Tuesday, February 5, 2008

In Good Faith


YB Dato' Zaid Ibrahim mungkin antara tokoh politik dalam UMNO yang aku hormati. Paling hampir pernah kami dalam forum yang sama, slot yang berbeza mengungkap kepentingan generasi muda (khususnya mahasiswa) untuk perihatin dan terlibat dalam proses hidup bernegara. Pandangan-pandangan segar Dato' sedikit sebanyak melegakan aku kerana pada aku, ahli politik kita di Malaysia masih ada yang tinggi kapasiti inteleknya dan berhemah dalam memberi pandangan.

Dalam tajuk awal berkaitan Pluralisme dan Demokrasi di Malaysia Dato' Zaid menjawab soalan wawancara panjang dengan ungkapan ini
"....To most people and most politicians, Pluralism in Malaysia means, 'I am of this group' and that 'you belong to another' and therefore 'we are different'. And if your group's interest are served, it means that 'my' group's interest are not served. There is a need to understand that this is not what pluralism means. Pluralism is a recognition of the richness of diversity, be it cultural, racial or religious, whereby all member of society live together, striving towards a common goal with no difference in treatment and not based on membership of any group.....".
Sebenarnya terlalu banyak hal yang boleh diperbincangkan dari buku ini. Dengan Kata Pengantar dari Tun Musa Hitam dan saranan untuk diperbincangkan di kalangan pelajar universiti oleh Prof. Emeritus Dr. Khoo Khay Kim, aku mahu nyatakan bahawa buku ini 'worth reading'. Apa yang lebih menarik dari buku ini ialah sebagaimana tertera di bahagian dalam kulit depan.

Thank you.

All proceeds from the sale of this book will fund the activities of Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Kelantan Foundation for the Disabled), a registered tax-exempt charity (no. 11412-15/8/2002).

Sebentar lagi aku akan bertolak pulang ke Perlis untuk menghabiskan baki cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kepada yang menyambutnya - Selamat Tahun Baru Cina - sejahteralah hidup kita di dunia dalam kepelbagaian.

Teruskan Kempen Sapere Aude! (Berani Untuk Tahu!) - Jangan Haram Buku!

Nyatakan sokongan anda dengan 1) menulis di blog anda, 2) menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain 3) menulis kepada editor laman berita internet dan/atau 4) menulis kepada editor laman berita cetak.

Gambaran tersusun boleh didapati di www.patahbalek.blogspot.com dan www.freethebooks.blogspot.com...

Saya pasti anda seorang pembaca yang bijak dan aqidah anda tidak semudahnya digugat kerana membaca.

No comments:

Post a Comment