahami) dan tidak tentu arah (bila tak mendapat kata kunci kepada proses memahaminya).

Ya, akhirnya sebagai manusia aku sedar bahawa ilmu Allah s.w.t. itu Maha Luas dan aku tidak mungkin memahami semuanya. Apa yang perlu ialah sikap lapang dada (tasamuh) terhadap perbezaan dan menganggapnya sebagai kekayaan Tuhan yang dihadapkan kepada kita.

Manusia boleh berbahagia dengan perbezaan, percaya atau tidak? Ingatlah pesan lain dari Tuhan untuk kita mencintai saudara kita sebagai mana kita mencintai diri kita sendiri. Di sana ada rahsia bagaimana keadilan itu boleh ditegakkan dan kezaliman dapat diusir dan digantikan dengan masyarakat yang penuh kasih sayang.

Teringat dulu waktu aktif di medan dakwah face to face yang mencabar: kesimpulan daripada pemerhatian aku ialah - manusia tandus kasih sayang terhadap diri, orang lain dan kehidupan.

* Tulisan ini fokusnya ialah kepada manusia - ia boleh jadi individu atau kelompok - tanpa batasan jenis pekerjaan dan situasi sama ada keluarga, percintaan, politik dan persahabatan.

**Sebenarnya kita nak minat apa pun dalam hidup ini (misalnya sesetengah orang tak minat politik), prinsipal tetap sama dalam hubungan kemanusiaan.

Semoga aku dan kita semua diberi kefahaman yang banyak.

4 comments:

  1. panjang huraian,

    bila nak panjang angan untuk berkahwin?

    ReplyDelete
  2. Ana baru kahwin lebih kurang 1 thun. Baru sahaja mendapat cahaya mata.

    Anta jgn pulak menyerah kalah kepada cinta. Buru cinta selagi cinta tidak ditemui. hehe

    Ana pun dl mcm tu jgk, byak yg hinggap dan pergi. Memang ada hikmah krn yg dtg tidak sesuai tidak menyenangkan kita.

    ReplyDelete
  3. hurm..no komen :)

    kalau mencari kesempurnaan memang susah..

    saya hanya mahu jatuh cinta tanpa sebab :p

    ReplyDelete
  4. haha mengisi blog peribadi nampak...

    ReplyDelete